Posts

Showing posts from April, 2012

Segmen: Blogwalking dan Follow by Nurul Aisyah

Image
Assalamualaikum



hehehhe..ari nie bob join segmen nurul..yeyeyeyye... da lame kot aku tak join segmen segmen nie..hehehehe.. korang nak join gak ker?? kalu korang nak join..klik la kat banner tue ek.. nanti dia bawak korang terbang ke segmen nurul nie.. vrommmmmmmmmmmmmmmmmmmm....
ehhhh..bob nak tag sape ek...
bob tag awak ek.. Miss Ainun Miss Fyqa Mister Sufisharifudin Miss Yoona

Lagi Dua Paper Jer..Huhuhu

Image
Assalamualaikum
wahhhhhhhhhhhh... seram seram seram..  walaupon aku tinggal 2 jer paper sebelum aku cuty 2 bulan nie..  tapi aku masih rase seram seram.. arghhhhhh...  otak nie rase macam serabut pulak bile fikir 2 bende nie.. first aku asik terbayang ape aku nak wat time cuti nie..  kalu ikutkan dalam perancangan aku, aku nak keje selame 2 bulan..  tapi dengar cerite susah gile nak dapat keje tetap... arghhhhhhhhh..  kedua lak aku fikir aku takot ada paper yang gagal lak..  aku tak nak ada 1 paper pon fail..  tapi dalam otak aku da terbayang bende tue... arghhhhhh..  mati la aku pas nie kene sembelih lagi dengan abah.. arghhhh...  seram siot.. huhuhuhu..  petang nie aku ada paper Database System..  subjek nie ada maen maen coding sikit..  arghhhhhhh... ari khamis nie lak paper C++.. subjek nie haaaa.. lagi best.. fully coding..arghhhhhhhhhh... serabut otak..

Niat Dalam Hati 8 Perkara Semasa Amik Wuduk

Image
Assalamualaikum
Sebelum bercerita pasal niat dalam hati 8 perkara ketika berwuduk, terlebih dulu, hendaklah kita lafaz niat wuduk, kemudian, barulah niat dalam hati 8 perkara ketika berwuduk, dan akhir sekali, doa selepas wuduk. 


Lafaz niat wuduk:





Ketika ambil wuduk, niatkanlah dalam hati:  
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu …

WordLess Saya Kerje Keras Okey

Image
Assalamualaikum

hehehehhehehe

Ejen Rahsia Wanita US Berkurang Punca Skandal Seks

Image
Assalamualaikum
aku teringin nak tau sangat ek.. kenape isu nie naek ek.. korang rase kenapa wartawan sekarang carik isu macam nie.. adakah bile ada ejen rahsia wanita US da ada nanti diorang akan berhenti melanggan pelacur seperti berite berite sebelum nie?? nie just pendapat aku je.. dan aku nak tau kenape isu nie naek je..

WASHINGTON - Skandal seks yang melanda Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendedahkan bahawa pasukan pengawal peribadi Presiden Barack Obama itu tidak mempunyai ramai ejen wanita.
Insiden memalukan itu menjadi petanda bahawa usaha perlu dilakukan bagi mengurangkan perbezaan gender yang kini ketara dalam agensi berkenaan.
"Saya berpendapat akan ada kemajuan sekiranya lebih ramai ejen wanita diambil berkhidmat dalam agensi ini," kata ahli Jawatankuasa Pemantau dan Penambahbaikan Kerajaan daripada Parti Republikan, Carolyn Maloney.
"Ia akan membawa kepada rasa lebih bertanggungjawab dalam kalangan anggota Perkhidmatan Rahsia," t…

Lagi Lagi Kes Wanita Ditemui Mati Da

Image
Assalamualaikum


NILAI - Seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya dicampak ke dalam longkang berhampiran sebuah tandas awam dengan kesan kecederaan di kepala dan jerutan di leher dalam kejadian di pusat barangan borong di Nilai 3 di sini kelmarin. Mayat wanita yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pada pukul 6 petang oleh seorang pengunjung yang merasa pelik sebaik ternampak mayat mangsa ketika hendak membeli-belah di situ. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa yang berpakaian lengkap tersebut. "Pemeriksaan awal mendapati kepala mangsa cedera akibat dipukul dengan objek tumpul dan keras serta terdapat kesan jerut di lehernya. "Polis percaya mangsa telah dibunuh dalam tempoh 24 jam dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya," katanya yang memberitahu polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian. Tambahnya,…

Ramai Rakyat Malaysia Menghidap Diabetes

Image
Assalamualaikum
weeee.. tak sangke ek ramai jugak rakyat Malaysia menghidap diabetes nie.. tue tak termasok aku lagi tue.. tapi nie sume sebab tak jage pemakanan la nie.. masing masing nak makan makanan yang tak sehat dan tak jaga waktue makan... aiiiyooo.. 

BUTTERWORTH - Kira-kira dua juta rakyat Malaysia berisiko menghidap diabetes namun tidak menyedarinya kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, anggaran itu melibatkan individu dewasa yang masih belum menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala. "Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati pesakit diabetes meningkat setiap tahun. Pada 2006 terdapat 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan keputusan awal NHMS pada 2011 terdapat tiga juta menghidap diabetes," katanya. - KOSMO Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Bulan Kesedaran Diabetes di sini semalam.

Sorang Lagi Mangsa Di Bakar

Image
Assalamualaikum


KOTA BHARU - Siasatan polis berhubung kes kematian seorang gadis tomboi, Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi (gambar) yang mayatnya ditemui dibakar bersama motosikalnya di kawasan ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang minggu lalu percaya mangsa turut dirogol sebelum dibunuh.
Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut dengan menyoal siasat sembilan suspek termasuk dua wanita yang ditahan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.
Kesemua mereka merupakan rakan-rakan Nor Ain Shafnie, 16, dan kebanyakan mereka adalah penagih dadah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih banyak maklumat kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.
"Polis mengesyaki gadis berkenaan telah dirogol sebelum dibunuh dan dibakar. Siasatan masih berjalan dan kita tidak boleh dedahkan semuanya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Siti Khadij…

Zizan Terlantar Dalam Wad Hospital

Image
Assalamualaikum aiiiii..sebenarnye aku malas nak sebuk dalam dunia gossip gossip nie.. tapi tadi aku ada notify mukabuku aku.. aku ternampak gamba zizan nie..tue la yang aku wat post nie.. kenape ek dengan zizan nie ek agaknye..

SUMBER

Polis Dipukul Dengan Kayu Besbol

Image
Assalamualaikum




KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis mendakwa dia dipukul dengan kayu besbol sehingga cedera ketika perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 di ibu negara kelmarin yang bertukar menjadi ganas.
Lans Koperal Mohd. Nasir Abu Mansor, 33, yang cedera di bahagian abdomen memberitahu, kejadian yang menimpanya berlaku ketika dia sedang bertugas di kawasan Arked Mara.
Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika dia bersama kira-kira 20 rakan sepasukannya cuba membantu anggota polis lain yang diserang dipercayai oleh penyokong Bersih 3.0 tidak jauh dari tempat kejadian.
"Secara tiba-tiba saya telah diserang dari depan dan belakang. Belakang saya telah dipukul dengan kayu besbol menyebabkan darah keluar melalui mulut.
"Dalam keadaan kelam-kabut saya gagahkan diri menunggang motosikal ke arah Dataran Merdeka untuk menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini. - KOSMO

Jurugambar Al-Hijrah Diserang

Image
Assalamualaikum


KUALA LUMPUR 28 April - Seorang jurugambar sebuah stesen televisyen swasta cedera parah di kepala selepas diserang penunjuk perasaan ketika bertugas membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka hari ini.
Mohd. Azri Mohd. Salleh, 28, yang bertugas di stesen televisyen Al-Hijrah diserang ketika merakamkan liputan sebuah kereta peronda polis diserbu sekumpulan penyokong di hadapan pusat beli-belah Sogo.
Mohd. Azri berkata, ketika itu dia melihat kereta dan anggota polis diserang peserta dan mengambil keputusan untuk merakamkan kejadian tersebut.
"Bagaimanapun, sekumpulan individu yang ketika itu menyerang anggota polis datang ke arah saya dan menunjukkan aksi tidak berpuas hati.

Anggota Polis Wanita Jatuh Kene Tendang

Image
Assalamualaikum -Hiasan Semate mate -

KUALA LUMPUR 28 April - Seorang anggota polis trafik wanita terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya ditendang oleh seorang penunjuk perasaan ketika beliau melakukan pusingan U di hadapan Pudu Sentral, di sini hari ini.
Mangsa yang bertugas mengawasi perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan terbabit, kemudiannya dikerumuni penunjuk perasaan termasuk segelintir yang cuba bertindak agresif terhadap beliau.
Bagaimanapun tindakan sekumpulan penunjuk perasaan lain yang menahan mereka yang cuba bertindak agresif terhadap anggota polis berkenaan, telah memberi ruang kepadanya untuk mendapatkan semula motosikal dan beredar dari tempat kejadian.
Keadaan itu berlaku selepas penunjuk perasaan dikatakan berang dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan yang menjadi tidak terkawal.

4 Terbunuh Nahas Kerete Lori

Image
Assalamualaikum

GERIK 28 April - Empat termasuk dua kanak-kanak maut manakala tujuh lagi cedera dalam satu nahas ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di sebuah simpang tiga di Kilometer 84.6, Jalan Gerik-Lenggong di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 12.20 tengah hari apabila sebuah kereta jenis Toyota Camry dinaiki tujuh orang merempuh sebuah motosikal dinaiki dua remaja perempuan sebelum terbabas dan bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Manab Baharum berkata, tiga penumpang kereta tersebut mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.
"Pemandu dan dua lagi penumpang kereta itu cedera termasuk seorang daripadanya parah. Seorang penunggang motosikal dan kelindan lori cedera parah manakala seorang lagi penunggang motosikal dan pemandu lori hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubung…

Bersih 3.0 Ape nie??

Assalamualaikum

Nape Kene Pilih RockMelt

Image
Assalamualaikum... haiii korang.. ari nie aku nak bagitau korang bende best pasal RockMelt.. siyes best dan menyenangkan kite..kalu ada rockmelt nie.. kompem korang epi gile... terutame sape yang suke share share entry dia kat facebook twitter n macam macam lagi.. siyes sejak aku gune rockmelt nie aku memang hepi gile.. tak tipu la...
Post Entry  dulu aku nak share entry update aku, aku selalu gune blog develop nie.. 

memang best gune bende alah nie.. tapi tak sume yang kite post kat group group yang kite taip tue dia akan hantar tapi rockmelt..hehehehe.. memang terbaek.. sume nye dia hantar dan tak sampai pon dalam mase 10 second( kalu internet korang laju la).. tak ada la korang susah susah bukan group nie group tue pas tue korang paste.. ahhhhhhh...rugi mase je... so baek korang gune cara nie je...

ape yang korang kene wat senang je.. first klik share.. kemudian dia akan kuar macam tue.. pas tue korang taip group mane korang anta post korang tue.. contoh blogger..pas tue nanti kua…

Nak Popular Pon Kene Wat Post Gosip/18sx Ker???

Image
Assalamualaikum
aiiiiyoooooo...korang tak riso ker tak takot ke mati ek?? ye la.. post mendedahkan aib orang.. lagi lagi gossip yang salah atau kite tak tau pon kebenaran tue, tapi kite post entry tue.. huuuuuuu.. kalu tanye aku, siyes aku pon takot jugak..
bukan ape tau.. kite tak tau pon bile saat kite akan mati dan orang yang kite cerita kan dalam blog kite.. aku bukan la berpihak pada pihak laen tapi aku cube la nak bagitau korang... kadang ape yang kite dengar dalam majalah, surat kabar tue kadang kadang tolok tambah je... pas tue kite lak pergi copy paste ape yang diorang kate..
mungkin korang penah kot dengan Al-Kisah benar tentang seorang wanita melayu da meninggal dunia merayu kat mak dia dalam mimpi supaye hack facebook anak dara dia tue dan tutup akaun dia.. dalam kisah tue, wanita tue bagitau dia terseksa akibat dia mendedah kan auratnye pada orang laen dalam facebook dan meminta mak dia off akaun dia..
dalam kes sekarang nie kan.. mungkin pada sesetengah pendapat orang l…

Berjage Hampir 24 Jam..Korang Boleh Ker??

Assalamualaikum
heheheehe...sorry la sape yang marah tue.. aku saje je wat tajuk tue.. yela pale aku nie macam nak pecah lak sebab lame sangat berjage...
semalam aku tetido lepas asar... pas tue aku terjage kul 12 tengah malam.. nak tido balek da tak boleh da.. so nak tak nak aku berjage je la selame sampai sekarang..
kalu ikutkan sekarang nie pale aku rase macam nak meletup sebab lame sangat berjage.. tapi nak tido sekarang tak boleh pulak sebab nak jage 5 waktu solat...
adehhhhhhhh... korang jangan la ikut aku nie.. boleh berjage selame 24 jam, tapi pasti kan korang amik la jugak mase rehat okey.. kalu tak nantu pale korang akan sakit macam aku nie.. malah lagi sakut dari ape yang aku rase nie kot..huhuhuu...
huhuhuhuhu...adehhhhhhhhhh..sakit nye pale aku..

Sume Orang Berhak Wat Keputusan Sendiri

Image
Assalamualaikum

bile cakap pasal hak nie.. hak kite ada banyak..tapi kalu kite salah gune hak kite, maka silap besar la kite kan.. tapi setiap hak yang kite tue kene la berpikir dulu kan.. 
kate kan la.. nie nak cerita tentang hak sebagai kawan dan hak sebagai tuan rumah serta hak seorang tetamu.. nie info untuk semua orang la..
kate kan la kite dengan si fulan.. kite dengan si fulan nie kawan kawan la jugak.. kalu kat kolej, kite dengan dia selalu makan same same.. then ada 1 ari tue, kite nak balek umah.. tibe tibe si fulan tue cakap dia nak ikut kite balek umah kite.. kite boleh jer ajak dia datang umah kite, cume sebelum kite nak wat keputusan untuk ajak dia datang ke rumah kite.. better kite tanye dulu pendapat parent kite macam mane... boleh tak bawak member datang umah kite.. 
kalu kite da tau yang rumah kite ada sedare ramai pas tue kite lak nak mengajak si fulan ke rumah kite dan kebetulan lak parent kite kate okey.. kite boleh je bawak member kite tue datang umah kite.. ta…

Kene Pakse, Sape Suke Kan..

Assalamualaikum
hohoohoho..akhirnye dapat jugak aku nak beri sikit nasihat kat orang pagi nie..hohohohoho..bukan aku nak merepek pon..nie nak bagitau pasal pakse memakse..sape yang suke kene pakse kan..aku pon benci jugak kene pakse dengan orang..
ye la.. sape la yang suke kan.. kalu nak suruh wat pape pon, tak perlu la nak pakse pakse.. lagi lagi kalu dia nak sangat kite siapkan keje yang dia suruh wat.. 
sorry la.. nampak macam budak budak aku nie.. tapi aku tak penah la nak pikir bende bende macam nie.. bagi aku kalu kite nak suruh orang buat sesuatu keje tue, tak perlu la memakse sangat kan.. ada tue sampai mengugut orang.. heiiiiii.. pelizz la.. 
kalu nak suruh orang tolong kite buat keje yang orang tue suruh, cakap la baek baek.. pas tue tak perlu la nak mengugut kan.. haaaaa.. dalam perhubungan lak.. kalu gurlfriend or boifren kite tak ada kerdit, tak perlu la nak memakse dia topap henset dia.. kalu dia tak ada duet, dia nak topap camner?? tak kan nak pinjam duet orang laen ko…

Letupan Kuat Meteor Di California Cetus Panic

Image
Assalamualaikum

Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.
Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.
Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan t…

Tektik China Doll Gune Pas Lama

Image
Assalamualaikum




Wanita warga China yang masuk ke Malaysia untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), tukang urut ataupun menjalankan aktiviti pelacuran, kini semakin bijak dan tidak lagi menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini, sebaliknya mereka mendapatkan pas jangka panjang melalui perkahwinan dengan lelaki tempatan.


Taktik berkenaan dikesan pihak imigresen dalam Ops 6P di beberapa pusat refleksologi dalam pusat beli-belah di Bandar Baru Sri Petaling, di sini, malam kelmarin.





Serbuan yang dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu menahan seorang lelaki dan 13 wanita warga China termasuk empat daripadanya pemegang pas lawatan sosial jangka panjang.
Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata hasil pemeriksaan di beberapa pusat urut terbabit, pihaknya mendapati semua yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sebagai pelancong dengan bekerja sebagai tukang urut.

“K…

Ribuan Ikan Mati Serentak

Image
Assalamualaikum
Banyak betul ikan ini mati. Bukan setakat 10 ekor malah berpuluh ribu ekor dilihatnya. Apa punca perkara ini berlaku? Ada yang mengatakan saintis yang melakukan perkara ini. Bagaimana? Itulah yang menjadi tanda tanya Hackers mengenai perkara ini. Difahamkan, ikan ini mati disebabkan kekurangan oksigen di dalam air.
Mungkin juga terdapat bahan kimia dilepaskan ke dalam air. Pihak berkuasa bertungkus lumus membersihkan perairan ini dengan cepati. Jika lambat, pastinya tempat tersebut menjadi hanyir dan berbau busuk. Tapi tengok ikan ini sama aje kan? Spesies apa ini ye?
Sumber: terowonginformasi.blogspot.com