Adik Kakak Angkat

.
.
= Assalamualaikum =
# Hye guys #
.
.
Sebut pasal adik abang kakak angkat ni, bukan bende luar biasa kat Malaysia ni. Cari je la dekat Facebook, berlambak orang yang nak. Tapi bende ni aku tengok kadang kadang melampau pon ada. Ye la. Ada yang amik kesempatan atas orang lain. Nak duit la, nak itu la, nak ini la. Biasa la. Adik beradik angkat kan.
.
.
Tapi aku pernah kene macam ni, kes aku simple je, adik angkat aku ni aku boleh katakan dia pisau cukur. Well, sebelum ni dia ada abang angkat, dan dia selalu minta macam macam dekat abang angkat dia tu. Yang dasyat tu, abang angkat dia pernah bagi handphone, tapi dia pergi jual sebab nak duit. Lepas tu bila handphone dia problem, dia mintak dekat abang angkat dia handphone, tapi like always, dia pergi jual. Dan mase dia jadi adik angkat aku pulak, nasib baik dia minta topap je. Aku bagi je la tapi RM5 je la. Tak lame tu, dia mintak lagi, kes kali tu duit tempat dia keje dekat taska hilang RM500. Wowwww. Banyak beb. Dia nak minta kat aku, sorry ler. Aku dah tau dia ni kaki cukur duit orang so tak ada maknenye aku nak bagi sesen pon. Dia minta dekat aku, aku ignore je mesej dia berkali kali sampai dia give up. Aku ingat dah abis la. Rupe rupenye selang seminggu lepas tu, dia cakap dengan aku dia nak pergi berjalan dengan kawan dia, tapi tak ada duit, so dia nak duit dekat aku. Ape lagi, aku senyap la. Lepas tu, dia mesej aku dia cakap aku dah jumpe orang lain dan dia cakap dia tak mau kacau aku lagi. Lepas tu, dia teros tak mesej aku lagi. Hahaha.
.
.
Ini cerite bulan lepas sebenarnye, aku dah tak contact dia lagi. Yang aku hairan dengan dia, dah ada tunang tapi still nak cari laki untuk congkel duit laki tu. Kesian gile kat tunang dia. Dapat bakal isteri si pisau cukur. Huhhhh. Kesian.
.
.
Well itu la pengalaman bab adik angkat ni. Hahaha. Baru aku tau, dasyat jugak si pisau cukur ni. Hahaha. Hidup bermatakan duit ni, serius bahaya. Hidup tak tenang sebab nak kan duit. Itu nasib baik aku ni jenis okay la. Kalau jumpe laki yang dasyat, abis la kau perempuan. Tak bayar balik, emm jual la badan kau tu. Itu kalau jumpe laki jenis tu la. Kalau dah jumpe, bye bye.
.
.
Well aku bukan nak pon adik angkat, tapi dia yang offer nak jadi, aku ye kan je la. Tak sangka pulak dia si pisau cukur. Hahaha. So hati hati la guys, jangan jadi pisau cukur, silap hari bulan, pisau tu akan cakar korang balik. Hehe

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks