Laki Salah Pompuan Betul


- Assalamualaikum -

Akhirnye hari isnin iaitu hari kelmarin aku give up juga. Nak tak nak aku mesej juga tunang aku walaupon aku tak bersalah. Tapi still kene mengaku juga salah aku. Geram juga sebenarnye kene mengaku salah sebab yang fikir bukan bukan tu bukan aku tapi dia. Tapi nak buat macam mana. Lelaki terpakse mengalah juga. Adesss. 


Dah mengaku bersalah, boleh pulak dia cakap dah mula tawar hati dengan aku. Padahal aku yang sepatutnye marah sebab aku yang dituduhnye macam macam. Tapi kene juga brainwash otak aku yang aku ni bersalah. Puas juga fikir ayat nak pujuk pujuk dia. Ingatkan bila dah pujuk hari Isnin tu, selase tu dah okay, emm same je. Teruk juga. Mesej nye mula tak banyak. Tapi bila geng dia ajak bercuti, ceria bagai. Maklumlah kawan sekampung. Adesss. 


Emm. Kejap lagi aku cuba lagi mesej dia sebelum aku nak pergi balik Labis dekat rumah mak long aku. Aku rase kang kalau aku mesej dia, yang dibalasnye mesti pendek. Ok itu je la jawapan aku dapat nanti. Tak ada pon cakap hati hati ke ape ke. Adess. Ape lah nasib aku. Dah dah nak dekat hari perkahwinan pon, dah jadi macam ni. Jangan buat aku malu dah lah sebelum sebulan nak kawen nanti. Okay stop cakap pasal dia. Nanti mood aku nak balik kampung dah tak ada pula. Kesian dekat mak long aku sebab nak aku balik kampung nanti tak kesampaian.

Okaylah. Aku nak siap siap dah ni. Lepas tu aku singgah kejap kedai makan. Makan makan dulu. Lepas tu baru balik kampung. Aku mungkin gerak lepas solat zohor kot. Aku tahu gerak awal lagi better sebab dapat jama’ waktu Zohor dan Asar. Tapi aku tunggu modem aku bateri banyak dulu ni. Bases on apa yang aku tengok sekarang ni, bateri modem aku ni mungkin akan habis sebelum aku sampai rumah mak long aku ni. Adess.


Tapi tak apalah. Dekat rumah mak long aku nanti aku cas balik. Tengoklah macam mana. Hahaha. Okay la. Chow.



Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas