Jurugambar Al-Hijrah Diserang

Assalamualaikum




KUALA LUMPUR 28 April - Seorang jurugambar sebuah stesen televisyen swasta cedera parah di kepala selepas diserang penunjuk perasaan ketika bertugas membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka hari ini.

Mohd. Azri Mohd. Salleh, 28, yang bertugas di stesen televisyen Al-Hijrah diserang ketika merakamkan liputan sebuah kereta peronda polis diserbu sekumpulan penyokong di hadapan pusat beli-belah Sogo.

Mohd. Azri berkata, ketika itu dia melihat kereta dan anggota polis diserang peserta dan mengambil keputusan untuk merakamkan kejadian tersebut.

"Bagaimanapun, sekumpulan individu yang ketika itu menyerang anggota polis datang ke arah saya dan menunjukkan aksi tidak berpuas hati.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks