Company Trip 1

.
.
- Assalamualaikum -
.
.
Awal bulan hari tu aku ada join aktiviti company trip opis aku buat. Aktiviti team building dekat Taman Negara, Pahang. Apa yang aku boleh katakan aktiviti kat sane memang sangat sangat syok tapi ada jugak aktiviti yang aku rase sangat geram dengan diri aku sebab aku tak berjaya nak buat. Sungguh menyakitkan hati.
.
.
First day kiteorang bergerak dari opis ke Taman Negara masa tu hari jumaat. Dalam jam 9.40 pagi kiteorang bergerak. So macam biasa la, aku jarang naik bas ni, so aku pon mabuk kenderaan. So keje aku tidur je la. Lagipon malam tu aku keje. So agak penat jugak la. So jadikan cerita, tengah hari tu kitorang sampai di Temerloh, untuk lunch sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Negara. Kiteorang lunch makan ikan patin tempoyak. Memang sedap la kan. Yang dasyat tu, ikan tu diorg kerat 3 bahagian, so 1 bahagian 2 orang makan. Aku dengan membe aku dapat bahagian badan. Tapi sayangnye kawan aku tak suka ikan patin, jadi aku punya la kan. 
.
 .
Silap aku masa lunch tu, aku tercakap favorite aku ikan patin, so tengah tengah makan tu, tiba tiba ada orang bagi kepala ikan patin, rezeki kan. Aku terima je. Tapi tak lama tu aku jadi sasaran semua sebabkan aku suka ikan patin, maka lepas tu ramai la bagi aku ikan patin. Syukur Alhamdulillah walaupon aku montel, tong aku sangat la kecik. Jadi mase dapat kepala ikan tu pon aku dah kenyang da. Tapi ramai pulak bagi ikan kat aku. Paling segan tu, boss aku siap amik gamba aku dengan dia sambil pegang kepale ikan lagi. Malu gile. Lepas lunch tu, kiteorang pon teruskan perjalanan ke Taman Negara.
.
.
Kiteorang sampai kat Taman Negara tu, sebelum jam 4 petang. Sebab aku ingat aku sampai sampai je bilik, aku cepat cepat solat jama' Zohor dan Asar. Abis solat, aku berjalan pergi bilik kawan aku. Saja berjalan, sebabnye kiteorang tak ada apa apa aktiviti petang tu, aktiviti kiteorang start lepas Isyak. Lepak punya lepak, kawan aku ajak main UNO. Kebetulan pulak games ni favorite aku. Nak main fair ke cheat ke, sume aku boleh buat. Tapi dengan kawan aku, mula mula main fair je la. Tapi lepas aku menang je, kawan aku start main team fight aku. 3 vs 1 la. 4 vs 1 la. Ikut berapa orang yang main la. Kalau 7 orang main termasuk aku, so 6 vs 1 la. Memang tak adil kan, tapi bila orang buat macam tu kat aku, aku terpaksa la main cheat. Ape lagi, simpan kad kuasa la. Sebab diorang attack aku guna kad kuasa. Jadi bila kene attack, aku dapat fight balik. Hahahahaha. Tapi biasa la. Bila ramai komplot fight aku, pluang aku nak memang pon tipis la. Tapi tak pe, janji aku bukan mangsa dibuli dalam games tu. Hahaha.
.
.
Main punya main, akhirnye da maghrib. Aku balik bilik solat Jama' Maghrib dan Isyak. Lepas tu rehat kejap sebelum pergi dinner and get ready sebelum aktiviti Night Jungle Tracking. Aktiviti Night Jungle Tracking, tak heavy pon. Sebab malam tu, diorang bawa pergi jalan jalan dalam hutan sambil perkenalankan kat korang jenis jenis pokok ni dan apa fungsi dia. Dan haiwan haiwan ape yang korang jumpe, dia akan bagitau la apa bahaya binatang tu. Tapi team aku, tak banyak pon jumpe binatang. Just banyak seranga je. Team lain, jumpe ular la. Babi hutan la. Macam macam la. Siot betul. Hahaha. Abis je aktiviti tu dalam jam 10 malam. Sejam je jalan jalan dalam hutan tu lepas tu balik. Sampai je resort kiteorang, games UNO pon start sampai la 12 tengah malam. Lepas tu aku balik bilik and tidur sebab esok tu aktiviti start jam 9 pagi.
.
.
Nanti aku sambung balik, dah Maghrib. Okay chow. Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas