Posts

Showing posts from November, 2018

Excident Dekat Plus

Image
- Assalamualaikum - Balik kerja pagi tadi, aku memang dah pening pening lalat. Biul otak beb sebab tak cukup tidur. Lepas tu balik je rumah, teros tidur. Bangun bangun je dah azan Asar. Oh my. Aku lewat dah nak balik umah mak long aku. Kelam kabut beb. Cepat cepat aku mandi mandi, then siap siap terus. Solat Asar and Qada’ Zohor sebab aku terlepaskan waktu kan. So abis je solat semua, aku terus kemas kemas then gerak balik Labis. Dalam syok syok bawak motor tu, masa sampai dekat lebuhraya Plus, aku stay je bawak tapi laju la jugak. Then tak lama tu, hujan lebat pulak. Memang lebat gile. Nampak putih je. Lepas tu apa lagi, aku slow la dan kebetulan masa tengah bawak tu, ada kemalangan melibatkan lori terbakar, tapi masa tu aku tak sampailagi dekat tempat lori terbakan, boleh kata dekat tengah tengah masa tu, aku ikut laluan belah kiri dekat laluan biasa motor lalu tu, tapi makin lama makin kecik jalan tu sebab lori besar besar masuk jalan tu se...

Super Sleepy

Image
- Assalamualaikum - Aku rasa aku sangat sangat mengantuk gile. Semalam aku dapat tidur 2 jam je. Lepas tu jam 10 pagi member aku call and bagitau ada kerja part time. Aku dah reject semalam tapi kawan aku ajak jugak. So aku tak dapat tidur dan aku bangun mandi mandi lepas tu teros siap siap pergi ke location part time. Lepas tu, tadi abis je kerja part time tadi, hampir hampir maghrib jugak la. Nak balik umah memang tak ada masa la kan. So aku solat maghrib dulu then teros gerak ke office sebab aku kerja malam. Aku dapat je tidur tadi jam 10 malam ke 12 tengah malam. Kejap je tidur sebab aku ada kerja yang aku kena siapkan before abis shift aku ni. Dan sekarang niaku sangat sangat mengantuk. Aku rasa balik nanti aku akan balik dan tidur dulu. Petang sikit baru aku gerak ke labis. Tapi tak tau la aku akan bangun jam berapa. Adessss. Serius aku tengah longlai gile gile ni. Aku nak solat subuh jap. Lepas tu aku amik masa tidur kejap. Mengantuk beb...

Plan Oh Plan

Image
- Assalamualaikum - Biasanya aku tak ada perancangan untuk 1 minggu dan aku memang malas nak merancang apa yang aku nak buat dalam minggu tu. Sebab risaukan apa yang dirancang itu tak menjadi. Tapi tak pe, sebab yang merancang itu aku, bukan orang lain. Jadi all my plan, i will try not to spoil it. Sebabnya kan this week aku nak pergi ke Labis. Sebab my cousin kahwin this Saturday 1hb ni. Disebabkan itu anak mak long aku dan aku pulak tak dapat datang atas urusan kerja, jadi aku kenelah datang awal. Bantu bantu apa yang patut dan jumaat pagi nanti aku nak kene chow cepat sebab anak anak mak long aku akan datang balik kan. Maybe hari Khamis, mereka semua dah balik kot. Tengok la macam mana. Aku tak nak menyusahkan mak long pak long aku.  Aku datang awal ni pon sebab aku serba salah sebab tak dapat datang kenduri my cousin. Lagipon aku ni kira manja juga la dengan mak long pak long aku. That why aku cadang datang awal and balik awal. Balik aw...

Kucing Bijak (No Picture)

Image
- Assalamualaikum - Sekarang ni mungkin masa yang sesuatu untuk seseorang yang putus harapan untuk membuat keputusan yang bijak. Bagi aku la kan, buat je. Tapi don’t asking me. Sebab aku memang tak layan bende bende macam ni. Hahaha. Yang aku kenal pon boleh aku ignore, ni kan yang tak kenal. Hahahaha. Tapi kalau aku yang kene, aku buat bende yang baru je. Tak payah cari yang lama lama ni. Bukan apa, ingat bende yang lama lama ni buat sakit kepala je. Lagi lagi aku ni jenis susah nak percaya dengan orang yang senang gile percaya dengan orang lain ni. Go la. Syuhhhh syuhhhhh syuhhhh. Hahaha. Okay ni pasal kisah kucing kedai yang aku biasa sangat makan kat kedai makan yang selalu singgah ni. Al kisahnya, bila aku sampai ke kedai makan ni, biasanya aku akan cari cari kucing kucing dekat kawasan kedai tu. Sebabnya ada la sekor kucing ni, masa aku tengah dapat makanan, masa itulah dia muncul. So jadikan ceritanya, baru baru ni aku makan lagi dek...

Should I???

Image
- Assalamualaikum - Hampir sebulan lebih jer lagi aku nak menyambut hari jadi aku. Every year same event aku lalui. Nothing. But next year maybe aku nak lakukan something untuk meraikan hari jadi aku. Tapi aku tengah fikir ape aku nak buat untuk diri aku. Ape yang aku nak beli. Or maybe i should go travel to Langkawi? Or go Miri? Emm. So sad kan. Tapi tak apa. This is the way i should do without anybody help. Biar some people said that pria look so lonely and so sad. Pria mean lelaki okay. So this pria will do for himself this time. But what should i do ek? Emmm 🧐

Nothing Can Do

Image
- Assalamualaikum - Aku paling lemah bab nak percayakan orang. Sebab aku tau bila aku percayakan orang, in the end orang tak akan percayakan aku. Even kalau aku suruh orang buat cerita bohong pasal aku pon, ada je orang akan percaya cerita mitos tu. Lepas tu bukan nak tanya aku pon, senyap senyap je. Bila mesej, buat tak tahu pulak. Memang aku tau la kepercayaan orang tu hanya sekadar bualan di mulut je, dalam hati, hancus. Bukan aku tak nak percayakan orang, tapi 5% je la. Yang lebih lagi 95% tu, aku tak caya langsung. Semua tu propa je. Tapi apa apa pon, i glad everything is over. Hahhaha.

Kerja Weiiii

Image
- Assalamualaikum - Aku paling suka bekerja. Kerja untuk pengalaman. Untuk dapat duit saku lebih. Tapi walaupon aku suka kerja, bende yang wajib aku tak kan la lupa kot. Yang penting aku kerja, aku tau kerja tu macam mana. For the future, aku tak ada masalah lagi kalau aku kene buat bende yang sama suatu hari nanti. Hahaha. Yang penting duit tu aku dapat guna untuk saat saat yang sesuai nanti. Hahaha. Tapi buat masa ni aku tengah plan untuk bina sebuah kedai. Jadi untuk tu, aku kene kumpul dulu duit yang agak banyak. Bukak warung pon dah okay dah. Tapi itulah, wang masih belum cukup. Adesss 

Penat Beb

Image
- Assalamualaikum - Pengalaman event semalam memang terbaik. Penat pon penat beb. Yang dasyat punya tu, kene jaga 5 ribu orang semalam. Tapi task aku simple je mula mula. Lepas tu aku kene pindah jaga pintu masuk keluar artis mat salleh pulak. Sebenarnye ada je orang dekat sana. Tapi sorang tu tah menghilang ke mana tah. Tak pasal pasal aku kene jaga situ. Dah la boring pulak tu. Hahaa. Tapi kan disebabkan itu first time aku pergi kerja macam tu, aku rasa best juga la. Sebabnya kan banyak bende kau dapat belajar masa buat keje tu. Aku kerja security je. Tapi bila tengok event semalam, kau akan tau banyak bende tau tanpa kau sedari. Tapi kan walaupon aku punye tempat berkawal tu boring, aku dapat tau masuk concert tu free. Dapat joins juga. Paling best tu, aku dapat improve my english. Sebab bila aku join riuh dekat concert tu, ada la beberapa minah and mat salleh asking me about where they can buy alcohol la, and many more. Hancus pon they still...

Another Dream Come Truei

Image
- Assalamualaikum - Syukur Alhamdulillah sekali lagi Allah telah memberi aku peluang untuk aku buat kerja part time menjadi salah seorang crew event. Sebenarnya aku sangat excited hari ni sebab petang nanti aku akan buat kerja ni. Kerja aku menjadi bodyguards artis luar negara. Wowww. Aku bukan fans artis ni tapi dia adalah artis yang kawan aku minat dia sejak sekolah dulu. Aku ada ajak kawan aku tadi, tapi dia lewat. Dan rezeki kerja ni berpihak pada aku dan aku dapat kerja ni. Working hour aku start jam 3 petang ni sampailah 1 pagi. Hahaha, lewat kan. Bab gaji tu, aku tak nak bercerita sebab secret. Tapi yang penting nya pengalaman. Ni paling penting. Hahaha. Tapi apa apa pon, tengok esok la macam mana. Heheehe. Sebab apa yang jadi nanti, aku pon tak tau. So tunggulah esok. Hahaha. Apa apa pun, syukur sebab dapat peluang bekerja dalam bidang ni. Alhamdulillah. 😁😁😁

Bila Hati Terlalu Excited

Image
- Assalamualaikum - Aku serius dah buat kesilapan besar sekarang ni. Disebabkan aku dah merancang sesuatu perkara yang lama lagi, hati aku menjadi tersangat sangat excitement dan buatkan aku menjadi susah nak tidur. Kalau ikutkan perancangannya, aku nak rancang belikan hadiah untuk diri aku bulan January 2019 ni. Tapi tah tak tau kenapa hati ni menjadi tersangat sangat excited nak cepat pulak. Dan itulah kesilapan aku. Kalau ikutkan aku memang dah tau dah aku memang tak boleh terlalu excited sangat tapi itulah aku terlupa. Sekarang ni aku pulak yang payah nak tidur. Dah jam 4 pagi dah. Aiyooooooooo. 🤣🤣🤣

Itu Lain Laa

Image
- Assalamualaikum - Banyak banyak perkara la kan, bende aku paling benci adalah gaduh dan marah. Sebab 2 bende ni kalau kita follow cakap dia, sorry weiii kau tak kam dapat kawal diri kau lagi sebab masa tu yang tengah kawal diri kau adalah syaitan. Sebab bila kau tengah marah, dia yang simbah minyak dekat kepala kau, bagi berapi lagi api kemarahan kau. That why aku tak suka marah marah. Setakat bende biasa yang boleh buat aku marah ni, aku mampu tahan marah lagi. Tapi kalau dah terlampau marah sangat macam semalam sampai mengigil tangan aku dibuatnye, aku akan cuba bertenang selagi boleh dengan istighfar dan aku cuba lagi tenang lagi walaupon aku tahu masa itu marah aku ni dah macam mana rasanya. Setakat bila orang maki maki aku atas kesilapan aku, aku tak marahkan orang tu, aku marahkan diri aku. Bila ada orang yang aku suka tiba tiba mintak putus, aku tak marah tapi aku relax sebab aku tahu apa yang jadi itu ada asbabnya dan dia bukanlah jodoh...

Aku Tak Pernah Marah

Image
- Assalamualaikum - Aku tak pernah marah sampaikan aku merasakan tangan aku mengigil gigil. Dan tadi aku betul betul marah bila orang cakap aku ni bodoh pelupa bagai. Selama ni bila orang cakap macam tu dekat aku, aku tak balas apa apa sebab aku tau maybe aku salah. Tapi bila aku cakap bende betul, orang masih nak bertekak dengan aku sebab aku salah dan macam biasa bodoh pelupa. Aku memang angin gila tadi. Sekarang ni aku masih rasa lagi tangan aku mengigil sebab marah gila. Aku tak pernah rasa macam ni sejak sekian lama. Aku rasa last aku marah macam ni sejak aku darjah 5 dulu. Tu pon aku benggang sebab orang pukul aku lebih daripada had kesabaran aku. Tapi kali ni aku benggang marah gila aku pertahankan apa yang betul tapi orang cakap aku salah. Serius aku benggang gila. Dan aku melepaskan geram aku dekat sini sebab kalau aku ikutkan hati aku, hati akan aku akan dihasut syaitan. Aku tak nak. Sebab tu aku lepas ni. Arghhhhh 🤬🤬🤬

Yeayy. Bebas Hutang

Image
- Assalamualaikum - Semalam adalah hari yang terbaik aku. Mana taknye. Semalam adalah ari aku membuat sesuatu untuk hutang yang aku bayar selama ni. Ni hanya tinggal a few step sahaja before aku nak selesaikan hutang aku ni. Lepas ni aku akan hidup bebas hutang. Fuhhh lega beb. Bukan apa beb. Aku tak sanggup nak stay lama lama beb. Sebab kalau diberi rezeki untuk berkahwin nanti, aku tak pasti adakah aku mampu ke bayar sama banyak yang biasa yang aku bayar ni? Emm. Hutang yang aku maksudkan adalah hutang ptptn. Bayangkan bila aku kawen nanti dan pasangan aku juga ada hutang ptptn jugak? Pehhh banyak beb nak bayar. Tak sanggup den. Tak sanggup. Biarlah aku sakit sebab nak selesaikan hutang aku ni dulu. Tapi bukan hutang orang. Aku tak sanggup weiiii nak fikir pasal nak bayarkan hutang orang campur sekali hutang aku weiii. Banyak tu aku tak sanggup weiii. Tapi apa apa pun, starting next month, aku dah tak ada hutang dah. Aku bebas hutang weiiii. Ak...

My Girl Girl Hate Me

Image
- Assalamualaikum - Baru beberapa hari my girl girl balik dari klinik vet, dia dah tak tengok aku dah. Sebab pada dia akulah punca gigi gigi dia kene cabut semua. Tapi aku tak salah, sebab anything happen to my sis cat, my sis suruh hantar diorang dekat klinik. Tapi tak tahu pulak bila hantar tu, girl girl kene cabut gigi pulak. Kalau cabut pon, ingatkan 1 ke 2 je gigi kene cabut tu. Tapi tak pula expect lebih dari tu or semua except gigi taring je. Now my girl girl dah tak mahu aku sentuh dia lagi. Huhuhu. Tapi nak buat macam mana kan, girl girl dah tak suka aku sentuh dia, so aku give up la nak sentuh dia. This problem same like other people juga sebenarnye. Sebab aku dah penat sebenarnye nak fikirkan masalah orang je. Ada setengah orang aku tau what they thinking but I don’t want to know about it. Biarlah orang anggap aku bodoh ke ape sebab tak nak fikir apa masalah dia. Masalah aku pon orang tak tau. So nak buat apa aku tau masalah orang....

Tukar Phone Baru?

Image
- Assalamualaikum - Sejak aku tinggal di Selangor ni, ada member member aku cakap aku hidup di bandar ni serba mewah. Alhamdulillah. Amin. Mudah mudahan. Tapi kan sebenarnye itu fakta yang salah sebenarnya. Aku tak hidup dengan serba kaya pon. Aku banyak ikat perut je. Badan aku naik pon sebab aku rajin memasak je. Bukan aku suka makan dekat luar pon. Aku suka makan apa aku yang memasak. Lagi sedap. Hahaha. Orang tak tau aku ni pernah je tak ada duit nak beli makanan. Tapi berkat skill yang Allah berikan dekat aku, duit yang sikit tu aku beli bahan mentah dan masak je dirumah. Dekat situ je aku dah berjimat beberapa duit untuk survive sehingga duit gaji masuk. Syukur Alhamdulillah duit gaji yang ada ni aku boleh lagi menabung. Dan every time gaji masuk, aku cepat cepat asingkan duit untuk membayar apa yang wajib aku setelkan termasuklah duit makan minum dan duit minyak aku. Tu pon duit makan dan duit minyak tu aku campur sekali. Tapi itulah, ...

Guna Syaitan Untuk Laku Jualan?

Image
- Assalamualaikum - Bila orang cakap ada orang gunakan syaitan untuk melariskan jualan mereka, aku cuma tahu kalau kita datang kedai tu dan kita rasa was was nak makan situ, so bacalah ayat ayat syifa dan ayat kursi. Tapi ternyata aku noobies bab bab ni. Ada cara lagi mudah nak kesan rupanya mana kedai kedai yang guna ayat pelaris ni. Tapi aku tak nak tunjuk gambar. Tapi ada je orang post gambar ayat pelaris tu dekat google. Search je la. Okay la. Bila sebut pasal ni, mesti orang expect aku tau kan. Yup aku baru tahu malam tadi. Hahahaa. Dan aku tak sangka aku pernah makan dekat kedai kedai yang ada guna ayat pelaris ni. Eeeee yukkk. Tuiii tuiiii. Aku tak ingat kedai mana yang aku pernah nampak yang guna bende tu. Tapi yang aku ingat tu, aku ada nampak satu kedai ni dia buat frame gambar lukisan kartun orang pakai kain jenazah bersama ayat ayat macam Al-Quran. Aku expect maybe orang kedai tu nak mengingati mati. Tapi aku silap. Itu rupanya salah...

Cabut Gigi

Image
- Assalamualaikum - Selama ni aku ingatkan haiwan dengan manusia ada berlainan antibody. Yela, aku ingatkan jika haiwan ada mengalami gigi patah, gigi mereka akan tumbuh balik. Tapi semalam aku baru tahu yang mereka ni sama sahaja macam manusia. Ada gigi susu dan gigi kekal. Kalau gigi kekal dah patah, so patahlah. Tiada gigi palsu nak tampal lagi dah. Aku saje sebut pasal ni sebab semalam aku ada pergi ke klinik vet dekat area gombak semalam. Sebab kucing kesayangan aku sakit tak boleh makan selama seminggu lebih. So nak jadikan ceritanya, masa aku sampai je samalam, my girl memang dah bising gila sebab diantau aku datang semalam agaknya. Bila aku dekat dengan dia, uishhhhh manja betul dan dia macam cakap dia tak nak stay klinik la. Ni bahasa kucing. Aku tak paham la. Tapi dari gaya dia cakap tu, macam tu la maksudnye. Tak lama lepas tu doc datang dekat aku and khabar dekat aku yang my girl aku kene cabut semua gigi kecuali gigi taring kelmarin. Wowww...