Posts

Showing posts from June, 2013

Sedeh Kerane Terpakse

Image
korang da sambung belajar da?? 50/50 ada yang da kan.. korang ingat lagi tak ape perasaan korang kene tinggalkan parent korang selepas korang daftar belajar dulu?? sedeh tak?? haaaa.. kompem ada yang cakap sedeh kan.. tapi kali nie oleh kerane aku da lame, aku bukan sedeh pasal tue, tapi pasal DIA.. emmmmm..
kalu korang nak tau, sebenarnye ape yang aku sedeh kan nye ialah my wife aka CINTA HALAL aku.. disebabkan aku nie pelajar dan terpakse duduk asrama, nak tak nak aku terpakse tinggalkan isteri aku dok umah dia.. huhuhu..
aku sedeh kot sebab tak sampai pon sebulan kami kawin, tak pasal pasal lak kene dok berjauhan.. huhuhu.. aku ada pikir nak sewa rumah berdekatan dengan poli aku.. tapi tuan rumah tue pulak tak sudi bagi aku dok umah diorang aku nie pelajar poli.. pelajar poli miskin daripada pelajar UNITEN.. kaye.. 
Kelmarin isteri aku cakap, dia tak nak menyusahkan aku carik umah sewa.. dia boleh jage diri kat umah mak dia.. dan aku boleh balek setiap minggu jumpe dia.. so kalu a…

Kelebihan Makan Gula Gula KOPIKO

Image
haaaaa... korang pernah tak makan gula gula KOPIKO nie.. kompem la penah kan.. tak kan la tak penah kot.. tapi yang tak pernah tue susah sikit la nak percaye.. tapi selame nie korang makan gula gula tue, pernah tak korang amik tau kelebihan makan gula gula nie?? mesti la tak penah kan...
kalu korang tau la kelebihan gula gula nie.. mesti korang tak terperanjat nye la.. sebab nye ek.. RAHSIA.. tapi siyes la korang tak kan terperanjat nye la.. tapi korang akan cakap sebalik nye.. aku boleh gerenti 90% la... hehehhee..
kelebihan gula gula KOPIKO nie bila dimakan ialah:
PEHHHHH SEDAP BEB.. MANIS.. TAK MUDAH NGANTOK PON KALU NAK STUDY..
hehhehe.. betol tak aku cakap.. korang tak terperanjat pon.. hahahahahaha..
#SORRY.. GURAUAN SEMATE MATE.. hehehe ;p

Status Sebenar Aku

Image
hai korang.. lame aku tak update cite diri aku.. asik post info info je.. tapi ada juga faedah nye kan daripada nak bace cerite aku yang tak beberape nak best nie.. hahahaha...
sebelum nie aku penah cakap aku single kan.. aku ada cakap aku tak pandai curi ati perempuan kan.. tapi cerite sebenarnya dalam dunia alam nyata, aku sebenarnya da berpunya.. dan aku da pon kawen.. nak gamba bukti, emmmmm.. maaf la.. tak ada dalam laptop nie.. laen kali aku akan upload gamba aku dengan isteri aku.. hehehe..
Isteri aku tak ada la cantik mane pon.. bertopeng jugak.. dan kulit dia tak boleh kene cahaya matahari sebab nanti dia kene alergi kulit.. biasa la.. zaman sekarang penyakit pelik pelik kan.. hehehe...
tapi sebab sebab aku tak dapat seorang awek yang aku cakapkan selame nie sebab dia la.. aku da kawen.. tapi tak sampai seminggu pon.. hehehe...
tapi tue la.. bersyukur dapat peristerikan dia.. aku bersyukur dia da jadi kekasih halal aku.. pas nie tak ada la dose aku nak pegang tangan dia.. ha…

Malang Kita Pengguna FB

Image
Malang kita sebagai pengguna FB hari ini,

1. Kita malas membaca tapi sibuk hendak tunjuk pandai...
2. Kita tak pernah baca sampai habis tapi sibuk nak bagi komen..
3. Kita tak pernah nak faham tapi sibuk buat2 faham..
4. Kita LIKE status tapi tak pernah nak ambil ibrah [pengajaran].
5. Kita sibuk membicarakan dakwah namun tergadai perkara-perkara asas dalam ibadah. Solat jemaah pun susah..
6. Kita sibuk nak menang dalam perdebatan biar pun telah dtunjukkan kebenaran..
7. Kita lantang bersuara dalam FB tapi senyap di medan AMAL! Action speaks louder than words!
8. Banyak ilmu boleh berdiskusi, perkara remeh juga yang ingin diperhalusi..
9. Banyak kewajipan belum tertunai, kita sibuk membincangkan perkara tak berfaedah..
10. Kita sedar ilmu itu milik Allah namun kita berbangga dengan status kita yang di'LIKE'..

Bermuhasabah untuk dimuhasabahkan.

Khasiat Lobak Pada Kita

Image
Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa lobak merah baik untuk mengubati masalah rabun jauh. Namun, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sebenarnya mempunyai banyak lagi kegunaan untuk membantu mengubati pelbagai jenis penyakit lain. Lobak tidak semestinya dimasukkan dalam makanan, ia juga amat popular dibuat sebagai jus lobak susu yang sering menjadi pilihan di restoran. Jom ketahui apakah khasiat lobak merah ini.



Batu Karang
Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari.

Ekzema
Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.

Hipertensi
Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masuk…

Fenomena Ganjil Laut Buih

Image
Satu fenomena luar biasa telah berlaku di kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan. Ia dianggap sebagai fenomena unik apabila kawasan tersebut dibanjiri dengan air buih yang sangat banyak.

Kejadian alam seperti banjir besar,hujan lebat merupakan fenomena biasa yang terjadi di atas muka bumi ini.

Terdapat satu lagi yang boleh dianggap unik. Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’. Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam.

Boleh lihat gambar di bawah.













Info Ringkas:
Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunya…

Song Ji Hyo Versi Malay

Image
Annyeong hihi  Korang tngok Runing man x?? mesti tngok kn2 Korang Kenal song Ji hyo x?? Xkn X kenal Pompuan pling Ganas dalam runing Man tuh hihi...ganas memang ganas tp cntik kn? Korang Prasan x?? muka dia mcm Sape?? nora Danis laaa hehe Sheda Memang tngok Mcm Seiras & dah Ramai gak Org ckp Tp sejauh Mne seirasnyaaa?????? ek?? ha tngok nih.. bukti kukuh hehehe seiras gila kot.... hihi bg sheda due2 sme cntik la hehe nora dh jumpa sorang kembar dia huhu due2 sheda suke haha... dh sah Nora Danish song ji hyo malaysia..untung laaaa... hik2 p/s: agak2 nora tngok runing man x?? bape bnyak x? rini cube kira lalala

RunningMan Turun Malaysia 21 Sept

Image
Kami pernah menulis tentang Running Man sebelum yang mana mereka telah sah tidak akan hadir menjalankan penggambaran di Malaysia seperti yang digembar gemburkan ramai peminat rancangan ini di laman sosial.
Walaupun berita itu mengecewakan, apa yang kami belajar adalah memang ramai peminat rancangan variasi berasal dari Korea Selatan ini & untuk anda ini merupakan satu berita gembira untuk di’baca. Beberapa akaun sosial untuk peminat rancangan menulis yang barisan castRunning Man akan turun ke Malaysia pada September ini untuk sesi bertemu peminat — pada tanggal 21 September khabarnya.

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok?

Image
Pelakon yang penuh kontroversi, Gambit Saifullah sejak kebelakangan ni agak menyepi selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor mendapat banyak kritikan kerana bermulut celupar.

Gambit yang sebelum ini pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura juga dilihat semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak.

Namun lewat malam tadi, OHBULAN! ada menerima 5 keping gambar menunjukkan Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil.



Keadaan kereta yang terbabas

Dalam kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu.



Kemalangan berlaku di hadapan kondominium Casa Tropicana

OHBULAN! telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan dipercayai tidak mengalami kecederaan.





Betul ke Gambit terlibat dala…

Mati Disebabkan Coca Cola

Image
\
Mungkin selepas mengetahui berita ini anda seharusnya mengurangkan tabiat buruk tersebut.

Seorang ibu kepada 8 orang anak, Natasha Harris, 31 tahun dari New Zealand dipercayai mati disebabkan meminum air Coca-Cola dalam kuantiti yang sangat banyak iaitu kira-kira 10 liter setiap hari. Tabiat buruk yang diamalkan beliau selama bertahun-tahun itu disifatkan oleh ahli keluarga beliau sebagai satu ketagihan yang tidak dapat dihentikan.

Tabiat meminum Coca-Cola beliau telah menyebabkan beberapa batang gigi beliau terpaksa dibuang kerana telah mereput dan salah seorang daripada anaknya lahir tanpa enamel pada giginya. Natasha yang mati pada Februari 2010 lalu dikenal pasti punca kematiannya melalui laporan bedah siasat yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pemeriksaan tersebut mendedahkan pembesaran pada bahagian hati beliau dengan diselaputi deposit lemak yang disebabkan oleh kandungan gula yang terlalu tinggi. Selain itu, dengan tabiat meminum Coca-Cola yang berlebihan tersebut, dia…

Kepale Berlubang Sebab Excident

Image
LELAKI ini dilahirkan normal sehinggalah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di sebuah bandar di China.Namun ajalnya belum sampai.Pihak hospital berjaya merawat kecederaannya namun ia meninggalkan ‘kesan’ yang agak ‘menakutkan’ ketika dilihat.Di kepalanya terbentuk ‘lubang’ sebesar penumbuk hingga ia menarik perhatian masyarakat di mana saja dia berada.Pelik tapi benar bukan?sumber set31

Blogger ‘BeautifulNara’ Disamun, Kerugian Lebih RM350,000!

Image
 SUNGAI BULOH – Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

“Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

“Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis S…