Sibling Days

Image result for sibling days


- Assalammualaikum -
# Hye Guys #


Sejak aku duduk bersama sama dengan akak aku ni, banyak betul akak aku keluarkan duit untuk rumah sewa kiteorang. Aku rase segan pon ada sebab sejak duduk dengan akak aku ni, aku just keluarkan duit untuk beli bahan masak je. Aku je yang suka masak kat umah tu. Lagipon aku bukan suka masak untuk seorang makan pon. Hehehehe.

Well sebenarnye best jugak duduk dengan adik beradik ni. Lagi lagi yang sekepale. Gaduh tu biasa la kan. Nama pon adik beradik. Kau tau peragai dia, dia tau peragai kita. Yang penting bila duduk dengan adik beradik ni, tak ada siapa pon kuli. Aku kat rumah sewa kiteorang memang tukang masak pon. Kalau aku penat masak, akak aku pulak yang masak. Itu biasa lah kan. Tapi peti ais memang aku akan sediakan bahan cukup untuk masak. Bahan basic tu kene ada. Telur, beras dan sayur sayuran. Semua ni bahan basic mesti ada dalam rumah. Tak rajin beli sayur? Beli bawang besar dengan cili pon cukup la. Nak buat nasi goreng pon senang. Kan. Tak tau masak, kene la tengok resepi. Simple je la masak nasi goreng ni. Serius.

Bila semua cuti hari yang same, kiteorang akan rancang la nak pergi mana. Tengok wayang ke, berjalan jalan ker. Tengok kerajinan masing masing. Hahahaha. Kalau tak rajin, bawak kucing jalan jalan di dekat taman. Kucing aku ni dia memang suke keluar, kalau tak dapat keluar, adesss aku jadi mangsa kene memekak dengan dia. Akak akak aku tak kene pulak. Geram je aku tengok kucing kucing aku tu. Grrrr.

Sebenarnye banyak jugak la aktiviti boleh buat bila duduk dengan adik beradik ni. Tapi kiteorang tak pergi hiking, travel lagi sebab macam hiking tu bila nak pergi, cuaca tak mengizinkan. So tak boleh la nak pergi. Travel pulak, cost tu kene pikir. So sebab tu 2 aktiviti tu kiteorang tak dapat buat lagi. Maybe travel tu, lepas raya kot baru dapat buat. Sekarang ni masing masing tengah mengumpul duit nak pergi travel. Hahaha.

Tapi la kan, waktu paling syok antara semua aktiviti ni, waktu makan bersama sama. Yela, bila makan bersama sama, bila makan tu jadi seronok dan best la. Waktu tu jugak, dapat berborak borak pasal aktiviti ape nak buat bila dapat cuti sama. Macam macam boleh bincang masa tu. Itu la the most best time ever. Hehehe.

Itu masa aku dengan akak akak aku. Kalau korang, aku tak tau la macam mana. Tapi kan, abiskan masa dengan adik beradik ni memang terbaik. Serius. Kalau tak caya, cuba la. Pasti korang akan merasa keseronokkannye.. Hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh