Alhamdulillah Adik Aisyah Telah Ditemui

hilang

Adik Wan Aisyah Wan Exzan kanak-kanak yang hilang telah ditemui selamat. Menerusi laman sosial, Anis Harsila Haron memaklumkan kanak malang itu telah dilaporkan selamat sambil didukung oleh seorang polis wanita. Adik Wan Aisyah Wan Exzan yang hilang sejak 2 Ogos kerana dipercayai diculik, telah diserahkan ke Balai Polis Sungai Nibong pagi tadi. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.


Wan Aisyah berada dalam keadaan yang sihat

“Kami sudah maklumkan perkara ini kepada Balai Polis Rawang. Pihak Polis di sana akan mengaturkan maklumat perjalanan ibu Wan Aisyah ke sini untuk mengambil anaknya,” katanya

Kenyataan Akhbar Adik Aisyah Ditemui Selamat

suspek

Aisyah umur 3 tahun yang dilaporkan hilang dan diculik seorang lelaki sejak Selasa lalu sudah ditemui orang ramai dalam keadaan selamat. Anak kepada seorang guru, Arbaiyah Md Zin itu kemudian diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Sungai Bakap, Pulau Pinang. Kanak-kanak berkenaan juga dilapor sudah diserahkan kepada ibunya kira-kira 11.30 pagi tadi.

Ibu kepada suspek yang diburu polis itu datang menyerahkan kanak-kanak tersebut. Katanya, hasil temu bual dengan warga emas itu dia mengatakan bahawa anaknya menghilangkan diri sebaik menyerahkan Aisyah kepadanya. Polis kini sedang menjejaki suspek iaitu Shahrizal Bin Yusoff yang didakwa menculik adik Aisyah.

Laporan Wan Aisyah Hilang
Sebelum ini, polis telah menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak hilang di Jusco rawang beberapa hari lalu. Dengan hasil kerjasama dilaman sosial yang turut membantu menyebarkan gambar adik Aisyah, kini segala telah berhasil dan Aisyah ditemui dalam keadaan selamat.
Aisyah dikatakan diculik oleh seorang kenalan lelaki ibunya Arbaiyah yang baru dikenalinya menerusi Facebook dan mereka juga dilapor merancang untuk berkahwin selepas sambutan Aidilfitri. Walaupun hanya mengenali suspek hanya beberapa minggu, Arbaiyah yang merupakan guru matematik yang berumur lewat 30-an, sudah berani meninggalkan anaknya itu di  bawah jagaan lelaki tersebut.
aisyah dijumpai
asiyah

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh