Company Trip 1
. . - Assalamualaikum - . . Awal bulan hari tu aku ada join aktiviti company trip opis aku buat. Aktiviti team building dekat Taman Negara, Pahang. Apa yang aku boleh katakan aktiviti kat sane memang sangat sangat syok tapi ada jugak aktiviti yang aku rase sangat geram dengan diri aku sebab aku tak berjaya nak buat. Sungguh menyakitkan hati. . . First day kiteorang bergerak dari opis ke Taman Negara masa tu hari jumaat. Dalam jam 9.40 pagi kiteorang bergerak. So macam biasa la, aku jarang naik bas ni, so aku pon mabuk kenderaan. So keje aku tidur je la. Lagipon malam tu aku keje. So agak penat jugak la. So jadikan cerita, tengah hari tu kitorang sampai di Temerloh, untuk lunch sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Negara. Kiteorang lunch makan ikan patin tempoyak. Memang sedap la kan. Yang dasyat tu, ikan tu diorg kerat 3 bahagian, so 1 bahagian 2 orang makan. Aku dengan membe aku dapat bahagian badan. Tapi sayangnye kawan aku tak suka ikan patin, jadi aku punya la ...