Need Internet, Call, SMS Unlimited?

 
 Image result for webe
Image result for webe
 
- Assalamualaikum -
= Hye Guys = 

Biasanye bila aku buat entry macam ni, mesti yang underground punya kan. Tapi kali ni aku nak kongsikan kat korang tentang bende ni. Dah la unlimited call sms internet. Bulanan murah pulak tu. Kalau guna telco lain selain telco ni, tak ke rugi sebab tak dapat package macam ni. Aku ni bukan la staff diorang dan aku ni bukan la promoter diorang nak promote barang diorang kan tapi aku bagitau ni sebab aku sendiri dah pakai diorang punye package ni dan aku rase memang bagus la. Serius.

Korang tau tak TM ada buat sim kad diorang? Sim WEBE. Kalau korang nak tau webe ni sebenarnye asal dia daripada P1 tapi TM dah amik alih so diorang ubah nama p1 jadi WEBE. Webe yang aku maksudkan ni webe mobile iaitu package dia unlimited internet call sms. Bulan bulan just bayar RM84 termasuk gst. Ni aku genapkan harga setiap bulan. Murah kan. Telco lain tak berani buat macam ni. Diorang buat pon sume ada limit kouta. Hahaha.

Tapi webe mobile ni ada kelemahan dia. Sebab tak semua Handphone support line 4G dia. Sebab untuk dapatkan line yang stabil, handphone korang tu mesti support 4G macam yang aku highlight kat gambar bawah tu. Ni kalau korang dapat line band ni, so korang dapat la gune 4G diorang. Serius korang suka punya la. Kalau handphone korang tak support line 4G webe ni tak pe. Sebab handphone aku ni pon tak support 4G webe tapi aku dapat line H+. Laju beb. Boleh katekan ari ari aku tengok anime, drama english Heroes season. Bulan lepas aku guna hampir 100GB. Gila tak. Tapi bill aku RM 84 je. Amacam? Murah kan. Hahahaha. 
 
 
Selain tu kan, WEBE punye kelemahan dia, tak boleh nak hotspot. Mesti korang tak suke kan bila sebut tak boleh nak hotspot ni kan. Tapi korang patut beruntung tau, kalau member korang mintak, tak ada la korang segan nak cakap nak wifi boleh tapi kene bayar. Sebab memang nak hotspot kene bayar pon. Masuk dalam bil korang tu. 2 jam RM 6. Adil la tu. Unlimited tu beb. Gune pon sedap pe. Hahaha. Lagipon kalau korang tak subscribe hotspot 2 jam RM 6 tu, member tak dapat nak gune hotspot korang tu. Sebab kalau dia nak, korang kene subscribe dulu baru korang boleh guna. Hehehe.


Ada lagi kelemahan dia, korang dapat tengok video quality 480p je. 720p boleh je tapi webe ni dia more kepada 480p kualiti video yang diorang set. Okay la tu, Janji dapat tengok cerite kan. Best pulak tu. Betol tak. Hehehe. Ape lagi ek kelemahan webe? emmm tapi pape pon webe ni sebenarnye baru lagi. Dilancarkan sejak tahun lepas lagi. So kalau slow ke pape ke, webe tengah upgrade lagi. So selagi webe ni masih ada dan murah, better korang amik cepat. Hehehe.

Bagi yang selalu beli internet ni, aku cadangkan korang guna je la webe ni. Tak rugi pon. Kalau guna untuk buat kerja lagi lagi yang student mahupon yang bekerja, Kalau korang gune webe ni, korang tak kan rugi pon. Malah korang pasti suka guna. Hehehe. Kalau nak tak tanya pendapat aku pasal webe ni, aku bagi 4 bintang. Sebab webe ni memang terbaik. Percaya lah. Hehehe.

PS: webe ada untuk broadband jugak. Tapi 30GB je la. Boleh je buat wifi kalau nak. Bulanan just RM 59. Okay la kan. Hehehe. Aku harap entry ni berguna pada korang. Hehehe. Pape hal boleh je tanye aku. Kalau aku boleh jawab, aku akan jawab. Kalau tak, sorry. Aku bukan staff webe. Hahahaha
 

 
yang ni, kalau korang register atas korang, korang boleh buat subline bawah korang. Tapi ingat, bil subline line bawah 1st line. 

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

First Day At New Place ^u^