Pindah Rumah

.
.
~ Assalammualaikum ~
- Hye Guy's -
.
.
Wowww.. Lama betul aku tak buat entry baru. Hahaha. Bila nak buat, mesti ada halangan. Adesssss. Lagipon kalau aku tak aktif menulis cerita pon, tapi kalau ada comment pape, kejap je aku balas. Hahahaha. 
.
.
Sebut pasal pindah, ini kali ke 3 aku pindah rumah sejak duduk Selangor. 2 kali duduk dekat Damansara dan kali ini aku duduk di UK. Sewa rumah beb. Hahaha. Kali ni aku pasti aku rasa aman sebabnye yela, kalau dulu aku duduk dengan orang luar. Tapi kali ni, aku sewa dengan adik beradik aku. Duduk serumah. Senang. Kalau ada yang nak balik kampung, boleh jalan sekali. Ada masalah, boleh setelkan dekat rumah. 
.
.
Lagipon okay la kan duduk dengan adik beradik. Susah senang, kau boleh bantu. Tapi jangan melampau la. Sendiri mau ingat la. Nasib baik yang tinggal bersama ni, sume bujang belaka. Kalau dah kawen, beli rumah je la beb. Hahaha.
.
.
Makin hari makin ramai pulak yang sakit ati dengan aku. Tak kira macam mana aku buat pon, still ada je yang sakit ati. Tak tau la nak buat macam mana lagi. Lagi 1, biasa nye aku cakap dengan orang, aku ada awek. Nama dia Nadia. Aku selalu jumpa awek aku ni. Aku selalu bawak dia berjalan jalan. Yang orang nak jelez nye sebab apa? Aku bukan boleh kawen dengan Nadia pon. Sebab Nadia tu motor aku. Aku bagi nama tu sebab no plat motor aku NDA. Nama ni dekat sangat dengan nama NADIA, so aku bubuh je la nama ni. Tak kan nak marah kot. adessss.
.
.
By the way, aku happy sebab aku dah duduk dengan adik beradik aku. Tak ada la aku nak fikir sangat dengan perangai orang yang suka merajok dengan aku. Merajok sebab aku tak masak laok lebih. Memang tak la kan nak masakkan untuk orang. Kau tak bayar kau tak bagi duit, tapi kau nak makan makanan aku, kau cakap aku kedekut. Padahal dia lagi kedekut sebab tak bagi duit nak beli barang. Haaaa. Yang penting sekarang, aku bahagia sebab aku dah jaoh daripada diorang.Hahaha. Okey la guys, need go now. Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

First Day At New Place ^u^