Krisis Oh Krisis 😓

.
.
-  Assalamualaikum -
.
.
Sejak beberapa tempat di kawasan negeri Selangor ni mengalami krisis air, termasuklah kawasan aku jugak, setiap kali nak guna air, kiteorang betul betul berjimat cermat guna air. Hahaha. Air itu sangat berharga buat kami. Tapi itulah. Bila krisis macam ni la, baru tau bertapa pentingnye air itu. Bila air sentiasa ada, pembaziran itu pon sentiasa ada. Aiyoooo. 
.
.
Tapi itulah bila krisis macam ni, barulah nak hargai air itu macam mana. Tapi disebabkan bende bende macam ni kan. Aku tengok sesetengah kedai, betul betul amik kesempatan naikkan harga diorang. Tapi itulah, sekarang ni ramai orang otak dia dah diracun. Racun duit. Asalkan boleh buat duit, sanggup  buat apa sahaja. Tapi itulah kan, orang tak fikir pon akibat, tapi orang fikir kesenangan. Even pagi tadi aku pergi kedai mamak, nak breakfast, aku makan la nasi goreng ayam goreng plus telur separuh masak 2 biji (aku memang suka makan ni sebab takut ada rase loya lepas makan so aku kene makan ni untuk hilangkan rase tu) dengan air teh ais. Korang agak agak berape harga dia? Nak tau berape? RM11. Gila laaaa. Mahal gile. Tapi tu lah. Last aku makan kedai tu. Aku boikot kedai tu. Aku je la, orang lain, ikut dia la. Diorang kaya. Aku tak. So aku boikot. Hahaha. Ni la kesan krisis ni, orang sanggup buat ape saje asalkan dapat duit banyak. Pedulilah kau nak cakap apa. Janji duit dia masuk. Itu prisip dia. Hurmmm. Apa apa pon, aku tengah tunggu, bila la air nak sampai ni. Aiyoooo.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas