Posts

Showing posts from May, 2020

Lagi 2 Hari Tapi Esok Last

Image
- Assalamualaikum - Pejam celik pejam celik.. Ehhhh esok hari kedua terakhir sebelum tamatnya berpuasa. Dan malam esok adalah malam terakhir terawih. Huhu. Ruginye kalau tak buat solat terawih. Tapi betullah, rugi. Aku pon sebenarnye rugi kali ni sebab aku tak dapat jaga 2 hari terawih aku disebabkan aku malas sangat nak solat hari tu. Rugi gila. Tapi tahun ni raya aku sama macam tahun tahun sebelum ni. Sebab malam raya pertama kedua aku kerja. Raya aku dalam office. Tapi okaylah tu. Korbankan je la. Demi masa depan demi menghalalkan insan aku sayang, aku sanggup walaupon usaha aku ni tak sesakit macam dia. Dia lagi dasyat buat kerja walaupon sebenarnye aku yang patut buat semua tu, tapi entahlah. Jiwa pemalas aku ni, buatkan aku malas nak buat kerja lain. Huhu. Malam ni agak agaknye dapat ke aku tidur dengan nyenyak ek? Sebab dah dua hari aku susah nak tidur ni. Yang pastinye aku dapat kawal tidur awal tadi. Kalau aku tidur lepas maghrib tadi, abislah aku. Su...

Makin Lama Makin Dekat Tarikhnye

Image
- Assalamualaikum - Rasa macam scary pulak bila memikirkan masa untuk aku menamatkan zaman bujang aku ni makin dekat. Tapi kalau nak diikutkan, baguslah aku tamatkan zaman bujang aku ni, sebabnye aku dah malas nak bercinta dengan cinta yang sementara. Dan aku harap harapkan perkahwinan ni akan berkekalan sehingga akhir hayat aku.  Hehe. Ye la aku sedar kot diri aku ni siapa dan aku bersyukur dapat insan yang sudi terima aku seadaanye. Bukan tak kata yang pernah bercinta dengan aku terima aku seadaanya, aku bersyukur dapat mengenal bekas bekas kekasih aku sebelum ni. Tapi jodoh tak berpanjangan. Walaupon dulu ada yang aku sangat gila, tapi sudah ditakdirkan bukan jodoh aku walaupon kenal punya lama dan bercinta lama lebih 2 tahun. Akhirnye yang aku berkahwin ni kenal tak sampai tak sampai setahun, tapi mungkin kerana jodoh, kami bertunang. Kalau tak silap, masuk bulan ni tak cukup setahun lagi kot. Bulan depan ke bulan 7 tak silap baru cukup setahun perkenalan ...

Gaduh

Image
- Assalamualaikum - Semalam aku balik kerja, dah sampai rumah semua, aku mesej la tunang aku macam biasa. Borak punya borak. Sentuhlah isu pasal kahwin nak buat kenduri semua. Tapi kalau dah okay pon, kerajaan tetap tak bagi buwt perhimpunan atau kenduri kan selama 6 bulan. So borak punya borak, dia kata kalau dah okay, buat je la kenduri. Still nak juga la ni. Lepas tu dia adalah cakap nak gelang kahwin. Cincin tak nak sebab dah dapat cincin masa tunang. Dekat sini aku mula angin sikit. Yela, gelang kan mahal. Aku takut aku tak cukup duit je nak kumpul duit sekali dengan gelang. Nak kahwin, tapi gelang mahal gila. So aku cakap lah, beli cincin sekali supaya matching sekali dengan aku. Kalau dah beli gelang nanti, cuma aku je la yang pakai cincin nanti. Dia tak pakai. Tu pon if duit ada. Kalau tak ada, maybe mampu beli gelang je, cincin tak ada. So tak payah la nak beli cincin aku, beli je la gelang mahal dia. Entah aku tak tahu kenapa aku angin gila masa tu. L...