Mengidam Ek

- Assalamualaikum -
~ Hai Guys ~
Kadang kadang kita selalu sesuatu makanan tu. Bukan jer makanan, macam macam kita mengidam. Nak ini laa nak itu laa. Tapi kita tau kemampuan kita macam mana. Ada yang senang dapat, senang la. Ada yang susah, susah la. Tapi biasa la manusia, kadang tu kalau nak sesuatu tu kadang, hmmm sanggup buat apa saja. Sama ada cara yang halal ke cara yang haram ke, janji bende tu ada dekat tangan dia. Dia tak peduli risiko nye. Asalkan bende yang dia mengidam tu dia dapat. Tapi katakanlah kita nak makan sampai kenyang dekat Seoul Garden's. What we do is do more jobs and we will get eat in there. Right?
Tapi kan bila difikirkan balik laa, berbaloi ke ek kita kumpul duit banyak banyak lepas tu, kita makan bende yang mahal? Untuk sekadar merasa makan kat situ, berbaloi la. Janji dapat rasakan. Hehehe. Tapi kan bila difikirkan semula. Makan makanan yang murah pon dah bersyukur. Sebab? Bayangkan orang yang hidup susah, nak merasa makanan yang sedap macam KFC pon tak dapat. Sebab diorang tau, kalau diorang beli makanan ni dengan harga sekian sekian harga, diorang boleh beli makanan untuk beberape hari. Bagi yang parent pulak, bila anak diorang mintak nak makan ini itu kadang, diorang rasa sedih tak dapat nak belikan. Aku tau perasaan tu, sebab aku pernah merasa hidup susah dengan duit kosong. Lepas tu bila ada duit nak makan ini itu, aku fikir balik, kalau aku beli ni, aku dapat beli makanan untuk beberapa hari. Yeah aku nak survive untuk jangka masa yang panjang. Kalau aku belanja sakan, abis la duit aku.
Tapi kan bila kita nampak orang yang miskin ataupon orang yang susah, apa kata kita tolong diorang tanpa mengharapkan apa apa balasan. In Syaa Allah, Allah akan bantu kita. Ada cara kita boleh dapat makanan yang kita mengidam tapi jangan mengharapkan kita akan dapat bende tu ek. Cukup lah kita mengidamkan jer tapi dalam masa yang sama kita sedar kita tak mampu nak membelinye sebab kita tak ada duit nak beli. Caranye semua orang tau,
1 )  Jangan berkira dengan orang terutama dalam bab rezeki. Belanja lah jika kamu mampu.
2)  Jangan mengharapkan balasan daripada orang. Buat kerana Allah.
- Contohnye; kita dah bantu si fulan ni, lepas tu kita harapkan balasan daripada dia, JANGAN!!! Buat sesuatu tu, dengan niat kamu nak bantu dia. Jangan buat sebab nak sesuatu daripada dia. 
3)  Buat solat Dhuha. ( Solat Rezeki )
Jaga dan amalkan solat Dhuha. Minta Allah permurahkan rezeki kita. Tapi jangan la minta nak iphone pulak. Melampau tu. Minta murah rezeki pon dah cukup dah. Hehehehe..
4)  Selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan pada kita.
5)  Sentiasa ingat pada Allah. Ikut perintah-Nya dan tinggal larangan-Nya.
6)  Jaga solatmu. Solatlah di awal waktu. 
In Sya Allah, Allah akan membantu dan permudahkan segala urusan harian kita. Amin
7) Mengaji Al-Quran walaupon merangkak rangkak bacaan kita itu.
8)  Jangan tolak pemberian orang,
Kerana mungkin itu adalah rezeki daripada Allah. Kalau pemberian itu makanan, kongsi lah dengan orang lain, orang yang beri hadiah kat kita tu akan dapat pahala. Kita pon dapat. Mudahkan dapat pahala. Hehehe.
Macam mana? Mudah tak? Hehehe. Jadilah seorang manusia yang sentiasa bersyukur segala nikmat yang kita kecapi. Jangan sombong dan jangan kedekut. Hehehe. Okay lah. Kerja aku pon dah tiba ni. So i need to go now. Bye. Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks