3 Days 2 Night

.
.
- Assalammualaikum -
# Hye Guy's #
.
.
Pernah tak korang pergi kerja atau pergi ke kelas pakai pakaian yang same selama 3 hari? Hahahaha. Eeeuuuu. Pengotor nye orang camtu tapi kan ini kisah aku sejak 2 minggu yang lepas. Jangan cakap aku tak mandi okay mase tu. Aku cukup bersyukur sebab office aku ni open 24 hours. Ye la office jaga pasal bank kot. Jaga internet diorang. So 24 hours la kene jaga diorang punye internet. Tapi ni bukan cerita pasal office aku. Tapi tentang kejadian yang berlaku kat aku 2 minggu lepas.

Hahaha. Kisah nye begini tau. Biasa nye aku balik keje saja dah pukul 8 malam. Itu belum masok borak dengan member shift malam mase tu. So jadikan ceritanye, lepas dok borak borak dengan member aku, aku cadang la nak balik rumah. Jarak rumah aku ke office tak ada la jauh mane. Setakat 30km something la. Jarak masa hampir 40 minit. Hahaha. So keluar office, start enjin motor, panaskan enjin sume. So aku pon nak gerak balik. Dalam perjalanan tu dalam 5 minit perjalanan, dalam tengah jalan, tibe tibe motor aku rosak. Ada bunyi dekat rantai kecik. Jam mase tu dah pukul 9.20 malam. Kedai yang bukak pon mesti tak dapat nak check sebab masa tu kedai ada yang da starting nak tutup. So aku pon call la kawan aku. Call punya call, kawan aku jadi bantu aku. Dia tolak sampai bengkel motor yang aku selalu hantar. Sebab aku tau kedai tu tutup jam 10 malam. Sampai sampai bengkel tu, dia cakap dah nak tutup and dia akan check esok hari. So kawan aku tanye camne, so aku cakap okay la. Tapi disebabkan rumah aku sangat jauh, so aku cakap dengan member aku, aku tidur office je la. So dia pon hantar lah aku ke office.

So sampai je office, member aku yang shift malam tu tanye la kenape aku tak balik. And aku cerita la pasal motor aku rosak. Lepas tu, nasib baik la dia ni ada bawak toto bantal selimut ke office. So dapat la aku tidur office dengan aman tapi sebelum nak tidur, aku ada call member aku sorang ni sebab dia selalu mandi dalam office. Dia ada shampoo, sabon, pewangi dan lain lain. Senang cite lengkap la barang barang personal cuma berus gigi je aku kene beli sendiri. Hahaha. Cumanye aku tak ada baju suar spare. Huhuhu. Malang betol. Tapi tak pe. Tidur dalam air con , ada toto bantal selimut. So okay la. So malas ganggu kawan aku yang keje malam tu, aku pon mandi and solat. Lepas tu tidor kat toto sampai la pagi. So start keje pagi tu, macam biasa la. Mandi la dulu dalam kul 6 pagi tu. Bangun solat subuh lepas tu siap siap nak keje pagi kan.

So pagi tu aku buat la keje macam biasa. Tapi leader aku prasan aku tak tukar baju dan dia tanye aku, aku tak balik ke malam tadi sebab moto aku tak ada kat tempat parking motor. So aku pon  cerita la ape yang jadi malam tu. Time lunch, aku keluar pergi bengkel dengan harapan aku harap diorang tak buat pape so aku boleh hantar ke bengkel lain. Tapi so sad, diorang dah bukak enjin dan diorang cakap enjin block. Pehhhh bukan nak call dulu ke ape. So dia cakap malam kang boleh siap kalau barang ada. So aku pon balik office, solat zohor sume dan malam tu aku datang lagi. Dan jawapan yang amat menyedihkan, diorang cakap barang tak ada sebab barang diorang nak beli tu, bengkel tu tak bukak. Pehhhhh sekali lagi aku kene tidur office. Mana aku nak letak muka beb sebab esok tu dah hari ke 3 aku pakai baju yang same. Nak tak nak aku kene pakai minyak wangi 2 kali ganda sembur kat baju suar aku. Bahaya beb. Aku da la sensitif bau badan. So kalau aku sensitif, orang lain pon sensitif jugak. Hahaha.

So esok tu, sekali lagi aku tebalkan kan muka aku sebab malu pakai baju yang sama. Kebetulan pulak hari tu ari jumaat. Lepas solat jumaat, aku pergi ke bengkel tu, aku tanya pasal motor aku. Kali ni aku amik no diorang sebab masa moto aku rosak, aku dah bagi no aku tapi diorang tak call pon. So aku dapat no diorang dan tanya pasal motor aku dan diorang cakap barang da beli dan tinggal nak pasal je. Maybe siap dalam kul 9 or 10 malam. Pehhh aku da pasrah beb. Sebab dah lewat tu masa tu. Maybe MRT dah tutup da masa tu. So aku force diorang and mintak diorang siapkan dalam masa terdekat before pukul 8 malam. So lepas tu aku balik la office.

Dalam pukul 6 petang, aku call diorang, dorang cakap tak siap lagi, tapi diorang try siapkan lepas maghrib. So lepas maghrib aku call lagi, dan alhamdulillah, motor aku siap repair. Dapat la aku balik malam tu. Yang sedehnye duit aku. Huhuhu. Melambung ke kedai tu. Huhuhu Sedih. Tapi tu la. Pengalaman aku selama 3 hari 2 malam aku pakai baju seluar yang sama. Malu tapi takdir aku kan. Kene la beringat lepas ni. Dugaan dugann. Haiyoooo..

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh