Bukan Rezeki Kami

- Assalamualaikum -
# Hye Guys #
Salah satu kuih kegemaran aku kalau aku nak makan ke, aku paling suka kuih pelita ni. Sebab ye la kuih ni kan lembut dan manis. Bukan aku je suka, korang pon suka jugak kan. Hahaha. Tapi kan aku nak kongsi kan satu cerita memang aku speechless. Serius speechless gila tapi dah takdir aku mampu melihat sahaja ianye pergi. Huhuhu.
Sabtu hari tu iaitu 5/3 hari tu, aku dengan akak aku pergi ke rumah saudara kami sebab ada kenduri Kahwin. Sepupu aku tu dah la sebaya aku tapi dah kawen dah. Aku je belum lagi. Hahaha. So jadikan cerita kan, kami sampai sampai je, teros jumpe saudara kami dan saudara mara kami sume. So  lepas tu diorang ajak la kiteorang makan. Aku pulak masa nak pergi makan tu, aku ternampak seorang budak ni, dia terlanggar seorang mak cik ni dan baju dia kene bubur kacang, so aku pon bantu la dia. Lepas tu aku pergi la kat akak aku bawa makanan nak makan. Masa aku nak amik makanan tu, aku ternampak ada orang letak kuih pelita dan kebetulan ada 3 ketul kuih pelita je tinggal. So aku pon amik dan aku letak kat akak aku. Masa tu, ibu aku ada dekat meja kiteorang ni sekali, sebab tu la aku amik 3 ketul kuih pelita. Untuk aku, akak aku dan mak aku.

So jadikan ceritanye, lepas aku dah letak makanan tu dekat atas meja, aku pon makan la nasi dulu. Makan kuih kemudian. Tapi tak sampai beberape second aku makan, ada orang lelaki datang duduk sebelah mak aku dengan berpeluh peluh. Masa tu aku agak dia baru lepas buat keje la tu. So dia duduk sebelah mak aku dan makan kuih pelita tu. Mula mula tu, aku ingat dia makan 1 kuih je, lepas abis satu tu, dia makan yang lain pulak. Last last abis kuih pelita dia makan tu. Abis makan kuih tu, dia angkat pinggan tu, dia teros blah tanpa cakap ape ape.

Aku dengan akak aku speechless tak tau nak cakap ape so kiteorang pon teroskan abis makan. Mak aku cakap kuih tu bukan rezeki kami. Dah rezeki dia. So redha je la. Aku pon redha je la. Tapi tu la. Bila ingat dekat kuih pelita, aku ingat kisah ni. Hahahaha. Lawak doh. Hahaha

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks