Posts

Showing posts from August, 2020

Alhamdulillah Dia Okay Dah

Image
- Assalamualaikum - Aku ingatkan hari ni dia masih tak okay lagi. Aku almost give up bila dia macam tak ada mood dengan aku. Yela. Aku dah puas pujuk dia. Tapi macam tu jugak. Tapi mungkin berkat dia berpuasa, dia dah boleh berpuasa kot, dia terus okay. Hari ni banyak pulak dia membalas. Biasanya aku cakap berpatah patah, dia jawab sepatah je. Aiyooo. Tapi hari ni, Alhamdulillah dia dah okay. Mungkin sebab dia berbincang pasal pernikahan kami kot yang buatkan dia mula bercakap banyak. Ada juga yang dia ungkit sebab belah perempuan kene buat banyak bende. Tapi aku cakap belah perempuan kene buat majlis sebab kene hebahkan dekat orang. Supaya belah perempuan tidak akan kene fitnah dengan orang sekeliling. Yela. Orang tak tahu anak dara si pulan ni dah kawen tapi duduk dengan lelaki bemesra bagai. Kesian dekat orang tak tahu cerita, tak pasal pasal mereka menyebarkan cerita palsu dan fitnah. Habis semua dapat dosa. Belah lelaki, andai dia tak mahu buat kenduri, tak apa. Buat je la doa sel...

Still Failed To Talk With Her

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu apa yang patut nak katakan. Aku dah pon datang ke rumah dia ari tu. Tapi still dia tak boleh pandang muka aku. Cakap pon slow je. Padahal aku dekat je. Lagi dasyat, panjang aku cakap, sepatah yang dibalasnye. Bila ditanya, aku ada buat apa apa yang salah dekat dia ke apa apa ke. Dia kata tak ada. Bila aku mintak maaf kalau aku buat salah apa apa, dia cakap aku tak ada buat apa apa. Tapi bila aku dah buntu sangat, Alhamdulillah. Aku minta pendapat daripada seseorang. Someone we all know. Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah. Aku ceritakan pada beliau tentang masalah aku dan aku tak expected sangat beliau balas sebab aku bukan siapa siapa pon. Tup tup beliau membalas apa yang aku tanyakan.  Actually aku excited juga apabila Dato’ balas mesej aku tu. Aku cuba cakap proper dengan Dato’ since aku tak pernah cakap dengan sesiapa yang pangkat terhormat macam tu. Tapi bila beliau balas, Alhamdulillah lega sikit. Tahu la aku ikut cakap beliau. Insya’allah ak...

Ingatkan Prank, Rupenye Serius

Image
- Assalamualaikum - Aku ingatkan tunang aku sengaja tak nak balas mesej call aku. Aku ingatkan dia sengaja nak membuli aku. Yela. Dia kuat gila kut buli aku kadang. Walaupon aku lelaki, ada aja yang dia nak buli aku. Tapi pagi tadi dia bagitahu aku yang dia betul betul annoying dengan aku. Waktu tu aku ingatkan dia masih nak kenekan aku. Lama ke lamaan tu, aku rasa dia betul betul annoying dengan aku. Puas aku fikir apa masalah aku sampai buatkan dia annoying gila dengan aku. Aku rasa masa balik hari tu lepas hantar borang dekat dia, okay je. Tapi esok tu terus mood ke laut. Dah kenapa. Fikir fikir apa silap aku dekat dia, aku pon tak tahu. Ke sebab aku kurang mesej dia? Call dia? Mustahil la pulak. Biasa kurang mesej dia pon sebab dia busy. Aku tahu waktu dia. Dia tahu waktu aku. So part mana lagi yang kurang? Tup tup tahu tahu je, dia dah annoying dengan aku sejak ari selasa. Pulak dah. Bukan tu je. Dengar motor aku pon tak boleh. Aku nak datang senyap senyap esok ni pon buatkan aku...

Kene Berpuasa Ke

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu la nak kata apa pasal bende ni. Tapi yang pastinye kan. Aku merasakan tunang aku ni sedang buli aku ni. Bukan apa. Macam payah pulak aku nak dapat mesej daripada dia. Jangan kata mesej, call pon tak boleh. Dia tak bagi aku nak call dia langsung lagi lagi sejak aku bagi borang nikah part lelaki. Emm. Ke sebenarnye tunang aku ni sedang buli aku ni? Ye la. Dia kuat gile kot membuli aku. Serius wei. Geram kadang. Bukan aku tak nak membalas. Dia ni mudah gile merajuk. Sebab tu aku malas nak balas balik. Bukan tak pernah aku buat, pernah je. Tapi lepas tu 3 hari aku kene pujuk. Gurau je pon. Geram je aku dibuatnye. Mujur aku ni kuat menyabar. Kalau tak, tak tahulah aku nak kata apa nanti. Tapi tadi kan, bila aku cakap aku nak call, dia kata tak boleh. Lepas tu dia cakap sabarlah, lagi dua bulan je. I know that facts. Tapi ye la. Aku rindu kot nak dengar suara dia. Hahaha. Tapi itulah, bulan 10 lambat lagi. Nak tak nak, kenelah aku bersabar. Apalah nasib aku....

If I Do Wrongly I’m Sorry

Image
- Assalamualaikum - Aku minta maaf sangat sangat sesiapa yang dulunye mencari blog aku dari profile aku dan sekarang dia tak jumpa dah blog aku. Aku hidden daripada orang. Bukan apa, aku rasalahkan macam mana orang jumpa blog aku tanpa diberitahu yakni orang yang aku kasihanilahkan, aku rasa dia cari by my name. Taip je nama aku, mesti jumpa semua details diri aku. Easy. Lagi lagi bila dia tekan dekat profile aku. Lagi senang jumpa. So aku pon baru tahu macam mana nak hidden semua tu lepas sekian lama aku main blog ni. Hahhaaha. For other people yang tahu story aku ni, mesti tahu kan aku dah nak kawen, bulan 10 ni je pon. Ramai kot yang nak kawen by same date. Ten Ten. Ada apa dengan tarikh tu ek? Aku kawen bulan tu pon sebab tunang aku yang pilih tarikh tu. Aku follow je. Bagi aku, lagi cepat tarikh nya, lagi bagus. Sebab bende yang baik harus diselesaikan. Lagi lagi bila aku dah setel part isi borang aku. Alhamdulillah. Sekarang ni tunggu bahagian perempuan pula. Tapi yang aku risau...