Suami Insaf Dipenjara 12 Tahun
Assalamualaikum
KUANTAN - Perbuatan kejam seorang suami yang menyebabkan kematian isterinya pada Jun tahun lalu dengan cara mencekik dan menindih tubuh wanita itu menggunakan lutut selepas bertengkar mengenai surat saman berbalas apabila dia dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Datuk Mariana Yahya memerintahkan Lee Kim Fook, 52, menjalani hukuman tersebut selepas mengambil kira hujahan peguam bela dan Timbalan Pendakwa Raya serta pengakuan bersalah pembantu kedai fotostat tersebut.
Kim Fook didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Yap Kwee Yin, 51, dengan niat mencederakan tubuh mangsa pada 28 Jun tahun lalu di rumah mereka di No. 13 Lorong Seri Setali 78, Taman Klasik di sini antara pukul 7 pagi dan 10 pagi.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan. - KOSMO
Comments