Posts

Showing posts from March, 2019

Dreaming Oh Dreaming

Image
- Assalamualaikum - Boleh dikatakan hari hari aku suka bermimpikan sesuatu yang aku rasa susah untuk aku capai. Sebab kadang kadang bende tu buatkan diri ini rasa excited nak capai apa yang kita target tu. susah ke senang ke, itu lain punya cerita. Apa apa pon target dan impian tu kene ada. Walaupon aku banyak kali impikan keluarga bahagia, tapi aku tau bende tu adalah sesuatu mustahil dekat aku sebab aku banyak buang hati dekat sesuatu yang tak perlu. Tapi tak apa la, just keep it as my target for future. Aku nak je kembalikan hubungan yang lama. Tapi itu semua adalah mustahil untuk aku since aku tahu apa yang jadi nanti. Sebab aku sudah pon buat bende tu semua, so aku tak nak ingat kembali cerita itu semua. Bende mengarut je. Apa yang penting baik aku fikirkan masa depan je. Hahaha. Serpihan tu masih ada, tapi aku akan cuba kopek serpihan tu dan buang serpihan tu di tempat yang patut. Kalau tak buang nanti, luka tu menjadi nanah pulak. Aiyoooo

2nd Day In New Home

Image
- Assalamualaikum - Aku sudah lama tak post diari aku ni. Boleh dikatakan lebih seminggu juga la kan. Tapi aku ada sebab dan aku tak update banyak la bende yang berlaku dekat aku. Bende best, sedeh dan happy pon ada. Tapi aku tak nak la cerita pasal story tu. Tapi hari ni aku nak update pasal 2nd day aku dekat rumah baru.  Semalam aku baru pindah ke rumah baru dekat puchong. Rumah ni agak tinggi la tapi rumah 5 tingkat je pon. Semalam angkat barang pon, boleh tahan la penat gile. Ye la, rumah tak ada lift. Kene naik tangga la. So boleh bayangkan kalau angkat barang besar besar macam mana. Penat beb. Boleh tahan tercunggap cunggap juga la. Rasa nak muntah tu berkali kali pon ada. Dasyat weiii. Tapi this house ada story yang menarik tapi seram kot. Sebab penghuni sebelum ni adalah orang Nigeria. Seorang kristian. Dia dah tinggalkan rumah ni agak lama juga tapi tak sampai setahun la. Aku rasa dia kuat agama juga kot. Tapi yang benggang nye dia ta...

Berubanlah

Image
- Assalamualaikum - Aku rasalah kan, rambut aku sekarang ni makin banyak uban agaknya. Sebab ye la, mana tak nya, aku baru baru ni ada buat satu kerja ni dan menyebabkan aku sangat stress kot. Tapi disebabkan aku banyak stress, aku tak ada la nak menunjuk sangat aku stress. Chill sudah. Hahaha. Aku stress aku buat macam biasa je la. Kalau teruk sangat stress aku tu, aku dah tempat kan nak lepas stress aku dekat mana. Hahahaha. Tapikan, aku sangat sangat mengharapakan agar kerja kerja yang aku buat ni cepat abis. Cepat siap. Boleh katakan kadang aku banyak juga istighfar bila aku rasa aku tak boleh nak buat. Tapi berkat sabar hati ni, aku bertahan je. Huhu

Kepuasan Tidur. Haha 🤣

Image
- Assalamualaikum - Bila mata dah rabak akibat mengantuk teruk, nak buat semua bende tak dapat. Last last lepas Isyak, bentang tilam, ambil bantal baring lelap. Bangun jam 4 pagi. Bangun bangun je kepala jadi ringan dan susah tidur. Lepas tu disebabkan awal bangun, aku pon layan la apa yang patut. Yang pastinye anime tu pasti aku akan layan dulu. Hahaha. Puas dapat tidur weiii. Mana tak nye, berkali kali aku nak tidur tak lepas lepas. Akhirnye bila masuk je Isyak, pergi solat, balik terus tidur. Oh ye. Semalam yang aku rasa macam tak sedap hati tu, bukan pasal pape pon. Lama kelamaan semalam aku lemah gila semalam sebab perut mintak isi. Aku makan semalam jam 5 petang lepas asar. Lepas makan tu, barulah lega. Tapi dalam masa yang sama masa tu, kepale aku pening pening lalat dah. Sebab nak tidur tapi aku tak bagi sebab baru lepas makan. Gila ke apa nak aku naik badan lagi. Ishhh. Tapi apa apa sekarang. Aku nak pergi mandi sebab kejap lagi nak subuh....

Bad Feeling?

Image
- Assalamualaikum - Aku masih tak dapat dapat nak tidur since aku kerja malam tadi. Walaupon dalam opis aku ada tidur kejap dalam 4 jam sebab aku terjaga dalam jam 4 pagi dan aku buat kerja. Tapi masa balik tadi, aku asyik menguap nguap tapi tak dapat dapat nak tidur sebab aku asyik rasa tak sedap hati je. Tak tahu lah kenapa, tapi aku tak dapat nak lelap mati lagi ni. Tapi aku tahu malam ni, maybe aku akan tidur awal kot. Lepas isyak ke aku masuk tidur. Menguap nguap tak abis abis lagi ni. Nak tidur oiii. Tapi tahan je la. Asar lagi beberapa puluh minit je ni. Adesss. Tapi kan dalam masa yang sama, aku ada buka facebook dan baca la news dalam tu. Bila tengok orang meninggal atas motor buatkan aku rasa risau dengan amalan yang aku dah buat atas muka bumi ni. Kalaulah suatu hari nanti aku meninggal dunia, bagaimanalah dengan amalan aku nanti? Mampukah aku nak menjawab nanti? Emmmm. 😭

Cuti Lama. Haha 🤣

Image
- Assalamualaikum - Orait. Aku sudah set cuti aku starting next week. Kalau ikutkan pengiraan aku, aku ada lebih kurang 11 hari cuti. Lama kan. Hahahahaha. Cuti tu bermula minggu depan hari selasa 19/3 sampai 22/3 je dulu aku cuti. Then lepas tu, sabtu ahad tu aku kerja. Then masuk je hari Isnin 25/3, aku akan cuti seminggu. Muahahahaha. Lama kan. Tapi aku bukan ambil cuti saja saja, boss aku yang suruh aku ambil cuti sebab tu adalah cuti yang aku carry forward dari tahun lepas 3 hari. So aku kene habiskan. Haha. Cuti 3 hari tapi dapat cuti 11 hari? Tu sebab aku ada cuti lain yang aku guna. Last month ada member aku cuti dan aku kene kerja hari yang dia cuti, so aku dapat cuti sehari sebab aku ganti dia sehari. Yang selebih tu aku cuti sebab dalam jadual aku memang aku off, so bila gabungkan semua tu, aku dapat cuti lebih 11 hari. Haha. Lama kan. Tapi cuti 4 hari tu aku akan balik kampung sebab lama gila aku tak balik kampung. Bising mak ayah aku n...

Lupakan Jer Okay

Image
- Assalamualaikum - Kata orang, kalau dah kene reject banyak kali, sudah sudahlah tu. Yup aku dah lama pon stop mencari orang. Bagi aku, yang sudah, sudahlah. Yang lama, biarkan berlalu. Yang berlaku sekarang, kita move on ke ke depan. Tapi jangan ingat aku ada cari awek baru baru ni. Hahaha. Aku tak mencari pon. Pasal stalker pon aku dah lama stop. Ye la. Dah asyik orang nak tahu siapa awek aku. Siapa yang aku berkenalan. Aku malas nak berkenalan since aku pon ada bende nak kene setelkan. Jadi apa yang aku buat ni, just get ready untuk pindah rumah je. Aku nak pindah rumah dalam bulan ni. Dalam rumah aku ni pon tengah serabut. Banyak barang nak kene bungkus bungkus. Otak aku pon serabut. Harap harap aku dapat cuti nanti. Adesss. Leceh nak menjawab aii kenapa aku nak cuti walaupon dah bagi tahu alasan. Aiyooo. 

Okay Stop 🛑

Image
- Assalamualaikum - Adesssss. Makan ni salah, makan itu salah. Tengok ig salah. Main facebook salah. Adess. Nampaknya kawan aku ni nak sangat tahu aku ni ada awek ke tak. Bila cakap tak ada, sibuk tengok siapa nak tahu aku tengok ig siapa. Yang teruknya, bila aku makan nasi kerabu, dia sangka aku berkenalan dengan awek kelantan. Hahaaha. Tapi bila jadi gitu, aku pon sahut la gurauan dia. Aku cakap, biasalah, nak awek kelantan, kene pandai makan ini makan itu. Esok lusa kene pandai makan budu sebab nanti kalau dapat awek kelantan, nak pergi mana mana, budu tu penting. Hahahhaa. Sengaja aku balas gitu. Hahaha. Tapi aku silap, disebabkan aku dah bergurau gitu, dia ingat aku betul betul ada awek kelantan. Haha 🤣. Biarlah dehh. Orang tak percaya, biarlah deh. Hahaha. Tapi kan, sejak jadi gini, aku mula stop stalkers orang. Bukan apa, not good for my heart. Baik aku buat bende lain dulu. Nak awek ni, belum sampai masanya kot. Bende yang jadi yang terb...

Lagu Tu Lagu Perindu.

Image
- Assalamualaikum - Ada satu lagu tu, aku dah lama tak dengar sejak aku single. Lagu tu satu kod perindu aku pernah buat dulu jika aku selalu nak ingatkan seseorang. Tapi baru baru ni aku terdengar lagu tu dimainkan dekat radio. Aku cakap dekat diri aku lepas dengar lagu tu, siot la. Kenape aku tiba tiba ingat dekat orang yang lama aku tak nak ingat dah. Buat apa aku nak ingat dekat orang yang tak pernah nak percaya dekat aku. Aduhhh lagu tu. Lagu tu tak salah pon. Yang swlahnya sebab aku yang cipta kod dalam memori aku bila aku dengar lagu ni, aku akan sentiasa ingat dekat dia. Aku ingat lepas dah single aku tak akan ingat, tapi siapa yang tahu kan. That code sentiasa bermain dekat dalam otak aku bila aku ingat dekat orang tu. Tajuknya “Ruang Rindu - Letto”. Huhuhu

Tak Sedap

Image
- Assalamualaikum - Malam tadi dekat opis aku ada buat makan makan. Tapi ni yang buat cuma geng geng shift je. Sebabnya ada seorang geng daripada kita orang akan masuk normal hour dan dinaikan pangkat. That why kita orang buat makan makan tu untuk menaikan semangat dia malam tadi. Tapi disebalik event tu, aku ditugaskan untuk memasak malam tadi. Dan aku just masak bihun goreng. Even thought aku tahu dah apa komen komen yang diberikan, tapi aku still tak puas hati sebab aku masak sehabis baik yang mungkin tapi tau tau la, orang cakap tak sedap, aku rasa down la sikit. Rasa macam if aku buat niaga, aku tak yakin aku boleh puaskan hati orang dengan masakan aku. Tapi disebalik semua ni, aku rasa tak confidence untuk masak untuk orang lain dan aku tak nak dah dengar komen tu. Biarlah aku masak untuk diri aku sendiri. Malas dah nak bagi orang merasa menu aku. If someone nak aku masak juga, aku cuba bagi apa apa alasan sebaik yang mungkin. Bukan apa, ...

Finally Yeayyy

Image
- Assalamualaikum - Sepatutnye story aku ni aku update semalam. Tapi disebabkan aku kene sakit perut yang dasyat akibat keracunan makanan, aku tak dapat nak update pagi semalam selepas aku balik kerja semalam. Lepas berehat lama akibat sakit perut semalam, baru aku dapat tidur. Itupon aku bangun lambat gile. Mana tak lambat weiii. Aku bangun time azan maghrib. Terkejut aku. Bangun bangun je tidur, terus pergi mandi, solat maghrib, qada’ Asar dan Zohor. Yela. Aku tak terjaga untuk solat Jumaat. Bukan sengaja tau, tak sengaja. Huhuhu. By the way, sebelum ni aku asyik menangguh nangguh nak beli jam, sebab aku risau aku tak akan pakai since kadang bila nak buat kerja, jam ni kadang mengganggu nak buat kerja. Lepas tu tak pasal pasal bukak jam pulak tu. Adesss. Tapi disebabkan aku sangat memerlukan tengok jam setiap masa, aku pon kene consider balik la. Sebab masa itu sangat penting dekat aku. Okay la tu. Jam murah je beli. Janji ada lampu LED. Yang t...