Lagi Lagi Kes Wanita Ditemui Mati Da

Assalamualaikum




NILAI - Seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya dicampak ke dalam longkang berhampiran sebuah tandas awam dengan kesan kecederaan di kepala dan jerutan di leher dalam kejadian di pusat barangan borong di Nilai 3 di sini kelmarin.
Mayat wanita yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pada pukul 6 petang oleh seorang pengunjung yang merasa pelik sebaik ternampak mayat mangsa ketika hendak membeli-belah di situ.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa yang berpakaian lengkap tersebut.
"Pemeriksaan awal mendapati kepala mangsa cedera akibat dipukul dengan objek tumpul dan keras serta terdapat kesan jerut di lehernya.
"Polis percaya mangsa telah dibunuh dalam tempoh 24 jam dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya," katanya yang memberitahu polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan rakan atau ahli keluarga supaya membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh