Posts

Showing posts from March, 2018

Yang pergi tak akan kembali

Image
. . -Assalamualaikum- . . Makin hari makin ramai kenalan aku dipanggil kembali ke alam lain. Yang masih hidup pon ada lah jugak. Tapi dah tak ramailah. Yang masih hidup, sentiasalah sedekahkan bacaan untuk mereka telah pon pergi. Mendoakan mereka lepas solat pon sudah pon mencukupi. Nak lagi better, mengajilah dan niatkan untuk mereka. Dan kita yang masih hidup, bila bila je kita akan dipanggil. So persediakan macam mana? Dah cukup ke? Hehehe.. . . Baru baru ni aku ada buat 1 keputusan yang mana aku rase sakit sekali untuk buat. Tapi bila fikir masak masak masak, aku dengan rela hati nye melepaskan segale masalah aku dengan begitu je. Bukan apa. Nak fikir lama lama, nak simpan lama lama pon tak boleh. Jadi aku pon pilih keputusan atas dasar future. Aku ada masalah yang lama aku pendam selama ni aku tak cerita pon kat sini. Sebab aku tau ada yang kenal aku. So aku tak nak la hebohkan. So semalam aku berat hati, aku tutup mata dan aku cakap dalam hati, oiit masalah, ak...

Cinta Pada Aku

Image
. . - Assalamualaikum - . . Sebut pasal cinta, semua orang inginkan cinta. Cinta Ilahi. Cinta manusia. Aku pon suka bercinta. Tapi sebabkan cinta ni la kan. Aku banyak menolak cinta orang dari dulu lagi. Bukan apa. Selagi aku masih tak kenal apa itu cinta, aku tak akan bercinta. Dan jika aku mencari cinta sementara, aku rase baik aku lupakan cinta itu. Tapi jangan salah sangka, aku bukan tak bercinta dengan orang bukan sebab aku gay ke ape. Gay pon memerlukan cinta jugak kan. Tapi jangan la cari cinta terlarang dan dilaknat. Gay tu termasuk la dalam golongan tu. Hehe. . . Cinta yang aku cari tu cinta hingga ke jannah. Aku cari cinta halal. Biarlah aku berkawan bertahun tahun pon tak apa. Jadi sampai masa nanti, jika diizinkan, aku akan berjodohan dengan seorang kawan. Tapi aku calon pon tak ada. So aku tak mengharapkan lagi. Kata orang, baik kau bercinta dengan orang kau suka tu dulu. Dalam masa bercinta tu, kau kenal kenal lah hati budi dia. Bagi aku kalau just for ...

5 Day Sick

Image
. . - Assalamualaikum - . . Selame ni kalau aku sakit demam kan, biasenye sekejap je. Dan aku memang jarang makan ubat. Sebab aku suka ambil cara mudah je. Tidur je. Sebab cara tu je kadang demam aku dah reda. So sebab tu aku jarang makan ubat. Tapi tak sangka aku jatuh demam selama 5 hari berturut turut. Ni first time la. Tapi demam ni tak teruk pon sebab mata aku je yang pedih. Selsema tu ada lah jugak. Tapi bila masuk hari ke 4 dan 5, suara aku dah pecah dah. Macam suara penyanyi rock star. Hahaha. . . Dalam masa aku sakit kan, aku terfikirkan sesuatu tentang diri aku. I know la i always make joke, and sometimes people got hurt by my joke. Tapi aku bergurau gurau ni sebenarnye aku nak ilangkan rase tension aku je. Tapi lepas tu aku senyap je. Biasenye yang senyap ni la buatkan orang selalu kabo aku ada orang lain. Tapi sebenarnye aku tak pon mesej dengan sesiapa. Aku malas nak mesej orang. Lagi lagi perempuan. Kalau aku banyak mesej pon dengan kawan aku. Tu pon aj...

Kenapa Mesti Aku?😑

Image
. . - Assalamualaikum - . . Aku betul betul tak paham dengan apa yang berlaku dekat diri aku ni. Aku tak melayan sesiapa pon tapi aku dituduh berfoya foya? Aku nak marah pon aku malas. Sebab bende tak betul. Nak kata aku melayan orang, betul la. Tapi aku layan gitu gitu and aku da tak mesej dàh. Yang aku pelik tu, dari gaya ayat tu aku ibarat kekasih dia. Aku bukan milik sesiapa pon dan aku balas je sesiapa yang mesej aku. Tapi tak lama pon. Sebab lepas tu aku suka buat hal aku. Aku tak suka terikat dengan orang pon. Kecuali kalau aku dah tunang dan dah berkahwin. Baru aku terikat dengan orang. Baru aku ikut cakap orang. Tapi selagi aku tak terikat dengan sesiapa lagi, jadi aku masih bebas nak buat hal aku. Aku ada hak nak bebas sebab aku suka bersendirian dulu. Bila sampai masa, aku baru pikir pasal ke depan. . . Lagipon aku dah lama give up pasal nak perempuan cantik. Sebab aku tau aku tak hensem pon. So awek awek yang cantik melecun tak kan melekat dekat aku pon. ...

Krisis Oh Krisis 😓

Image
. . -  Assalamualaikum - . . Sejak beberapa tempat di kawasan negeri Selangor ni mengalami krisis air, termasuklah kawasan aku jugak, setiap kali nak guna air, kiteorang betul betul berjimat cermat guna air. Hahaha. Air itu sangat berharga buat kami. Tapi itulah. Bila krisis macam ni la, baru tau bertapa pentingnye air itu. Bila air sentiasa ada, pembaziran itu pon sentiasa ada. Aiyoooo.  . . Tapi itulah bila krisis macam ni, barulah nak hargai air itu macam mana. Tapi disebabkan bende bende macam ni kan. Aku tengok sesetengah kedai, betul betul amik kesempatan naikkan harga diorang. Tapi itulah, sekarang ni ramai orang otak dia dah diracun. Racun duit. Asalkan boleh buat duit, sanggup  buat apa sahaja. Tapi itulah kan, orang tak fikir pon akibat, tapi orang fikir kesenangan. Even pagi tadi aku pergi kedai mamak, nak breakfast, aku makan la nasi goreng ayam goreng plus telur separuh masak 2 biji (aku memang suka makan ni sebab takut ada rase loya lepas ...

Day By Day

Image
. . - Assalamualaikum - . . Hari demi hari, macam macam aku lalui. Kisah sedeh la. Kisah tension la. Kisah kehidupan harian aku lah nak dikatakan. Ada pun aku kenal macam macam orang, ada yang aku kenal baru baru ni pon ada. Tapi pasal perkenalan ni aku tak amik port sangat. Sebab ada yang tiba tiba je nak kenal aku. Ni kes pelik sebab mengejutkan nak berkenalan. Tapi aku layan je. Aku anggap dia orang baru nak kenal dengan aku je. Hehe. Tapi kan masa ni makin lama makin singkat. Sedar ke tak kita dah hampir dengan masa tu. Cuma kita je buat tak amik tau. Hehe. . . Aku baru beberapa hari kehilangan kawan aku. Kisahnye kami kawan 1 sekolah. Dari sekolah rendah hingga la ke sekolah menengah. Dan sekolah tahfiz. Tapi masa sekolah pon bukan tegur tegur sangat pon. Borak gitu gitu je. Tapi alkisahnye 2 minggu lepas kalau tak silap. Arwah ni kerja sebagai jurukimpal dekat Dungun. Kes nye masa tengah kimpal tong, tak tau dalam tu ada sisa bahan mudah terbakar dan tong tu me...