Senibina Masjid Super Duper Cool

Masjid

Masjid Cologne Central yang kini dalam pembinanaan dikatakan bakal menjadi salah sebuah masjid terbesar di Eropah.
Dibina dan diuruskan oleh Organisasi Muslim Jerman, ia akan menjadi masjid utama (central mosque) di daerah Cologne, Jerman.



Masjid4

Namun, masjid tersebut dilanda kontroversi apabila ada pihak yang menentang pembinaan masjid tersebut.
Pihak yang mewakili Pro-Cologne telah menentang pembinaan masjid tersebut kerana dikatakan ia akan memberi kesesakan yang teruk di bandaraya tersebut.
Mereka merasakan pembinaan masjid tersebut seperti mewujudkan peperangan kerana mereka mengisyhtiharkan bandaraya Cologe adalah bandaraya Kristian.
Namun, tentangan tersebut tidak berpanjangan.
Ahli Majlis Bandaraya Cologne yang bermesyuarat pada 28 Ogos 2008 telah meluluskan pembinaan masjid tersebut.

Masjid Cologne Central1

Menerapkan nilai senibina zaman Ottoman, masjid itu bakal mempunyai dinding kaca, dua menara setinggi 55 meter dan kubah kaca.
Bukan itu sahaja, masjid itu turut mempunyai ruang niaga (bazar) di tingkat bawah, beberapa buah dewan kuliah di tingkat bawah tanah.
Ditingkat atas dilengkapi dengan ruangan solat serta sebuah perpustakaan.
Berkeluasan seluas 48,000 kaki persegi, kos pembinaan masjid tersebut mencecah £15–20 juta.

Masjid Cologne Central2

Dana pembiayaan masjid itu ditanggung bersama oleh Diyanet Isleri Turk Islam Birligi (DITIB), agensi penguatkuasa agama kerajaan Turki, pinjaman bank, serta sumbangan daripada 884 persatuan Muslim.
Gereja Katolik St Theodore, Cologne turut mengutip derma untuk pembiayaan masjid tersebut.
Arkitek masjid tersebut, Paul Bohm adalah salah seorang pakar arkitek gereja di negara itu.
Sebuah terowong akan dibina di tengah-tengah masjid itu untuk menyambungkan dua tingkat sekaligus mewujudkan suasana yang tenang.
Masjid Cologne Central3
Oleh: HARITS ASYRAF

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh