Aku Difitnah

Image result for difitnah

- Assalamualaikum -
# Hye Guy's #


Sebelum ni aku ada cerita kan aku stress sebab aku dapat banyak kerja dan kebanyakkan kerja aku buat tu, kerja aku cover kerja orang lain. Tup tup selang 2 hari tu, aku dapat kabo daripada partner aku, someone said aku cuba nak mempecah belah department aku. What the fish laaa. Dan orang yang fitnah aku tu, tak bukan someone yang aku malas nak cari pasal dengan dia.

Memang tak la kan aku nak mempecah belahkan department aku lagi lagi aku ni suka bertegur sapa dan aku tak ada masa nak bende bende yang aku rasa bende ni boleh menjahanamkan masa depan aku sendiri lagi lagi di office orang ni. Aku datang sini mencari rezeki yang halal tapi tup tup tiba tiba ada story tak best pulak pasal aku. Aku memang marah gila orang fitnah aku bende yang aku tak buat ni.

Aku dah pon berjumpe dengan hamba Allah yang fitnah aku tu. Dan aku dah pon berbincang dengan dia. Kalau ikutkan aku nak cakap sambil maki hamun tau. Tapi tah la, kenape ati aku baik sangat sampai bila nak berbincang tu, aku macam tak sampai ati pulak nak maki orang. Hahaha. Maybe tu nature aku kot. Tak suka marah orang. Hahaha.

Well, masa berbincang tu, aku ada la tanye kenape aku difitnah sedangkan aku tak buat bende bende tu semua. Lepas tu dia cakap, Sebenarnye dia nak elakkan pergaduhan dia dengan partner aku so dia guna nama aku sebab dia boleh elakkan pergaduhan tu jadi lebih besar tapi silapnye dia guna nama aku tau. Sebabnye kami dapat kerja banyak tapi orang lain dapat kerja sedikit dan kami backup kerja orang lain pulak tu. Mana adil beb. Aku ada la tanye jugak, lepas tu asal dia tak bagitau aku dan mintak maaf kat aku. Dan jawapan dia, nanti dia boleh jumpa aku time kerja siang. Tak logik betul alasan. Aku memang marah dengan dia sebenarnye tapi aku fikir, dia memang jenis macam tu, so aku bia je la. Tapi aku ada lah warning jugak if kalau rekod aku buruk, memang aku tak kan maafkan dia. Aku tak tau la kenape aku senang sangat maafkan orang. Ishhh. Dan aku rase sebab ni kot orang senang nak mempergunakan aku. Semuanye demi kepentingan diri sendiri. Aiyooo.

Tapi tak per la. Janji sume dah setel. Aku pon tau reason dia fitnah aku. So aku maafkan je la. Dan jalani liku liku kehidupan aku yang bahagia ni. Hahahaha. #ayatpoyo hahaha

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

First Day At New Place ^u^