Spesis Baru Udang Buta


Assalamulaikum

 

Ini bukan gambar udang, bukan juga gambar seekor kutu. Beberapa saintis menemui spesies baru haiwan ini yang kelihatan seperti udang yang buta, bersaiz kecil kecil dan hampir lutsinar di sebuah gua gipsum di negeri New Mexico, Amerika.
Penemuan spesies berkenaan diumumkan oleh oleh Biro Pengurusan Tanah AS baru-baru ini.
Haiwan tersebut tergolong dalam kategori amphipod ditemui sekitar sebulan lalu di dalam sebuah kolam bawah tanah pada kedalaman kurang 24 meter daripada permukaan. Lokasi penemuan tersebut terletak berhampiran Taman Negara Carlsbad Caverns di New Mexico.
“Ia mungkin hidup puluhan ribu tahun atau jutaan tahun dan hanya ditemui baru-baru ini,” kata seorang pakar biro berkenaan, Jim Goodbar. Menurutnya, spesies baru itu yang masih belum diberi nama mungkin memakan bakteria, mineral atau cebisan tumbuhan yang jatuh di dalam air.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh