Polis Dipukul Dengan Kayu Besbol

Assalamualaikum






KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis mendakwa dia dipukul dengan kayu besbol sehingga cedera ketika perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 di ibu negara kelmarin yang bertukar menjadi ganas.

Lans Koperal Mohd. Nasir Abu Mansor, 33, yang cedera di bahagian abdomen memberitahu, kejadian yang menimpanya berlaku ketika dia sedang bertugas di kawasan Arked Mara.

Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika dia bersama kira-kira 20 rakan sepasukannya cuba membantu anggota polis lain yang diserang dipercayai oleh penyokong Bersih 3.0 tidak jauh dari tempat kejadian.

"Secara tiba-tiba saya telah diserang dari depan dan belakang. Belakang saya telah dipukul dengan kayu besbol menyebabkan darah keluar melalui mulut.

"Dalam keadaan kelam-kabut saya gagahkan diri menunggang motosikal ke arah Dataran Merdeka untuk menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini. - KOSMO


Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh