Mari Sini Kamu Si Pengguna Software Pirate



- Assalamualaikum -
* Selamat Malam *

Kamu tau tak ape kesalahan kamu guna software pirate nie? maksud aku software bukan kamu beli daripada syarikat sebenar mereka. Kamu dok download software daripada laman sesawang kemudian kamu hack dan kamu guna untuk syarikat kamu. Dah lama sangat pakai, asal tak mau beli je? Tau la guna yang pirate tu free tak kene bayar, tapi tau tak akibatnye kalau kamu pakai software tu tanpa membelinye? Meh aku ceritakan sebuah cerita yang mana kalau hati kamu tu terbuka untuk membeli software ni secara halal tanpa kena tindakan apa apa. 

Ini cerita aku untuk si empunya syarikat atau kedai yang membuat design. Tak kira lah buat lanskap ke buat design kahwin ke janji ada kaitan dengan design. Aku ni kerja biasa je. Jual burger je pon. Kawasan yang aku berniaga ni banyak kedai kedai membuat design. So nak jadikan ceritanye, hari itu aku tengah berniaga, tiba tiba aku ternampak 2 buah kereta dan 1 van parking dekat dengan kawasan aku berniaga. Siapakah mereka itu, tu aku tak mo bagitau korang siapakah mereka. Tapi kan lepas tu mereka keluar daripada kereta mereka dan teros masuk ke dalam sebuah kedai design ni. 

kecoh beb. sempat jugak la aku bertanya kan pada yang serbu kedai tu. Dia bagitau aku, kedai ni ada guna perisian yang haram. Disebabkan aku ni budak IT, so aku paham la maksud dia perisian haram tu. Sedang aku tengah bungkus bungkus kan burger untuk customer aku nie, aku nampak diorang amik beberapa buah komputer dan laptop, aku tanye orang tu, kenape rampas, so dia bagitau aku, dalam pc dan laptop tu ada barang barang tu, kalau diorang nak balik, diorang kene pergi mahkamah. Kalau tak nak, buat lah surat untuk copy kerja kerja mereka yang mereka dah buat untuk customer mereka. Haaaaa.. So nak jadikan cerita nya, kalau dah pakai software haram, kene la tanggung akibatnye. Ye lorh kalau banyak pc dan laptop yang digunakan, so banyak la yang akan dirampas. Kalau tak nak kene rampas, 1 je caranya. Beli lah. Dan dapatkan sijil pembelian software tu. baru lah  PC dan LAPTOP korang akan selamat daripada dirampas.


Tapi aku ada jugak WARNING for practical student. Lagi lagi yang akan bakal menjalani practical mereka di syarikat syarikat atau di kedai kedai design ni. Sebenarnye, budak practical tidak digalakkan menggunakan laptop mereka di tempat mereka menjalani practical mereka. Tapi kalau nak pakai jugak, boleh je. Pastikan software anda tu, ada tulis version student. Macam mana nak dapatkan version ni? Tanyalah di tempat korang belajar tu. Ada sponser ke? Kalau tak ada, ce tanya syarikat software yang korang guna tu, macam mana nak dapatkan version student ni. Kalau korang tak nak buat, tak ape. Tapi kalau la tempat kerja korang kene serbu, dan kebetulan korang pulak guna laptop korang dan ada software tu, 1 je yang boleh aku katekan pada korang. Say goodbye to them. Kalau nak tau jugak kenape aku cakap macam tu, bacalah semula ape yang aku cakapkan tadi. Tak pon tanya lah lecture korang, kenape. hehehe.

Aku ni bukan lah kejam sangat. Tapi aku bagitau ni, adalah demi kebaikan korang. Tolong lah beli software tu. Kalau korang buat ni demi rezeki korang, beli lah. Kalau tak, jangan kata aku tak payung okey. Hehehe.. Assalamualaikum. Selamat Malam.


* ps: korang boleh cari di laman sesawang tentang perisian haram. Nanti korang tau ceritanya. hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

First Day At New Place ^u^