Posts

Showing posts with the label Edisi Merepek

Perlu Ke

Image
- Assalamualaikum - Aku dah beberapa bulan kahwin. Selama ni aku jarang update sebab aku tak tahu nak cerita apa dalam blog aku ni. Tak tahu la cakap apa. Sebab bila kahwin itu indah tau. Kau kahwin dengan orang kau cinta. Orang yang kau nak jaga dia seumur hidup. Tapi itulah, ada masalah, tak mahu berbincang. Nak juga post dekat suatu tempat. Bagi orang baca. Aku nak cakap marah tu, tak ada la sangat. Tapi kalau dah sampai cerita dekat tempat terbuka, boleh sakit hati juga la aku dibuatnye. Aku tahu yang aku cerita ni pon kira open juga. Tapi bukan semua orang tahu aku siapa pon kan. So no big deal dekat aku. Tapi itulah, aku tak faham, kenapa mesti nak ceritakan dekat tempat lain kalau aku ada depan mata. Emmmm tapi itulah. Nak cakap tak tegur, aku dah tegur beberapa kali dah. Tapi still ada masalah, cerita juga tempat lain. Tak apalah. Esok tido je la dekat office. Bawak ipad skali. Senang cerita aku nanti. Anything boleh update terus. Okaylah. Malas cerita panjang. Sudah lewat ni....

5 Day Left

Image
- Assalamualaikum - Ada lagi beberapa hari je lagi sebelum aku menjalani kehidupan yang baru. New life new story. But this blog still remains silent from other people. Sebab if orang sekitar aku baca story aku, dia akan belajar semua tentang aku. Walaupon bukan semua, tapi masih kira dapat juga la tahu aku macam mana kan. Haha.  Sebenarnye kalau nak cakapkan, aku agak nervous juga la. Yela. Aku tak tahu sama ada aku dapat jadi yang terbaik ke tak. Tapi aku akan mencubalah. Daripada aku give up, mana lagi baik. Lagipon ini je la masa dan peluang aku ada. Kalau aku persia siakan masa yang ada ni, mungkin aku akan kehilangan semua ni. Jadi aku harap bila aku dah menjalani sebuah cerita baru dengan kehidupan yang baru, aku harap aku dapat buat yang terbaik. Yela, nak jadi terbaik bukan senang kan. Jadi aku mencuba je la nanti. Apa yang jadi, kita tengok je la nanti. Hahahaha. Okay la. Aku dah lewat. Mujur kerja malam nanti. Hahaha 😂. Okay chow.

Sebelas Hari Lagi

Image
- Assalamualaikum - Tup tup tup. Pejam celik pejam celik, akhirnye sudah hampir hari aku akan menjadi suami orang.agak nervous juga la dan jangan kata lah, aku risau juga sebenarnye sebab aku tak tahu adalah aku mampu ke tidak. Tapi kawan aku pon ada cakap bende sama. Dia pon cakap dulu macam tu, tapi bila dah kahwin, dia okay je. Yang penting kerjasama, saling memahami.  Aku sebenarnye tak sangka aku akan purpose this future wife just a few month after berkenalan untuk berkahwin. Ye la, aku sendiri nak hubungan aku tu bukan setakat menjalin hubungan yang tak halal macam couple tu, tapi setiap kali aku couple dengan seseorang, impian aku nak berkahwin dengan orang tu. Tapi nobody like the idea. Sebab masih muda. Tapi akhirnye, Allah pertemukan aku dengan gadis yang terima aku untuk menjadi kekasihnye hingga hujung hayat. Mudah mudahan perhubungan ni kekal sehingga akhir hayat kami. Aminn. Tapi serius guys, just a few days je lagi aku akan menjadi suami orang. Aku harap sangat aku ...

Tak Kurang Sedikit Pon

Image
- Assalamualaikum - Ada lebih kurang sebulan daripada sekarang aku akan berkahwin dengan insan pilihan aku. Orang yang aku pilih untuk bercinta dengan dia. Orang yang aku pilih untuk hidup mati bersama dia. Walaupon banyak juga kekurangan aku, tapi dia tetap okay pilih aku tanpa banyak soalan. Sejak pertama berjumpa, aku dah minta dekat dia untuk bawa aku berkenalan dengan parent dia bagi untuk meminta kebenaran untuk aku berkenalan dengan anak dia. Aku bersyukur aku dapat bercinta dengan orang orang yang aku pilih sebelum ni. Tapi apakah daya, cinta tak sampai ke target yang aku impikan. Ada yang aku minta untuk aku berkenalan dengan parent nye tapi tak dapat dan akhirnye putus ditengah jalan. Banyak juga yang menipu. Tapi biasalahkan, itulah kehidupan. Tapi itulah jalan cerita setiap orang. Sepanjang aku berkenalam dengan pelbagai insan, aku selalu request untuk jaga solat, berpuasa. Jaga hati. Bersabar dan lain lain. Tak minta bukan bukan pon. Tapi Alhamdulillah semua mendengar. Tap...

Alhamdulillah Dia Okay Dah

Image
- Assalamualaikum - Aku ingatkan hari ni dia masih tak okay lagi. Aku almost give up bila dia macam tak ada mood dengan aku. Yela. Aku dah puas pujuk dia. Tapi macam tu jugak. Tapi mungkin berkat dia berpuasa, dia dah boleh berpuasa kot, dia terus okay. Hari ni banyak pulak dia membalas. Biasanya aku cakap berpatah patah, dia jawab sepatah je. Aiyooo. Tapi hari ni, Alhamdulillah dia dah okay. Mungkin sebab dia berbincang pasal pernikahan kami kot yang buatkan dia mula bercakap banyak. Ada juga yang dia ungkit sebab belah perempuan kene buat banyak bende. Tapi aku cakap belah perempuan kene buat majlis sebab kene hebahkan dekat orang. Supaya belah perempuan tidak akan kene fitnah dengan orang sekeliling. Yela. Orang tak tahu anak dara si pulan ni dah kawen tapi duduk dengan lelaki bemesra bagai. Kesian dekat orang tak tahu cerita, tak pasal pasal mereka menyebarkan cerita palsu dan fitnah. Habis semua dapat dosa. Belah lelaki, andai dia tak mahu buat kenduri, tak apa. Buat je la doa sel...

Still Failed To Talk With Her

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu apa yang patut nak katakan. Aku dah pon datang ke rumah dia ari tu. Tapi still dia tak boleh pandang muka aku. Cakap pon slow je. Padahal aku dekat je. Lagi dasyat, panjang aku cakap, sepatah yang dibalasnye. Bila ditanya, aku ada buat apa apa yang salah dekat dia ke apa apa ke. Dia kata tak ada. Bila aku mintak maaf kalau aku buat salah apa apa, dia cakap aku tak ada buat apa apa. Tapi bila aku dah buntu sangat, Alhamdulillah. Aku minta pendapat daripada seseorang. Someone we all know. Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah. Aku ceritakan pada beliau tentang masalah aku dan aku tak expected sangat beliau balas sebab aku bukan siapa siapa pon. Tup tup beliau membalas apa yang aku tanyakan.  Actually aku excited juga apabila Dato’ balas mesej aku tu. Aku cuba cakap proper dengan Dato’ since aku tak pernah cakap dengan sesiapa yang pangkat terhormat macam tu. Tapi bila beliau balas, Alhamdulillah lega sikit. Tahu la aku ikut cakap beliau. Insya’allah ak...

Ingatkan Prank, Rupenye Serius

Image
- Assalamualaikum - Aku ingatkan tunang aku sengaja tak nak balas mesej call aku. Aku ingatkan dia sengaja nak membuli aku. Yela. Dia kuat gila kut buli aku kadang. Walaupon aku lelaki, ada aja yang dia nak buli aku. Tapi pagi tadi dia bagitahu aku yang dia betul betul annoying dengan aku. Waktu tu aku ingatkan dia masih nak kenekan aku. Lama ke lamaan tu, aku rasa dia betul betul annoying dengan aku. Puas aku fikir apa masalah aku sampai buatkan dia annoying gila dengan aku. Aku rasa masa balik hari tu lepas hantar borang dekat dia, okay je. Tapi esok tu terus mood ke laut. Dah kenapa. Fikir fikir apa silap aku dekat dia, aku pon tak tahu. Ke sebab aku kurang mesej dia? Call dia? Mustahil la pulak. Biasa kurang mesej dia pon sebab dia busy. Aku tahu waktu dia. Dia tahu waktu aku. So part mana lagi yang kurang? Tup tup tahu tahu je, dia dah annoying dengan aku sejak ari selasa. Pulak dah. Bukan tu je. Dengar motor aku pon tak boleh. Aku nak datang senyap senyap esok ni pon buatkan aku...

Kene Berpuasa Ke

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu la nak kata apa pasal bende ni. Tapi yang pastinye kan. Aku merasakan tunang aku ni sedang buli aku ni. Bukan apa. Macam payah pulak aku nak dapat mesej daripada dia. Jangan kata mesej, call pon tak boleh. Dia tak bagi aku nak call dia langsung lagi lagi sejak aku bagi borang nikah part lelaki. Emm. Ke sebenarnye tunang aku ni sedang buli aku ni? Ye la. Dia kuat gile kot membuli aku. Serius wei. Geram kadang. Bukan aku tak nak membalas. Dia ni mudah gile merajuk. Sebab tu aku malas nak balas balik. Bukan tak pernah aku buat, pernah je. Tapi lepas tu 3 hari aku kene pujuk. Gurau je pon. Geram je aku dibuatnye. Mujur aku ni kuat menyabar. Kalau tak, tak tahulah aku nak kata apa nanti. Tapi tadi kan, bila aku cakap aku nak call, dia kata tak boleh. Lepas tu dia cakap sabarlah, lagi dua bulan je. I know that facts. Tapi ye la. Aku rindu kot nak dengar suara dia. Hahaha. Tapi itulah, bulan 10 lambat lagi. Nak tak nak, kenelah aku bersabar. Apalah nasib aku....

If I Do Wrongly I’m Sorry

Image
- Assalamualaikum - Aku minta maaf sangat sangat sesiapa yang dulunye mencari blog aku dari profile aku dan sekarang dia tak jumpa dah blog aku. Aku hidden daripada orang. Bukan apa, aku rasalahkan macam mana orang jumpa blog aku tanpa diberitahu yakni orang yang aku kasihanilahkan, aku rasa dia cari by my name. Taip je nama aku, mesti jumpa semua details diri aku. Easy. Lagi lagi bila dia tekan dekat profile aku. Lagi senang jumpa. So aku pon baru tahu macam mana nak hidden semua tu lepas sekian lama aku main blog ni. Hahhaaha. For other people yang tahu story aku ni, mesti tahu kan aku dah nak kawen, bulan 10 ni je pon. Ramai kot yang nak kawen by same date. Ten Ten. Ada apa dengan tarikh tu ek? Aku kawen bulan tu pon sebab tunang aku yang pilih tarikh tu. Aku follow je. Bagi aku, lagi cepat tarikh nya, lagi bagus. Sebab bende yang baik harus diselesaikan. Lagi lagi bila aku dah setel part isi borang aku. Alhamdulillah. Sekarang ni tunggu bahagian perempuan pula. Tapi yang aku risau...

Saka Dalam Keluarga Dia

Image
- Assalamualaikum - Aku rasa aku baru teringat satu cerita mengenai saka. Tapi saka ni bukan ada dalam keluarga aku tapi dalam adik beradik ayah aku. Kebetulan pula tadi lepas maghrib, akak aku dekat bangi ada cakap nanti ayah aku nak datang sana nak jumpa adik beradik ayah aku dengan ustad sekali. Sebab nak check sebenarnye saka tu ada dekat siapa. Sebab akak aku cakap ayah aku bagitahu, anak mak lang aku kene rasuk dan bini dia kene cakar. So tiba tiba muncul story ni dalam kalangan adik beradik ayah aku. Dulu sebenarnya ayah aku ada nak bincang dengan dia orang pasal bende ni tapi semua buat buat tak tahu. Bila kene dekat anak dia, baru nak sibuk pulak. Adess. Tapi kan aku teringat cerita dari akak aku yang duduk serumah dengan aku. Akak aku cakap tahun lepas akak aku ada nampak monyet besar dekat blok sebelah aku. Blok A. Akak aku cakap monyet tu besar. Tapi masa tu, tak teringat pon pasal saka ni. Tapi kan bila teringatkan cerita ni semula, aku rasa saka keluarga ayah aku ni, ten...

Laki Salah Pompuan Betul

Image
- Assalamualaikum - Akhirnye hari isnin iaitu hari kelmarin aku give up juga. Nak tak nak aku mesej juga tunang aku walaupon aku tak bersalah. Tapi still kene mengaku juga salah aku. Geram juga sebenarnye kene mengaku salah sebab yang fikir bukan bukan tu bukan aku tapi dia. Tapi nak buat macam mana. Lelaki terpakse mengalah juga. Adesss.  Dah mengaku bersalah, boleh pulak dia cakap dah mula tawar hati dengan aku. Padahal aku yang sepatutnye marah sebab aku yang dituduhnye macam macam. Tapi kene juga brainwash otak aku yang aku ni bersalah. Puas juga fikir ayat nak pujuk pujuk dia. Ingatkan bila dah pujuk hari Isnin tu, selase tu dah okay, emm same je. Teruk juga. Mesej nye mula tak banyak. Tapi bila geng dia ajak bercuti, ceria bagai. Maklumlah kawan sekampung. Adesss.  Emm. Kejap lagi aku cuba lagi mesej dia sebelum aku nak pergi balik Labis dekat rumah mak long aku. Aku rase kang kalau aku mesej dia, yang dibalasnye mesti pendek. Ok itu je la jawapan aku dapat nanti. Tak a...

Still Berdiamkan Diri

Image
- Assalamualaikum - Aku faham gile bila perempuan merajuk, kalau dia nak berdiamkan diri untuk selama mana dia nak, dia akan buat. Dia tak kisah pon dengan lelaki yang dia sayang. Tapi dia akan kisah kalau lelaki tu curang dengan dia. Aku agak la. Tapi hari masuk hari ke 3 aku masih diamkan diri dan aku tak mesej mesej dia. Why? Diri aku masih sakit lagi akibat ape yang jadi tu. Tapi entahlah. Kalau dia masih berdiam lagi hari ni, emm jangan cakap la. Esok aku banyak kerja kot dekat office. Memang tak la aku dapat mesej dia. Tapi tak apa la, dia tak cari aku pon. Dia okay je. Hahaha. Haa. Malam tadi rumah dia ada BBQ, aku tak mesej dia pon yang aku tak datang sebab apa. Aku duduk diamkan diri je kerja aku. Tak mesej dia, tak call dia. Well, dia tak kisah pon. Walaupon dia yang invite aku, tapi dia tak pon mesej aku tanya aku dekat mana. Dah dua dua diam, so aku buat je hal aku. Main games la, tengok video la dekat youtube la. Macam macam lah. Whatsapp pulak, moment aku tu aku buat dek...

2 Hari Aku Diam

Image
- Assalamualaikum - Sejak aku berkenalan dengan tunang aku, sehingga hari ni, kalau bergaduh je, aku mesti setelkan dalam masa sehari je. Tapi kali ni, disebabkan kata kata dia buatkan aku sangat terasa, aku jadi marah gile. Tapi aku tak cakap dekat dia dan aku pilih untuk berdiam diri je. Tak mesej, tak video call , tak update ape ape dan hari ni rumah dia ada buat BBQ, aku malas nak pergi. Bukan apa. Kalau aku pergi pon, aku confirm akan awkward gile nanti. Mana tak nye. Okaylah bayangkan, lepas ape dia cerita dekat adik dia, lepas tu adik dia cakap macam aku tak tahu je akak dia kalau nak bercuti ke mana mana memang pakai duit simpanan dia. Tapi disebabkan adik dia tu ada cakap macam gaya buatkan aku sakit hati, aku jadi tak syok nak cakap dengan tunang aku. I know ianye masalah kite orang dan sepatutnye kite orang kene selesaikan sendiri. But thing is, why adik dia khabo gitu? Aku tahu dia nak aku tahu pasal tu. Tapi entah lah. Malas aku nak amik tahu. So aku patut setelkan hari n...

Tiba Tiba Krisis

Image
- Assalamualaikum - Aku tak tahu nak cakap ape ni. Aku betul betul speechless dengan tunang aku. Aku tahu setiap kali dia bercuti dia pakai duit dia sendiri. Aku tahu dia kumpul duit sendiri. Aku tahu semua tu. Tapi tadi aku sengaja up status dekat facebook aku pasal mudah mudahan rezeki aku bertambah tahun depan. Lepas tu tiba tiba tunang aku mesej cakap dia dengan mama dia tak minta pon duit sesiapa untuk pergi bercuti bla bla bla. And then tiba tiba adik dia pon komen cakap bende yang sama. Damn. Terus aku gile gile bad mood. Aku tak ada mood langsung nak taip apa apa. Nak cakap apa apa pon aku malas gile. Last last ape aku buat, aku malas nak cari pasal, aku terus unfollow dia punye facebook and mute whatsapp. Tu cara paling mudah untuk aku nak elak bergaduh dengan orang. Mute. Dia tahu kot aku satu satunye orang yang tak boleh cakap bende yang betul sebab aku ada istilah mulut masin yang buatkan aku tak berani nak cakap apa apa. Ape yang aku cakap, ianye jadi sebaliknye dekat aku...

I Do Something?

Image
- Assalamualaikum - Aku rasa hubungan aku dengan tunang aku ni dah lebih setahun kami berkenalan dan lagi beberapa bulan je lagi sebelum kami nak mengikat tali ikatan hubungan antara kami ni. Ye la tak lama lagi kami akan jadi suami isteri tapi lagi beberapa bulan je lagi. Tak lama pon. Tapi kan, selama ni aku tak pernah pon dengar suara dia menangis atas sesuatu sebab. Aku cuba nak dengar sebab apa dia menangis. Adakah aku melakukan sesuatu bende yang tak baik dibelakang dia. Adakah ada cerita apa apa yang tak sedap pasal aku? Aku pon tak tahu sebenarnye. Aku cuba nak tahu sebenarnye punca dia menangis, tapikan dia tak nak juga bercerita. So aku tak tahu nak buat apa. Bila aku cuba bercerita pasal ini itu, dia still tak nak dengar, so ape je aku nak cerita dengan dia sampai dia lega. Tapi aku sengaja nak bercerita itu ini sebab tak nak dia bersedih lagi and aku cuba nak buat dia tersenyum ke apa ke. Tapi entahlah. Aku tak berjaya buat dia tergelak. Tapi kan, macam mana nak buatkan pe...

Lagi 2 Hari Tapi Esok Last

Image
- Assalamualaikum - Pejam celik pejam celik.. Ehhhh esok hari kedua terakhir sebelum tamatnya berpuasa. Dan malam esok adalah malam terakhir terawih. Huhu. Ruginye kalau tak buat solat terawih. Tapi betullah, rugi. Aku pon sebenarnye rugi kali ni sebab aku tak dapat jaga 2 hari terawih aku disebabkan aku malas sangat nak solat hari tu. Rugi gila. Tapi tahun ni raya aku sama macam tahun tahun sebelum ni. Sebab malam raya pertama kedua aku kerja. Raya aku dalam office. Tapi okaylah tu. Korbankan je la. Demi masa depan demi menghalalkan insan aku sayang, aku sanggup walaupon usaha aku ni tak sesakit macam dia. Dia lagi dasyat buat kerja walaupon sebenarnye aku yang patut buat semua tu, tapi entahlah. Jiwa pemalas aku ni, buatkan aku malas nak buat kerja lain. Huhu. Malam ni agak agaknye dapat ke aku tidur dengan nyenyak ek? Sebab dah dua hari aku susah nak tidur ni. Yang pastinye aku dapat kawal tidur awal tadi. Kalau aku tidur lepas maghrib tadi, abislah aku. Su...

Makin Lama Makin Dekat Tarikhnye

Image
- Assalamualaikum - Rasa macam scary pulak bila memikirkan masa untuk aku menamatkan zaman bujang aku ni makin dekat. Tapi kalau nak diikutkan, baguslah aku tamatkan zaman bujang aku ni, sebabnye aku dah malas nak bercinta dengan cinta yang sementara. Dan aku harap harapkan perkahwinan ni akan berkekalan sehingga akhir hayat aku.  Hehe. Ye la aku sedar kot diri aku ni siapa dan aku bersyukur dapat insan yang sudi terima aku seadaanye. Bukan tak kata yang pernah bercinta dengan aku terima aku seadaanya, aku bersyukur dapat mengenal bekas bekas kekasih aku sebelum ni. Tapi jodoh tak berpanjangan. Walaupon dulu ada yang aku sangat gila, tapi sudah ditakdirkan bukan jodoh aku walaupon kenal punya lama dan bercinta lama lebih 2 tahun. Akhirnye yang aku berkahwin ni kenal tak sampai tak sampai setahun, tapi mungkin kerana jodoh, kami bertunang. Kalau tak silap, masuk bulan ni tak cukup setahun lagi kot. Bulan depan ke bulan 7 tak silap baru cukup setahun perkenalan ...

Gaduh

Image
- Assalamualaikum - Semalam aku balik kerja, dah sampai rumah semua, aku mesej la tunang aku macam biasa. Borak punya borak. Sentuhlah isu pasal kahwin nak buat kenduri semua. Tapi kalau dah okay pon, kerajaan tetap tak bagi buwt perhimpunan atau kenduri kan selama 6 bulan. So borak punya borak, dia kata kalau dah okay, buat je la kenduri. Still nak juga la ni. Lepas tu dia adalah cakap nak gelang kahwin. Cincin tak nak sebab dah dapat cincin masa tunang. Dekat sini aku mula angin sikit. Yela, gelang kan mahal. Aku takut aku tak cukup duit je nak kumpul duit sekali dengan gelang. Nak kahwin, tapi gelang mahal gila. So aku cakap lah, beli cincin sekali supaya matching sekali dengan aku. Kalau dah beli gelang nanti, cuma aku je la yang pakai cincin nanti. Dia tak pakai. Tu pon if duit ada. Kalau tak ada, maybe mampu beli gelang je, cincin tak ada. So tak payah la nak beli cincin aku, beli je la gelang mahal dia. Entah aku tak tahu kenapa aku angin gila masa tu. L...

Dah 6 Hari

Image
- Assalamualaikum - Hari ni hari ke 6 kita berpuasa. Dan Alhamdulillah aku masih dapat menjaga puasa aku dan solat terawih. Aku harapkan ramai  orang dapat jaga bersama. Bukan selalu kan berpuasa. Setahun cume sebulan je berpuasa dan ada solat terawih. Rugilah kalau tak jaga kan. Hahaha. Sejak hari tu aku mesej someone untuk tanyakan khabar dan nak kepastian tu, aku dah tak kene kacau lagi dengan asyik ingat dekat dia. Dunno why, aku tak buat apa. Tibe tibe je ingat kat dia. Tapi tak apalah. Behave. Jaga yang depan mata ni. Walaupon duduk berjauhan. Tapi kalau tak jaga hati tak jaga perasaan, emm tah la apa la jadi dengan hubungan kami ni. Tapi yang pasti, bila dua dua dapat restu, bersyukurlah. Jaga solat jaga agama. Insya’allah Allah akan bantu kita. So sebut pasal puasa ni, aku tak tahu apa jadi dengan berat aku. Dah turun ke tak ek. Nampak macam tak. Tapi harap harap ada perubahan la kan. Haha. Ehhhh dah jam 5 petang. Aku kene siap siap. Kejap lagi aku...

Aku Setelkan Semua

Image
- Assalamualaikum - Kalau tadi aku cakap aku asyik diganggu dengan asyik mengingat ex aku. Tadi aku try mesej dia dan aku guna old trick buat dia annoying. Aku sengaja buat semua tu. Aku nak kepastian satu bende. I know she hate me. So aku nak tahu la if she do the stupid thing like the other do. Tapi Alhamdulillah aku betol. She not doing that things. Why? Because she berpegang pada ajaran Islam. Tak buat bende bodoh. Aku minta maaf lah tiba tiba contact dia. But i tell her about the truth things. Tapi aku tak ada pula nak cakap lebih daripada tu. Nanti disalah sangka, mati aku. Tapi disebalik ape aku buat tu, aku perlukan satu kepercayaan yang dia tak buat kerja gile tu. Bila selidik selidik dia memang tak buat. How? I ask her about that? Noooo. Aku cakap la ikut gaya lama aku. The Annoying Style and the result sangat puas hati. Dia tak buat. So apa yang buatkan aku asyik ingat nama dia. Rupa dia. Perangai dia. Semuanye punca daripada hasutan syaitan. Syaita...