Posts

Showing posts from 2020

5 Day Left

Image
- Assalamualaikum - Ada lagi beberapa hari je lagi sebelum aku menjalani kehidupan yang baru. New life new story. But this blog still remains silent from other people. Sebab if orang sekitar aku baca story aku, dia akan belajar semua tentang aku. Walaupon bukan semua, tapi masih kira dapat juga la tahu aku macam mana kan. Haha.  Sebenarnye kalau nak cakapkan, aku agak nervous juga la. Yela. Aku tak tahu sama ada aku dapat jadi yang terbaik ke tak. Tapi aku akan mencubalah. Daripada aku give up, mana lagi baik. Lagipon ini je la masa dan peluang aku ada. Kalau aku persia siakan masa yang ada ni, mungkin aku akan kehilangan semua ni. Jadi aku harap bila aku dah menjalani sebuah cerita baru dengan kehidupan yang baru, aku harap aku dapat buat yang terbaik. Yela, nak jadi terbaik bukan senang kan. Jadi aku mencuba je la nanti. Apa yang jadi, kita tengok je la nanti. Hahahaha. Okay la. Aku dah lewat. Mujur kerja malam nanti. Hahaha 😂. Okay chow.

Sebelas Hari Lagi

Image
- Assalamualaikum - Tup tup tup. Pejam celik pejam celik, akhirnye sudah hampir hari aku akan menjadi suami orang.agak nervous juga la dan jangan kata lah, aku risau juga sebenarnye sebab aku tak tahu adalah aku mampu ke tidak. Tapi kawan aku pon ada cakap bende sama. Dia pon cakap dulu macam tu, tapi bila dah kahwin, dia okay je. Yang penting kerjasama, saling memahami.  Aku sebenarnye tak sangka aku akan purpose this future wife just a few month after berkenalan untuk berkahwin. Ye la, aku sendiri nak hubungan aku tu bukan setakat menjalin hubungan yang tak halal macam couple tu, tapi setiap kali aku couple dengan seseorang, impian aku nak berkahwin dengan orang tu. Tapi nobody like the idea. Sebab masih muda. Tapi akhirnye, Allah pertemukan aku dengan gadis yang terima aku untuk menjadi kekasihnye hingga hujung hayat. Mudah mudahan perhubungan ni kekal sehingga akhir hayat kami. Aminn. Tapi serius guys, just a few days je lagi aku akan menjadi suami orang. Aku harap sangat aku ...

Tak Kurang Sedikit Pon

Image
- Assalamualaikum - Ada lebih kurang sebulan daripada sekarang aku akan berkahwin dengan insan pilihan aku. Orang yang aku pilih untuk bercinta dengan dia. Orang yang aku pilih untuk hidup mati bersama dia. Walaupon banyak juga kekurangan aku, tapi dia tetap okay pilih aku tanpa banyak soalan. Sejak pertama berjumpa, aku dah minta dekat dia untuk bawa aku berkenalan dengan parent dia bagi untuk meminta kebenaran untuk aku berkenalan dengan anak dia. Aku bersyukur aku dapat bercinta dengan orang orang yang aku pilih sebelum ni. Tapi apakah daya, cinta tak sampai ke target yang aku impikan. Ada yang aku minta untuk aku berkenalan dengan parent nye tapi tak dapat dan akhirnye putus ditengah jalan. Banyak juga yang menipu. Tapi biasalahkan, itulah kehidupan. Tapi itulah jalan cerita setiap orang. Sepanjang aku berkenalam dengan pelbagai insan, aku selalu request untuk jaga solat, berpuasa. Jaga hati. Bersabar dan lain lain. Tak minta bukan bukan pon. Tapi Alhamdulillah semua mendengar. Tap...

Alhamdulillah Dia Okay Dah

Image
- Assalamualaikum - Aku ingatkan hari ni dia masih tak okay lagi. Aku almost give up bila dia macam tak ada mood dengan aku. Yela. Aku dah puas pujuk dia. Tapi macam tu jugak. Tapi mungkin berkat dia berpuasa, dia dah boleh berpuasa kot, dia terus okay. Hari ni banyak pulak dia membalas. Biasanya aku cakap berpatah patah, dia jawab sepatah je. Aiyooo. Tapi hari ni, Alhamdulillah dia dah okay. Mungkin sebab dia berbincang pasal pernikahan kami kot yang buatkan dia mula bercakap banyak. Ada juga yang dia ungkit sebab belah perempuan kene buat banyak bende. Tapi aku cakap belah perempuan kene buat majlis sebab kene hebahkan dekat orang. Supaya belah perempuan tidak akan kene fitnah dengan orang sekeliling. Yela. Orang tak tahu anak dara si pulan ni dah kawen tapi duduk dengan lelaki bemesra bagai. Kesian dekat orang tak tahu cerita, tak pasal pasal mereka menyebarkan cerita palsu dan fitnah. Habis semua dapat dosa. Belah lelaki, andai dia tak mahu buat kenduri, tak apa. Buat je la doa sel...

