Posts

Showing posts from August, 2013

Gambar Gadis Dan Assetnya ( Versi Indonesia )

Image
Semakin lama Dunia ini semakin Tua, beribu-ribu macam ragam gaya pun akan bermunculan. Entah darimana asal muasal gaya atau trend tersebut. Kita sebagai Muslim dan Muslimah yang baik, seharusnya bisa memfilterisasi semua permainan Dunia ini.

Muslimah yang baik ialah Muslimah yang menutupi dan Menjaga Auratnya sebaik-baiknya dari pandangan orang lain. Mulai dari Ujung Rambut sampai Kaki, kecuali muka dan telapak tangan.

Muslimah yang baik adalah Muslimah yang selalu memakai Jilbab dengan baik dan terlihat sopan. Jangan asal-asalan berjilbab. Dan juga kalau memakai Jilbab, harus dicocokkan dengan Pakaian yang anda pakai.
Jangan memakai Jilbab jika anda mengenakan baju lengan pendek dsj.
Jangan memakai Jilbab jika anda memakai pakaian yang Super Ketat.

Bagi Anda perempuan, pakailah Jilbab dengan benar. Kurang lebih seperti gambar dibawah
Jangan memakai Jilbab seperti gambar gambar berikut ini:


Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

Image
sebelum ni mesti ramai dah baca tentang kisah misteri tentang Al-Quran terbang di Mekah , kali ini mari kita selingkap misteri sebuah masjid, dikatakan masjid ini didirikan oleh makhluk ghaib.. SubhanallahDibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utaraBangunan Masjid Nando dikatakan memang unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng den…

KOREA: Kedai Runcit Maya Pertama

Image
Sebuah peruncit utama Korea Selatan telah membuka kedai maya pertama di dunia menjurus kepada pengguna telefon pintar, dengan cara membeli secara mengimbas kod bar produk yang dipaparkan di stesen kereta api bawah tanah Seoul. Homeplus, rantai diskaun kedua terbesar di negara ini, menawarkan 500 barangan termasuk makanan, elektronik, bekalan pejabat dan kelengkapan di "kedai" yang terletak di stesen Seolleung.

Tujuh tiang dan enam pintu skrin platform telah ditampal dengan imej rak kedai saiz sebenar dipenuhi dengan barang-barang - seperti susu, epal, beg beras atau sekolah beg galas - yang masing-masing mempunyai kod bar kecil tersendiri. Pembeli memuat turun aplikasi yang berkaitan pada telefon pintar mereka dan membuat pembelian dengan mengambil gambar-gambar kod bar.
"Anda boleh membuat pesanan sewaktu anda pergi ke tempat kerja pada waktu pagi dan barangan anda telah sampai di rumah apabila anda pulang ke rumah pada waktu malam," kata seorang jurucakap Homeplus.

Budak Melayu Bergambar Di Kubur Cina

Image
Gambar ini telah menaikkan kemarahan orang Cina sehingga ianya dimasukkan ke dalam sebuah suratkhabar Cina negara kita. Menurut sumber, mereka yang di dalam gambar tersebut adalah golongan bohsia Melayu dan ditemani oleh seorang kawan lelaki mereka.
Apa-apapun, apa dah jadi dengan remaja sekarang? Selain itu, mereka juga menuding jari tengah semasa bergambar dengan kubur ini. Walaupun Syafikal (yang bertanggungjawab untuk muatturun gambar tersebut) telah minta maaf, ramai lagi yang rasa kurang puas hati. Cuma bayangkan, orang lain pula yang duduk main-main dengan kubur korang, apa perasaan korang?







PS: kot benci dengan orang orang cina pon, tak payah la carik pasal kat kubur diorang.. buat la bende laen untuk lepaskan benggang kot ye pon.. adesss

Pinggan Kayu Untuk Bapak

Image
Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat kekok menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.
Prannnnngggggg … !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula …

NINETOLOGY SMmartphone Buatan Malaysia Terbaek

Image
Ramai pengguna lebih mengenali jenama telefon bimbit tertentu kerana cara pengiklanan serta publisiti yang ada di mana-mana tanpa menyedari beberapa jenama buatan tempatan sudah mula menunjukkan taring masing-masing.
Tidak ketinggalan Ninetology yang memasarkan telefon bimbit multimedia melalui segmen telefon pintar iaitu Black Pearl 2 i9400 kini berada di pasaran dengan konsep hiburan bermaklumat. 
Jenama ini mungkin masih kurang dikenali di pasaran tempatan tetapi sesetengah fungsinya tidak boleh dipertikaikan walaupun ramai yang kurang yakin termasuk penguji apabila pertama kali menggunakannya. 
Satu ciri menarik pada Black Pearl 2 i9400 ialah versi dwi SIM yang mana pengguna boleh bertukar antara dua nombor telefon berbeza anda dengan hanya satu sentuhan.

Pada saiz 4.0 inci, pe-nguji merasakan Ninetology boleh berbangga pada saiz yang menepati kehendak pengguna sekarang namun resolusi (dinyatakan di bahagian bawah artikel ini) belum memadai.
Menu utama yang terpampang di skrin se…

Wordless Friday

Image
PS: Jum Solat Maghrib.. bagi gurl yang tak boleh solat tue, banyak banyak kan la berzikir ye.. hehehehe...

Cara Nak Hilangkan Bau Kaki

Image
Kaki berbau sering di alami oleh orang yang menggunakan kasut bertutup setiap hari. Bau kaki yang busuk akan membuatkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa. 
Menghapuskan bau kaki yang tidak menyenangkan adalah perkara utama bagi mereka yang menghadapi masalah ini. 
Untuk pengetahuan anda, kaki berbau berpunca daripada bakteria pada kaki yang memakan peluh di kaki. Jika anda mengalami masalah ini, terdapat beberapa cara untuk anda menghapuskannya. 
1) Rendam kaki anda di dalam baldi berisi sabun dan air suam dan gosok kaki anda selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk. Air suam berupaya membuka liang roma di kaki dan mengeluarkan kotoran. Air sejuk pula berperanan untuk menutup kembali riang roma yang terbuka. 

2) Gunakan sarung kaki dengan bahan yang selesa serta mempunyai sistem peredaran udara yang baik supaya kaki tidak lembab. Oleh itu, stoking jenis nilon tidak sesuai untuk di pakai dengan kerap. 3) Mempelbagaikan jenis kasut mengikut suasana. Jika anda ingin kelua…

Teguran Terbuka Dari Majalah Hijab

Image
ASSALAMUALAIKUM Adakah fesyen muslimah di Malaysia semakin terpesong? Mungkin sebab inilah timbulnya satu surat teguran terbuka dari seorang muslimah untuk Majalah Hijabista. Fikir-fikirkan lah… _ _ _ _ _ _ _ _ _ Kehadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi… Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembuta…

Teori Fizik Hawking, Mengungkap Perjalanan Isra’ Rasulullah SAW

Image
Assalamualaikum
kali nie aku nak berkongsikan dengan artikel mengenai Dr. Stephen Hawking yang membuat perjelasan mengenai peristiwa Isra; Mi'raj Nabi jujungan kita Muhammad SAW..
Salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW adalah diperjalankan baginda oleh Allah SWT melalui peristiwa Isra’ Mi’raj. Banyak yang cuba mengungkapkan peristiwa tersebut secara ilmiah, salah satunya melalui Teori Fizik paling mutahir, yang dikemukakan oleh Dr. Stephen Hawking.
Teori Lubang Cacing Tokoh besar di dunia ilmu fizik yang pertama adalah Isaac Newton (1642-1727) dengan bukunya : Philosophia Naturalis Principia Mathematica, menerangkan tentang konsep Daya dalam Hukum Graviti dan Hukum Pergerakan. Kemudian dilanjutkan oleh Albert Einstein (1879-1955) dengan Teori Relativitinya yang terbahagi atas Relativiti Khas (1905) dan Relativiti Umum (1907). Dan yang terakhir adalah Stephen William Hawking, CH, CBE, FRS (lahir di Oxford, United Kingdom, 8 Januari 1942), beliau dikenali sebagai ahli fizik yang teorit…

Aku Playboy Ke

Image
Adessss... kadang kadang kawan berlainan jantina nie berbahaye jugak ek.. huhuhu.. salah cara jer abis la kite.. bahaye tue bermakne kite akan kene pukul ke maki ke tapi macam akan aku ceritekan masalah aku kang.. adessss...
nak cakap aku pandai pikat awek memang tak la kan.. aku nie jenis suke berkawan je.. time lawak, aku akan wat lawak.. time gile, gile la.. tapi aku tak tau la mane la silap nye aku nie.. sebab kenape la ek gossip aku dengan perempuan nie dasyat gile.. bile aku duduk dengan seorang kawan kat cafe, orang kate aku duduk dengan awek.. bile aku duduk dengan awek laen lak, diorang kate nie laaa tue la.. so cube korang bayangkan bile aku duduk dengan kawan gurl aku yang laen.. ape agak agak nye orang cakap pasal aku..
"Dia tue playboy.. jangan dekat""dia kejap duduk dengan awek nie kejap awek laen.. banyak gile awek dia.. dasyat"
tue yang korang rase kan pe diorang kate kan an.. kalu salah, aku mintak maaf la.. sebab aku nie memang suke meneke tapi pe…

Setia Hujung Nyawa Raya 2013

Image
korang..  korang terlepas tengok Setia Hujung Nyawa Raya ke?? kot korang terlepas dan nak tengok, sile la tengok di sini.. tapi before that, please pause dulu la radio tue..  tak kan la nak tengok cite tue sambil dengar radio kot.. tapi kalu suke dengar dua dua dalam serentak ape salahnye kan.. hahahaha..






Cina Buddha Sembahyang Di Surau Terjawab

Image
Isu video yang menunjukkan satu kumpulan menjalankan upacara sembahyang Budhha terjawap juga akhirnya!

Sila baca :
KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.


Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.


Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.


Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.


Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat ber…

Mat Lutfi Timbulkan Kontroversi

Image
Siapa yang tidak kenal dengan Mat Lutfi kan? Seorang yang sangat popular dalam video-video Youtube keluarannya. Kali ini kita tidak akan bercerita tentang Mat Lutfi dengan video-video dia, tetapi tentang isu panas yang dikatakan mat lutfi telah melawat gereja di pagi raya. Gambar yang dimuat naik oleh beliau, telah mencetuskan kontroversi sehingga ada yang menganggap ia satu perbuatan yang salah. Di samping itu juga, ada juga yang turut memberikan pendapat yang positif. Boleh lihat screen shot di bawah ini. Gambar Mat Luthfi lawat gereja di pagi raya telah cetus kontroversi. Akibat daripada tindakan tersebut, ramai peminat yang memberi komen negatif dan ada juga yang menyokong tindakan Matluthfi dan mengatakan tindakan tersebut tidak salah. Menurut Matlufti, dia hanya melakukan site visit ke gereja tersebut untuk tugasan beliau. Selain itu dia juga dijemput untuk melakukan ceramah pada ahad nanti. Sebenarnya, menjejakkan kaki di gereja dan ada niat atau tujuan tertentu memang tidak s…