Posts

Showing posts from May, 2018

Peristiwa 9 Tahun Lalu Bakal Berulang

Image
. . - Assalamualaikum - . . Pejam celik pejam celik kan, aku rasekan tak lama lagi aku alami peristiwa 9 tahun yang lepas. Walaupon aku tau bende tu dah pon bermula tapi aku mungkin akan dapat games yang sama macam dulu. Tapi mungkin berlainan sikit kot. Mungkinlah kan. . . Walaupon aku memang nak elakkan bende ni jadi, tapi aku dah terbuat dah pon. Tapi yang berbezanye mungkin kali ni tak ada unsur balas dendam pon kot. Yela. Nak dendam apa nye. Masing masing ada sebab tersendiri. Cuma aku je la memang saje carik pasal. Hoho. Aku tak cari pon sape sape lagi. Cumanye aku tengah cuba nak elakkan daripada aku sakitkan hati sapa sapa yang aku kenal. Hahahaha. . . Aku kenal diri aku. Dan aku tau banyak jugak yang aku pernah buat keputusan yang agak mengecewakan diri aku. Tapi itulah. Kita belajar dari kehidupan kita dari semasa ke semasa. So aku redha dengan semua ni. Hahahaha 😂

Nak Contact Tapi Aku Tau Jawapannye

Image
. . - Assalamualaikum - . . Huhuhu.. Sejak dah puasa 10 hari ni. Aku rasa macam mood aku down je. Tak tau kenape aku rasa macam ni. Aiyaaa. Tapi yang aku tau aku tak kan miss solat terawih even aku rasa penat sangat. Kalau solat terawih aku jaga, apatah lagi kalau solat fardhu. Tapi ada masa kadang aku terlepas solat fardhu atas kelekaan aku buat hal hal dunia. Adesss. Inilah dosa paling terok aku pernah buat. Huhuhu. . . Dalam list contact aku, aku ada la beberapa orang list kawan yang aku masih simpan nombor telefon diorang. Ada yang aku tak contact lagi. Ada juga yang aku saje simpan. Tapi banyak juga la yang aku dah buang since aku rase aku tak akan contact diorang lagi. Aku pegang pada prinsip aku dari dulu. Kalau orang tak nak, jangan dipaksa. Buang je la. Jadi sebab tu la aku banyak buang nombor orang. Mungkin la ada nanti cari aku lagi tapi maybe aku dah tak kenal nombor tu. Ada je nombor aku kenal walaupon aku dah buang. Tapi apa apa pon aku buang nombor ora...

Practice Lagi

Image
. . - Assalamualaikum - . . Tahun ni aku ingat nak je pakai baju melayu full set. Tapi bila difikir fikirkan balik kan. Buat ape aku nak pakai macam tu. Tahun ni raya sama je macam tahun tahun sebelum ni. Hahaha. Pakai kurta pon sama je. Janji aku pakai kan. Meraya jugak. So aku kekalkan tradisi aku tahun ni. Hahaha. . . Ape yang lepas, biarkan berlalu. Yang penting sekarang ni, aku harap puasa kali ni aku dapat kekalkan solat terawih tanpa fail lagi. Aku nak rebut malam istimewa tu. Hehehe. Okay la.. aku nak tidur. Esok aku nak bangun sahur. Hehe.

POLITIK??

Image
. . - Assalamualaikum - . . Kadang kadang aku kene jadi kejam bab bab yang membabitkan aku dalam hal perasaan sebab aku kadang serius jugak bab bab tu. Cumanya aku tak menunjuk sangat la. Sebab aku tau ape yang jadi kalau aku focus sangat dan akhirnye bende tak jadi pon. So aku jadi kejam disebabkan tu la. Tak apa la. Aku dah biasa dah kene memekak bab bab hal ni. 😁 . . Bila sebut bab bab politik ni, aku memang lemah sikit. Sebab bab bab ni tak kan abis pon. Lagi lagi kita baru lepas PRU14 ni. Lagipon bila sebut bab bab ni. Adessss. Dosa kering mudah gile dapat. Aku penah je bertekak dengan orang pasal bab bab politik, lebih lebih lagi bab ekonomi yang tak stabil sebelom ni tapi ada yang percaya cakap cakap menteri. Mana tak nye sebelom ni 1usd bersamaan dengan RM4.50 keatas. Itu yang dikatakan stabil dan harga benda sume jadi mahal sehingga ramai yang jadi perompak penculik bagai. Ada yang cakap diorang tu pemalas sebab tak nak kerja. Silap tu. Bukan tak nak kerja ...

BENDE SAMA JE

Image
. . - Assalamualaikum - . . Bila aku berkawan dengan seseorang tak kira la lelaki atau perempuan, aku selalu tanye kat kawan kawan aku soalan yang sama. Kadang kalau aku tak puas hati, aku akan tanye banyak kali. Kadang aku akan marah sikit sebab bende tu. Mana tak nye, bende yang penting dan mesti buat, aku kene la marah. Sebab aku kan kawan dia orang. So hal hal kebajikan tu aku kene amik tau. Hehehe. Tapi tak semua kawan aku tanye soalan tu. Sebab ada setengah kawan tu dia terasa berapi bila aku tanya soalan tu. Hehehe. Ni bukan sebab aku pilih member ek. Aku dah jalankan tanggungjawab aku tapi orang yang menolak. So aku tak tau nak kabo ape dah. Hehehe. . . Ps: bende dah lepas tak baik buat dikenangkan. Aku pon sebenarnye cuba tak nak ingat apa apa yang dah lepas sebenarnye. Sebab lagipon aku tau bende tu dah lepas kan. Dan kalau dah jumpa jodohkan atau orang yang dia suka, kenape perlu cari aku ek? Seriously aku tak nak pon cakap bende ni. Tapi lupakan je la. Te...

WHYYYYY

Image
. . - Assalamualaikum - . . Bila atas motor tadi, aku asyik fikir pasal masa depan aku je. Mana tak nye, kebanyakkannye aku fikirkan apa yang aku telah buat dulu sampaikan aku rasa sangat sangat menyesal apa yang aku dah buat dulu. Dan aku paling menyesal bila aku terpaksa melepaskan bende tu. Tapi apakah dayanya bende yang lepas tak baik untuk dikenang.  😥

LEARN SOMETHING

Image
. . - Assalamualaikum - . . Bila aku mengenal diri seseorang, aku akan cuba selami diri seseorang tu. Aku nak tau adakah orang ni macam ni kah gayanya. Adakah dia gitukah caranya. Ada yang aku kenal ni aku tabit dengan dia. Dia banyak kali je mintak aku belanja dia makan. Tapi setiap kali dia mintak, aku tak bagi pon tapi aku akan story kat dia macam mana susahnye aku nak cari duit. Kalau orang biasa la kan, mau dikatakannya aku ni kedekut nak mampus. Tapi aku kagum dengan kawan aku tu. Dia kerja. Dia kerja kat kedai. Dia ada bantu ayah dia dekat kebun demi mencari duit. Sebenarnye dia test je aku pasal nak tu. Aku ada je bagi green light bila aku ada duit lebih tapi dia cakap dia bergurau je. Hahaha. Bagus orang orang macam tu, ada usaha nak belajar cara orang susah. Walaupon aku selalu je sakat dia. Kahkahkahkah🤣 . . Tapi ada je yang aku kenal ni, gila duit. Tak mesej aku sangat pon. Tup tup ada satu masa ni dia mesej aku minta topup. Bukan sikit. Tapi boleh la. R...

Kenapa Mesti Muncul Nama Tu

Image
. . - Assalamualaikum - . . Bila aku dah selesa dengan apa yang aku buat selama ni, mesti wujud sesuatu yang membuatkan aku rasa sakit je hati bila dengar nama tu. Aku dah banyak kali rasenye kene reject dengan perempuan tapi aku tak tau kenape bila dengar je nama tu, aku jadi geram. Aku jadi marah. Tapi disebabkan yang menyebut tu orang lain, jadi aku jadi malas nak melayan. Ada je nama lain yang bila aku ingat, aku jadi benci nak recall segala memori tu. Sebab ada diantaranya bukan aku yang bermasalah, tapi orang tu jugak bermasalah. Sebuk je nak video call dengan jantan lain. Melayan jantan lain. Walaupon aku tau punca daripada aku sebab tak melayan sangat, tapi aku buat tu bersebab. Tak kan aku nak show sangat sayang aku pada orang lain. Cukup la aku menjaga apa yang patut. Tapi bila dah tak boleh tu, pasrah dan redha je la. . . Cara aku ni lain daripada lain. Tapi bukan semua orang tau cara aku macam mana. So sebab tu aku tak menunjuk sangat. Cukup la aku amik t...

Tak Makan Saman

Image
. . - Assalamualaikum - . . Biasenya kan bila kawan kawan aku perlukan kata kata daripada aku, aku akan cakap main lepas je. Kira okay la aku cakap lepas sebabnye kan kalau cakap baik baik, orang bukan dengar pon. Tapi cakap main lepas pon masih tak dengar cakap juga. . . Malah ada yang terasa hati. Aiii nak nasihat kalau hati tak kental dengar nasihat orang, baik tak payah minta. Aku dah banyak kali cakap baik baik, bukan lekat pon dalam hati orang. Cakap main lepas apatah lagikan. Tapi tu la kan. Susah juga nak nasihat orang ni. Aiyooo. . . Aku ingatkan bende yang lepas orang tak kan kenang lagi. Jadi aku pon buang la barang barang yang lama. Sebab aku tak nak la kenangkan lagi. Tapi tak sangka lepas buang tu, barang tu datang balik dalam ingatan. Aku buang pon sebab barang tu bukan dah milik aku tapi milik orang lain. So aku decide untuk buang je. Tapi tak sangka dia datang balik dalam mimpi. Aiyoo. Tak apa lah. Aku biarkan je la bende tu dalam mimpi. Aku ta...

Baik Hati Sangat

Image
. . - Assalamualaikum - . . Buat sekian kali nye aku rasakan betapa menyesalnya bila diri aku ni menjadi orang yang sangat diperlukan untuk memujuk seseorang daripada sedih kepada happy. Bukan itu je, jadi baik pon rasa menyesal juga. Kalau boleh undurkan masa. Sepatutnye aku dah lama ignore je orang orang yang aku amik tau selama ni. Bukan apa, sebab pada aku kan, bila je aku nak tau pasal seseorang, pasti tidak akan dilayan. So disitulah buatkan aku rasa wowww macam ni rupanye orang orang yang bila dah senang, dia lupakan kita. Hebat. . . Aku dengan kawan kawan ni aku tak berkira sangat dengan mereka. Biasanya aku lebih cayakan diorang lagi lagi yang aku rasa aku kenal dia dah lama. Tapi tah la. Aku rasa yang aku kenal tu kawan plastik rasanya. Sebab aku perasan kawan aku tu lain. Aku mesej diorang pon bukan selalu. Kadang kadang je pon. Itu pon aku dipulaukan. Emm. Entahlah. Aku malas jadi jahat dengan kawan kawan aku. Tapi jika dah terpaksa, aku pilih jahat untuk...