Still Failed To Talk With Her

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu apa yang patut nak katakan. Aku dah pon datang ke rumah dia ari tu. Tapi still dia tak boleh pandang muka aku. Cakap pon slow je. Padahal aku dekat je. Lagi dasyat, panjang aku cakap, sepatah yang dibalasnye. Bila ditanya, aku ada buat apa apa yang salah dekat dia ke apa apa ke. Dia kata tak ada. Bila aku mintak maaf kalau aku buat salah apa apa, dia cakap aku tak ada buat apa apa. Tapi bila aku dah buntu sangat, Alhamdulillah. Aku minta pendapat daripada seseorang. Someone we all know. Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah. Aku ceritakan pada beliau tentang masalah aku dan aku tak expected sangat beliau balas sebab aku bukan siapa siapa pon. Tup tup beliau membalas apa yang aku tanyakan.  Actually aku excited juga apabila Dato’ balas mesej aku tu. Aku cuba cakap proper dengan Dato’ since aku tak pernah cakap dengan sesiapa yang pangkat terhormat macam tu. Tapi bila beliau balas, Alhamdulillah lega sikit. Tahu la aku ikut cakap beliau. Insya’allah ak...

Ingatkan Prank, Rupenye Serius

Image
- Assalamualaikum - Aku ingatkan tunang aku sengaja tak nak balas mesej call aku. Aku ingatkan dia sengaja nak membuli aku. Yela. Dia kuat gila kut buli aku kadang. Walaupon aku lelaki, ada aja yang dia nak buli aku. Tapi pagi tadi dia bagitahu aku yang dia betul betul annoying dengan aku. Waktu tu aku ingatkan dia masih nak kenekan aku. Lama ke lamaan tu, aku rasa dia betul betul annoying dengan aku. Puas aku fikir apa masalah aku sampai buatkan dia annoying gila dengan aku. Aku rasa masa balik hari tu lepas hantar borang dekat dia, okay je. Tapi esok tu terus mood ke laut. Dah kenapa. Fikir fikir apa silap aku dekat dia, aku pon tak tahu. Ke sebab aku kurang mesej dia? Call dia? Mustahil la pulak. Biasa kurang mesej dia pon sebab dia busy. Aku tahu waktu dia. Dia tahu waktu aku. So part mana lagi yang kurang? Tup tup tahu tahu je, dia dah annoying dengan aku sejak ari selasa. Pulak dah. Bukan tu je. Dengar motor aku pon tak boleh. Aku nak datang senyap senyap esok ni pon buatkan aku...

Kene Berpuasa Ke

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu la nak kata apa pasal bende ni. Tapi yang pastinye kan. Aku merasakan tunang aku ni sedang buli aku ni. Bukan apa. Macam payah pulak aku nak dapat mesej daripada dia. Jangan kata mesej, call pon tak boleh. Dia tak bagi aku nak call dia langsung lagi lagi sejak aku bagi borang nikah part lelaki. Emm. Ke sebenarnye tunang aku ni sedang buli aku ni? Ye la. Dia kuat gile kot membuli aku. Serius wei. Geram kadang. Bukan aku tak nak membalas. Dia ni mudah gile merajuk. Sebab tu aku malas nak balas balik. Bukan tak pernah aku buat, pernah je. Tapi lepas tu 3 hari aku kene pujuk. Gurau je pon. Geram je aku dibuatnye. Mujur aku ni kuat menyabar. Kalau tak, tak tahulah aku nak kata apa nanti. Tapi tadi kan, bila aku cakap aku nak call, dia kata tak boleh. Lepas tu dia cakap sabarlah, lagi dua bulan je. I know that facts. Tapi ye la. Aku rindu kot nak dengar suara dia. Hahaha. Tapi itulah, bulan 10 lambat lagi. Nak tak nak, kenelah aku bersabar. Apalah nasib aku....

If I Do Wrongly I’m Sorry

Image
- Assalamualaikum - Aku minta maaf sangat sangat sesiapa yang dulunye mencari blog aku dari profile aku dan sekarang dia tak jumpa dah blog aku. Aku hidden daripada orang. Bukan apa, aku rasalahkan macam mana orang jumpa blog aku tanpa diberitahu yakni orang yang aku kasihanilahkan, aku rasa dia cari by my name. Taip je nama aku, mesti jumpa semua details diri aku. Easy. Lagi lagi bila dia tekan dekat profile aku. Lagi senang jumpa. So aku pon baru tahu macam mana nak hidden semua tu lepas sekian lama aku main blog ni. Hahhaaha. For other people yang tahu story aku ni, mesti tahu kan aku dah nak kawen, bulan 10 ni je pon. Ramai kot yang nak kawen by same date. Ten Ten. Ada apa dengan tarikh tu ek? Aku kawen bulan tu pon sebab tunang aku yang pilih tarikh tu. Aku follow je. Bagi aku, lagi cepat tarikh nya, lagi bagus. Sebab bende yang baik harus diselesaikan. Lagi lagi bila aku dah setel part isi borang aku. Alhamdulillah. Sekarang ni tunggu bahagian perempuan pula. Tapi yang aku risau...

Saka Dalam Keluarga Dia

Image
- Assalamualaikum - Aku rasa aku baru teringat satu cerita mengenai saka. Tapi saka ni bukan ada dalam keluarga aku tapi dalam adik beradik ayah aku. Kebetulan pula tadi lepas maghrib, akak aku dekat bangi ada cakap nanti ayah aku nak datang sana nak jumpa adik beradik ayah aku dengan ustad sekali. Sebab nak check sebenarnye saka tu ada dekat siapa. Sebab akak aku cakap ayah aku bagitahu, anak mak lang aku kene rasuk dan bini dia kene cakar. So tiba tiba muncul story ni dalam kalangan adik beradik ayah aku. Dulu sebenarnya ayah aku ada nak bincang dengan dia orang pasal bende ni tapi semua buat buat tak tahu. Bila kene dekat anak dia, baru nak sibuk pulak. Adess. Tapi kan aku teringat cerita dari akak aku yang duduk serumah dengan aku. Akak aku cakap tahun lepas akak aku ada nampak monyet besar dekat blok sebelah aku. Blok A. Akak aku cakap monyet tu besar. Tapi masa tu, tak teringat pon pasal saka ni. Tapi kan bila teringatkan cerita ni semula, aku rasa saka keluarga ayah aku ni, ten...

Laki Salah Pompuan Betul

Image
- Assalamualaikum - Akhirnye hari isnin iaitu hari kelmarin aku give up juga. Nak tak nak aku mesej juga tunang aku walaupon aku tak bersalah. Tapi still kene mengaku juga salah aku. Geram juga sebenarnye kene mengaku salah sebab yang fikir bukan bukan tu bukan aku tapi dia. Tapi nak buat macam mana. Lelaki terpakse mengalah juga. Adesss.  Dah mengaku bersalah, boleh pulak dia cakap dah mula tawar hati dengan aku. Padahal aku yang sepatutnye marah sebab aku yang dituduhnye macam macam. Tapi kene juga brainwash otak aku yang aku ni bersalah. Puas juga fikir ayat nak pujuk pujuk dia. Ingatkan bila dah pujuk hari Isnin tu, selase tu dah okay, emm same je. Teruk juga. Mesej nye mula tak banyak. Tapi bila geng dia ajak bercuti, ceria bagai. Maklumlah kawan sekampung. Adesss.  Emm. Kejap lagi aku cuba lagi mesej dia sebelum aku nak pergi balik Labis dekat rumah mak long aku. Aku rase kang kalau aku mesej dia, yang dibalasnye mesti pendek. Ok itu je la jawapan aku dapat nanti. Tak a...

Still Berdiamkan Diri

Image
- Assalamualaikum - Aku faham gile bila perempuan merajuk, kalau dia nak berdiamkan diri untuk selama mana dia nak, dia akan buat. Dia tak kisah pon dengan lelaki yang dia sayang. Tapi dia akan kisah kalau lelaki tu curang dengan dia. Aku agak la. Tapi hari masuk hari ke 3 aku masih diamkan diri dan aku tak mesej mesej dia. Why? Diri aku masih sakit lagi akibat ape yang jadi tu. Tapi entahlah. Kalau dia masih berdiam lagi hari ni, emm jangan cakap la. Esok aku banyak kerja kot dekat office. Memang tak la aku dapat mesej dia. Tapi tak apa la, dia tak cari aku pon. Dia okay je. Hahaha. Haa. Malam tadi rumah dia ada BBQ, aku tak mesej dia pon yang aku tak datang sebab apa. Aku duduk diamkan diri je kerja aku. Tak mesej dia, tak call dia. Well, dia tak kisah pon. Walaupon dia yang invite aku, tapi dia tak pon mesej aku tanya aku dekat mana. Dah dua dua diam, so aku buat je hal aku. Main games la, tengok video la dekat youtube la. Macam macam lah. Whatsapp pulak, moment aku tu aku buat dek...

2 Hari Aku Diam

Image
- Assalamualaikum - Sejak aku berkenalan dengan tunang aku, sehingga hari ni, kalau bergaduh je, aku mesti setelkan dalam masa sehari je. Tapi kali ni, disebabkan kata kata dia buatkan aku sangat terasa, aku jadi marah gile. Tapi aku tak cakap dekat dia dan aku pilih untuk berdiam diri je. Tak mesej, tak video call , tak update ape ape dan hari ni rumah dia ada buat BBQ, aku malas nak pergi. Bukan apa. Kalau aku pergi pon, aku confirm akan awkward gile nanti. Mana tak nye. Okaylah bayangkan, lepas ape dia cerita dekat adik dia, lepas tu adik dia cakap macam aku tak tahu je akak dia kalau nak bercuti ke mana mana memang pakai duit simpanan dia. Tapi disebabkan adik dia tu ada cakap macam gaya buatkan aku sakit hati, aku jadi tak syok nak cakap dengan tunang aku. I know ianye masalah kite orang dan sepatutnye kite orang kene selesaikan sendiri. But thing is, why adik dia khabo gitu? Aku tahu dia nak aku tahu pasal tu. Tapi entah lah. Malas aku nak amik tahu. So aku patut setelkan hari n...

Tiba Tiba Krisis

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu nak cakap ape ni. Aku betul betul speechless dengan tunang aku. Aku tahu setiap kali dia bercuti dia pakai duit dia sendiri. Aku tahu dia kumpul duit sendiri. Aku tahu semua tu. Tapi tadi aku sengaja up status dekat facebook aku pasal mudah mudahan rezeki aku bertambah tahun depan. Lepas tu tiba tiba tunang aku mesej cakap dia dengan mama dia tak minta pon duit sesiapa untuk pergi bercuti bla bla bla. And then tiba tiba adik dia pon komen cakap bende yang sama. Damn. Terus aku gile gile bad mood. Aku tak ada mood langsung nak taip apa apa. Nak cakap apa apa pon aku malas gile. Last last ape aku buat, aku malas nak cari pasal, aku terus unfollow dia punye facebook and mute whatsapp. Tu cara paling mudah untuk aku nak elak bergaduh dengan orang. Mute. Dia tahu kot aku satu satunye orang yang tak boleh cakap bende yang betul sebab aku ada istilah mulut masin yang buatkan aku tak berani nak cakap apa apa. Ape yang aku cakap, ianye jadi sebaliknye dekat aku...

I Do Something?

Image
- Assalamualaikum - Aku rasa hubungan aku dengan tunang aku ni dah lebih setahun kami berkenalan dan lagi beberapa bulan je lagi sebelum kami nak mengikat tali ikatan hubungan antara kami ni. Ye la tak lama lagi kami akan jadi suami isteri tapi lagi beberapa bulan je lagi. Tak lama pon. Tapi kan, selama ni aku tak pernah pon dengar suara dia menangis atas sesuatu sebab. Aku cuba nak dengar sebab apa dia menangis. Adakah aku melakukan sesuatu bende yang tak baik dibelakang dia. Adakah ada cerita apa apa yang tak sedap pasal aku? Aku pon tak tahu sebenarnye. Aku cuba nak tahu sebenarnye punca dia menangis, tapikan dia tak nak juga bercerita. So aku tak tahu nak buat apa. Bila aku cuba bercerita pasal ini itu, dia still tak nak dengar, so ape je aku nak cerita dengan dia sampai dia lega. Tapi aku sengaja nak bercerita itu ini sebab tak nak dia bersedih lagi and aku cuba nak buat dia tersenyum ke apa ke. Tapi entahlah. Aku tak berjaya buat dia tergelak. Tapi kan, macam mana nak buatkan pe...

Lagi 2 Hari Tapi Esok Last

Image
- Assalamualaikum - Pejam celik pejam celik.. Ehhhh esok hari kedua terakhir sebelum tamatnya berpuasa. Dan malam esok adalah malam terakhir terawih. Huhu. Ruginye kalau tak buat solat terawih. Tapi betullah, rugi. Aku pon sebenarnye rugi kali ni sebab aku tak dapat jaga 2 hari terawih aku disebabkan aku malas sangat nak solat hari tu. Rugi gila. Tapi tahun ni raya aku sama macam tahun tahun sebelum ni. Sebab malam raya pertama kedua aku kerja. Raya aku dalam office. Tapi okaylah tu. Korbankan je la. Demi masa depan demi menghalalkan insan aku sayang, aku sanggup walaupon usaha aku ni tak sesakit macam dia. Dia lagi dasyat buat kerja walaupon sebenarnye aku yang patut buat semua tu, tapi entahlah. Jiwa pemalas aku ni, buatkan aku malas nak buat kerja lain. Huhu. Malam ni agak agaknye dapat ke aku tidur dengan nyenyak ek? Sebab dah dua hari aku susah nak tidur ni. Yang pastinye aku dapat kawal tidur awal tadi. Kalau aku tidur lepas maghrib tadi, abislah aku. Su...

Makin Lama Makin Dekat Tarikhnye

Image
- Assalamualaikum - Rasa macam scary pulak bila memikirkan masa untuk aku menamatkan zaman bujang aku ni makin dekat. Tapi kalau nak diikutkan, baguslah aku tamatkan zaman bujang aku ni, sebabnye aku dah malas nak bercinta dengan cinta yang sementara. Dan aku harap harapkan perkahwinan ni akan berkekalan sehingga akhir hayat aku.  Hehe. Ye la aku sedar kot diri aku ni siapa dan aku bersyukur dapat insan yang sudi terima aku seadaanye. Bukan tak kata yang pernah bercinta dengan aku terima aku seadaanya, aku bersyukur dapat mengenal bekas bekas kekasih aku sebelum ni. Tapi jodoh tak berpanjangan. Walaupon dulu ada yang aku sangat gila, tapi sudah ditakdirkan bukan jodoh aku walaupon kenal punya lama dan bercinta lama lebih 2 tahun. Akhirnye yang aku berkahwin ni kenal tak sampai tak sampai setahun, tapi mungkin kerana jodoh, kami bertunang. Kalau tak silap, masuk bulan ni tak cukup setahun lagi kot. Bulan depan ke bulan 7 tak silap baru cukup setahun perkenalan ...

Gaduh

Image
- Assalamualaikum - Semalam aku balik kerja, dah sampai rumah semua, aku mesej la tunang aku macam biasa. Borak punya borak. Sentuhlah isu pasal kahwin nak buat kenduri semua. Tapi kalau dah okay pon, kerajaan tetap tak bagi buwt perhimpunan atau kenduri kan selama 6 bulan. So borak punya borak, dia kata kalau dah okay, buat je la kenduri. Still nak juga la ni. Lepas tu dia adalah cakap nak gelang kahwin. Cincin tak nak sebab dah dapat cincin masa tunang. Dekat sini aku mula angin sikit. Yela, gelang kan mahal. Aku takut aku tak cukup duit je nak kumpul duit sekali dengan gelang. Nak kahwin, tapi gelang mahal gila. So aku cakap lah, beli cincin sekali supaya matching sekali dengan aku. Kalau dah beli gelang nanti, cuma aku je la yang pakai cincin nanti. Dia tak pakai. Tu pon if duit ada. Kalau tak ada, maybe mampu beli gelang je, cincin tak ada. So tak payah la nak beli cincin aku, beli je la gelang mahal dia. Entah aku tak tahu kenapa aku angin gila masa tu. L...

Dah 6 Hari

Image
- Assalamualaikum - Hari ni hari ke 6 kita berpuasa. Dan Alhamdulillah aku masih dapat menjaga puasa aku dan solat terawih. Aku harapkan ramai  orang dapat jaga bersama. Bukan selalu kan berpuasa. Setahun cume sebulan je berpuasa dan ada solat terawih. Rugilah kalau tak jaga kan. Hahaha. Sejak hari tu aku mesej someone untuk tanyakan khabar dan nak kepastian tu, aku dah tak kene kacau lagi dengan asyik ingat dekat dia. Dunno why, aku tak buat apa. Tibe tibe je ingat kat dia. Tapi tak apalah. Behave. Jaga yang depan mata ni. Walaupon duduk berjauhan. Tapi kalau tak jaga hati tak jaga perasaan, emm tah la apa la jadi dengan hubungan kami ni. Tapi yang pasti, bila dua dua dapat restu, bersyukurlah. Jaga solat jaga agama. Insya’allah Allah akan bantu kita. So sebut pasal puasa ni, aku tak tahu apa jadi dengan berat aku. Dah turun ke tak ek. Nampak macam tak. Tapi harap harap ada perubahan la kan. Haha. Ehhhh dah jam 5 petang. Aku kene siap siap. Kejap lagi aku...

Aku Setelkan Semua

Image
- Assalamualaikum - Kalau tadi aku cakap aku asyik diganggu dengan asyik mengingat ex aku. Tadi aku try mesej dia dan aku guna old trick buat dia annoying. Aku sengaja buat semua tu. Aku nak kepastian satu bende. I know she hate me. So aku nak tahu la if she do the stupid thing like the other do. Tapi Alhamdulillah aku betol. She not doing that things. Why? Because she berpegang pada ajaran Islam. Tak buat bende bodoh. Aku minta maaf lah tiba tiba contact dia. But i tell her about the truth things. Tapi aku tak ada pula nak cakap lebih daripada tu. Nanti disalah sangka, mati aku. Tapi disebalik ape aku buat tu, aku perlukan satu kepercayaan yang dia tak buat kerja gile tu. Bila selidik selidik dia memang tak buat. How? I ask her about that? Noooo. Aku cakap la ikut gaya lama aku. The Annoying Style and the result sangat puas hati. Dia tak buat. So apa yang buatkan aku asyik ingat nama dia. Rupa dia. Perangai dia. Semuanye punca daripada hasutan syaitan. Syaita...

Perisik Yang Dasyat

Image
- Assalamualaikum - Aku sebenarnye kan beberapa hari sebelum tunang sebelum, ada something yang bermain difikiran aku. This is not like i like cheating my fiancé, but something make me think about this like crazy. Aku masih waras lagi dan masih jaga amalan yang diperintahkan dalam agama. Tapikan, this thing aku tak percaya kalau aku kene guna guna. Aku tak percaya sebab dia tak akan buat kerja gila ni. Siapa dia? Bekas perisik tak dibayar aku. This spy, sebelum ni tahu apa yang aku buat. Tapi dalam dunia IT. Boleh katakan almost all this spy know what I’m doing. Including this blog. Dasyat kan. Tapi this spy bukan calang calang orang. Dia adalah my ex. Satu satunye insan yang buatkan aku suke gila kenekan dia. But she always tuduh aku bukan bukan. Dan yang pelik, aku tak pernah marah. Sebab? I don’t like fight with other person. Tapi sejak dia yang mintak putus dan jangan berhubung, aku betol betol buat. Until i meet my fiancé. After that aku betol betol move on. ...

Dia Okay

Image
- Assalamualaikum - Alhamdulillah. Aku ingatkan tunang aku akan bad mood dengan aku lama gila dengan aku. Tadi lepas borak borak dengan dia, nampak kurang sikit la dia punya perasaan tu. Ye la kalau sebelum ni dia dengan aku, dia akan borak kejap gile. Tapi kali ni lama sikit dia beborak dengan aku. Hahahaha. But still tak ada kata love u. Haha. Okay la tu. Janji dia dah boleh pandang aku. Boleh ajak main game same dengan aku. Kalau tak, mukanye nampak marah je nampak macam tak suka aku je. Tapi ada lagi yang buatkan dia nampak kureng sikit. Dia kurang ceria dengan aku. Tapi dia kata tu semua sebab maybe dia dah nak period, so maybe la tu puncanye kot. Hahahaha. Tapi apa apa pon, syukurlah dia tak benci aku. Ingatkan pasal bende tu je, dia nak benci aku terus. Hahaha. Biasalah, perempuan punya mood tak boleh diramal. Ada je bende yang digaduhkan nye. Same je dengan perangai orang yang aku kenal dulu. Nak gaduh dengan aku tak boleh. Last last aku yang cari pasal de...

No Luck Bro.

Image
- Assalamualaikum - Memang susah sangat ke nak dapat maaf daripada perempuan ni? Bende kecik je. Dianggapnye macam aku tengah berlaku curang kemudian kantoi dengan dia. Tapi salah aku pada dia simple je dan kecik je masalahnye. Aku bangun lewat dan sempat la baca mesej dia tapi tak balas then aku buat hal aku nak solat mandi semua. Dah bagitahu dah pon. Tapi itulah, sampai ke hari ni, jangan harap aku dimaafkan. Tapi aku nak pujuk dia? Emm tak la. Walaupon dia tunang aku, dan aku dah mintak maaf bagai, tapi sampai ke hari ni dan siap video call pon, still macam tu je la. Dia cakap dengan aku pon nak tak nak. Dah tu apa je aku nak kene buat sampai dia maafkan aku. Kesalahan tu kecik je. Bukan selalu berlaku. Cuma hari tu je. Tapi tak tahu la dia kan. Tapi tak apa la, apa apa pon, aku stay je. Layan macam biasa. Biar pon kene layan like bodoh bodoh je, ni baru tunang je. Belum lagi kahwin. Dunno what happen if we getting married someday. Biarlah PKP ni berlanjutan...

Dia Merajuk Teruk Weii (2)

Image
- Assalamualaikum - Ni dah hari ketiga sejak dia merajuk teruk. Aku dah cuba sehabis baik untuk pujuk dia. Tapi biasalah, tak semudah ABC. Aku pujuk macam macam cara dah. Setiap kali akuntanya ini itu ini itu, last last jawapan aku dapat pon pendek. Bila dah gitu aku dapat jawapan, aku dah tak tau nak khabar apa dah. Aku fikir aku dah minta maaf, aku dah mesej selalu, tapi lepas tu dia asyik balas pendek je. Jadi aku pon buat keputusan. Biarlah dia okay sendiri nanti. Aku tahu ni selfish. Aku tahu dia akan makin marah. Tapi daripada dia tuduh life aku dengan games je, baik aku diam je. Aku dah tak tahu nak khabar apa lagi. Tapi aku tak ada lah fikir nak curang ke apa. Aku stay lagi dengan tunang aku. Tapi aku tetap dengan diri aku. Aku tak salahkan dia. Dia pon tak faham dengan aku kan. Jadi tak apa la. Biar je. Nanti okay la kot. Cuma makan masa je. Udah udah. Habis sudah. Nanti melarat pulak kalau dah difikirkan nanti. Yang penting sekarang ni, aku buat apa yang k...

Dia Merajuk Teruk Weii

Image
- Assalamualaikum - Ini first time tunang aku merajuk teruk. Selama ni okay je kalau aku tak balas sangat sebab dia tahu kalau aku kerja malam balik pagi, lepas tu dekat rumah confirm aku tidur. Dia tahu semua tu. Tapi hari ni, maybe dia ada masalah kot, nak cerita dengan aku. Tapi sayang, dia mesej aku jam 6petang tadi, tapi aku tak dapat nak balas. Bangun bangun je dah  maghrib. Aku baca mesej dia masa aku bangun tu, tapi aku tak sempat balas sebab aku terus mandi and then pergi solat maghrib and then Qada’ Asar dan Zohor. Lepas tu aku buat kerja lain dan makan. Biasa aku tak akan makan bila aku tahu aku nak tidur. Sebab aku jaga badan aku walaupon aku tahu la diri aku ni macam mana kan. So lepas siap siap tu, aku pegang handphone, then dia mesej aku cakap aku just read only tapi tak balas. Bila aku jelas kan, dia dah off handphone. Hahaha. Tadi dia on balik dan aku terangkan balik sebab aku tak balas. Tapi dia tak nak dengar, lepas tu dia malas dah cakap de...

Sebulan Kerja Malam Beb

Image
- Assalamualaikum - Huhuhu. Hari masuk hari kedua rasenye aku tak boleh tidur jam macam ni. Sekarang ni dah jam 4.30 pagi dan aku masih belum boleh tidur lagi. Sebelum ni aku kerja malam, dan bila aku cuti, waktu waktu ni biasanye dapat je aku tidur dengan tenang. Tapi sekarang ni aku tak tahu kenapa aku masih lagi terjaga. Aiyooooo. Tapi kan, sejak kene perintah larangan pergerakan ni, demi nak mengelakkan staff opis kite orang ni berjangkit, mereka buat yang kerja normal stay dekat rumah dan buat kerja dekat rumah. Dan kami yang shift pula dibahagikan kepada 2 team. Team A dan Team B. Bezanya team A dan team B, kite orang kerja dekat 2 tempat berbeza. Aku team A kerja dekat HQ dan team B kerja dekat opis lain. Dan team aku kene kerja malam dan sebaliknye. Alkisahnye sekarang, disebabkan perintah ni berterusan, aku terpaksalah kerja sebulan malam. Dan seperti yang aku katakan mula mula tadi,tak tahu kenapa, sejak 2 menjak ni, aku tak boleh tidur waktu macam ni....

STAYATHOME COVID19

Image
- Assalamualaikum - Emmm. Sejak beberapa hari ni Malaysia berperang dengan penyakit berbahaya ni. Virus covid19. Dah bagi amaran suruh duduk dekat rumah, masih ada lagi yang degil gile pergi sana sini. Sampaikan penyakit berbahaya ni merebak sana sini. Nak cakap tak ada kematian, ada je. Tapi itulah. Belum merasa tak kan menyesal lagi. Kalau dah kene, nanti menyesal tak sudah. Tapi aku paling benggang gila pasal bukan penyakit ni yang buatkan sakit hati, tapi orang yang buatkan aku sakit hati dengan mengata itu ini tentang orang tabligh. Aku tak tahu apa masalah mereka semua ni. Tapi tu la, kalau dah takdir Allah tentukan dekat ahli jemaah tabligh ni, nak mengelak macam mana pon, tetap kene juga. Semua orang tahu semua penyakit ni datang nye daripada mana, tapi itulah. Kalau hati sudah mula gelap, yang baik, tidak akan sesekali dipandang. Tapi bila perkara buruk yang berlaku, laju betul orang pandang. Adess. Tapi itulahkan, nak menyalahkan orang pon sekarang ni ...

I Will Never Cheat

Image
- Assalamualaikum - Ayat lelaki memang tak boleh dipercayaikan. Tapi bagi aku, orang yang aku bertunang dengan dia ni, aku tak akan sesekali curang dengan dia. Tak kesah la kalau tibe tiba ada orang lama mesej aku balik ke apa kan. Sebab pada aku, she is the only one who accept my proposal to engagement and she is the only one who feel same like what i feel with her. Mula mula aku tak pasti apa yang aku rasakan. Tapi lama ke lamaan aku mula yakin yang dia ni adalah jodoh aku. Sebabnya ramai cakap kami ni rupa sama, hobi sama dan banyak lagi. Aku tak pernah fikir macam tu sebab aku sendiri tak tahu pasal tu. Yang aku tahu dia tu jodoh aku. I waste so many feeling before this. No one who were accepted my proposal even though I actually so serious about that. Because i doesn’t like play the other feelings. Tapi tu la. Orang fikir still early to thinking about that. Tapi mujurlah ada yang terima proposal aku untuk berkahwin dengan aku. So aku bersyukur aku dapat t...

Aku Dan Network

Image
- Assalamualaikum - Kalau nak cakap kan aku dengan bab bab networking ni, aku memang fail gile. Tapi tu kalau aku kene study la tengok buku bagai. Tapi kalau bagi aku untuk selongkar ini itu, 😏 aku memang cemerlang bab tu. Kalau aku follow ape yang orang cakap, emm memang fail la aku. Yela. Aku follow orang tapi aku sendiri tak faham apa yang aku buat. Aduhhhh. Memang tak jalan otak aku macam tu. Tapi sejak aku guna dua data. Satu kat handphone dan satu lagi dekat modem. Aku selalu belajar cara cara nak bagi sedap aku punya wifi. Speed, lagging, buffed, and so on. Sebelum nak selongkar semua tu, aku cari dulu modem ape aku nak guna. Sebab modem tu pon penting juga sebab ada peranan dia juga dalam tu. Tapi kalau modem biasa biasa pon boleh juga. Dapat juga merasa speed semua tu. Lepas dah selidik modem tu, baru la aku usya usya dalam modem tu dan usik la setting dia. Aku pakai dua data sebenarnye ada je sebab. Salah satunye, untuk wifi dekat rumah aku. Tapi bi...

I’m Engaged Weiii

Image
- Assalamualaikum - Alhamdulillah. Bila awak awak baca ni, saya just nak bagitahu yang aku dah pon selamat bertunang dengan somebody pada 22 February 2020 baru baru ni. Majlis simple je sebenarnye tapi tak sangka pulak ramai gile yang datang. Hahaha. Lagi lagi member office aku. Sanggup datang tengok aku bertunang. Tapi apa apa pon, Alhamdulillah setel weii majlis tu.  Dan aku sekarang tengah mencari duit untuk majlis kawen aku yang berlangsung dalam tahun ni juga tapi dirahsiakan dulu. Nanti lagi sebulan aku akan post dekat sini bila aku nak kawen nanti. So apa yang penting sekarang ni, aku kene focus kumpulkan duit. Kalau tak cukup, aku tak tahu mana nak letak muka aku nanti dekat bakal mertua aku. Bagi aku maruah aku sangat penting untuk dijaga. Walaupon aku tahu la aku ni macam mana. Tapi apa apa pon, mencari rezeki tu adalah satu matlamat sekarang. Tapi kan, selepas bertunang ni, aku ada bende yang buatkan aku tak senang sekarang. Aku tak nak tuduh apa ...

Penat Single Ni

Image
- Assalamualaikum - Aku sebenarnye dah lama dah nak hentikan hidup membujang ni. Bukan apa. Membujang ni kadang penat walaupon tahu hidupnye best sebab banyak bende kau boleh buat. Tapi aku tak larat la. Dan jumur aku katakan, selama aku bujang, aku banyak kali fikir tentang future. Tak kan lah aku nak membujang sampai umur sekian sekian. Nanti macam mana pulak dengan umur lepas tu kang. Fikir punya fikir, finally aku buat keputusan untuk berkenalan dengan orang. Syukur aku katakan, orang yang aku kenal ni aku cukup bahagia. Walaupon aku ni tak perfect, aku tetap diterima baik dengan dia dan family. Sejak aku berkenalan dengan dia, aku ada cakap dengan dia apa keinginan aku. Dan yang aku harapkan, dia tunaikan sebab kami fikir bende sama. Date 2 kali, lepas tu aku jumpa parent dia untuk minta kebenaran nak date dengan anak dara dia. Syukur, family dia bagi kebenaran. Ada pantang pantang aku jaga selama aku dengan dia. Walaupon aku ni teruk, as a man, aku tak sentuh d...

Mudah Mudahan Sahabat

Image
- Assalamualaikum - Jikalau pada 1/1 hari tu, aku berjaya mendapat restu pihak perempuan untuk berkahwin dengan dia. Hari ini 15 January 2020, aku juga berjaya meminta restu daripada parent aku untuk berkahwin dengan dia. Pasal mas kahwin semua tu sudah siap setel berbincang dengan pihak perempuan. Yang tinggal hanya bawak pihak perempuan untuk berkenalan dengan parent aku je.  Jangan kata, kenapa tak bawa pihak perempuan jumpa parent aku dekat rumah parent aku je? Ada sebabnya aku tak bawa. Aku akan bawa parent aku ke rumah perempuan untuk berkenalan semua. Sebabnya parent aku tak suka aku bawak anak dara orang ke hulu ke hilir. Kami tak sah lagi untuk naik bersama. Sama ada dalam kereta atau pon menunggang motorsikal. Ehhh naik kereta pon tak boleh? Selagi belom sah, selagi tu tak boleh. Sebab boleh mendatangkan fitnah. How? Banyak cara yang luar kotak orang akan fikir. Jadi tetap tak boleh. That why selama kita orang berjumpa, mana ada bertepuk tepuk atau...

Future Talks Tonight

Image
- Assalamualaikum - Makin cepat masa bergerak, makin laju pulak hati aku berdenyut denyut. Mana tak nye, malam ni aku kene panggil dengan somebody family untuk bincang tentang the future antara aku dengan anak dia. Boleh katakan aku sangat nervous ni. Sebab pasal bende ni aku tak dapat bincang dengan mak ayah aku sebab aku sendiri tak tahu nak cakap apa dengan mereka pasal bende ni semua. Tapi pernah la juga aku tunjuk dan video call orang tu dekat mak aku. Hahaha. Tapi itulah, mak dia suruh aku datang dan berbincang macam mana nak melanjutkan ke level lagi satu sebelum ke pelamin. Aku dah la penakut nak buat pilihan ni. Kang kalau dah terbuat keputusan tanpa bincang dengan mak ayah aku, mati aku nanti kene membebel dengan mereka. Hahaha. Tapi itulah, nak anak dara orang, risiko kene amik. Emmm. Nak tak nak aku kene la fikir macam mana nak buat ni. Lagi dua minggu lagi ke nak balik kampung. Hopefully tak ada part time la. Kalau ada, tak dapat la aku balik kampu...