Posts

Showing posts from 2019

Ikat Perot Jom

Image
- Assalamualaikum - Aku rasalahkan duit simpanan yang selama ni aku simpan sangat sangat mencukupi, tapi nampaknye aku kene belajar kagi untuk mengikat perut dan tambah lagi part time aku. Walaupon aku tak tahu berapa jumlah hantaran aku kene bayar nanti, baik aku prepare lagi. Hahahaha. Mana tak nye, sejak aku tahu pasal beli online ni, ada je bende aku nak beli. Singgah kedai handphone, nampak casing yang sesuat untuk phone holder aku, ada je aku nak beli. Nampak earphone yang sesuai boleh pakai atas motor, aku beli juga. Tapi bukan bende mahal la. Murah murah je aku beli. Semuanye bawah rm50. Hahaha. Tapi start esok, aku kene stop. Kumpul duit. Next years aku pastikan aku dah kawen. Siapa jodoh aku, tu aku tak tahu. Yang penting sekarang, kumpul duit. Apa apa pon, aku buat dulu perancangan awal sebelum bende ni nak jadi nanti. Haha. Esok aku ada part time, so esok dapat duit nanti, aku simpan dalam bank teros. Good luck to myself. Hahaha. Kene cakap sendiri...

Lepas Meeting Punye Cerita

Image
- Assalamualaikum - Hari ni aku cuti sebenarnye. Tapi aku ada meeting bulanan dekat office. So aku pergi la office. Tapi dalam perjalanan, aku sakit perot pulak. Problem gile. Nak tak nak kenelah lepas hajat dulu. Lepas tu barulah boleh teruskan perjalanan. So apa yang berlaku dalam meeting tak kan aku nak cerita kat sini kan. Hahahaha. Habis habis je meeting, aku punye manager, nampak la sebuah motorbikes kat office dan ianya kepunyaan kawan aku. Lepas tu, tak lama keluar la owner dia. Dan manager aku bagi cadangan nak pergi ride dengan geng geng motorbikes ni. Yela. Yang ada motorbikes pon ada 5 orang termasuk manager aku. So dia cadang kalau nak ride, buat group rahsia. Dan diorang akan ride la ke mane. Aku dengarpon macam syok je. Nak je follow. Tapi itulah. Diorang semua motor cc besar. Aku kecik je. Hahaha. Tapi boleh la kot follow diorang. Tapi kesian pulak kene follow speed aku nanti. Hahaha. Tapi tah laa. Aku maybe la kot tak follow diorang kot. Diora...

When I Lose To Trust U

Image
- Assalamualaikum - Bro, aku tak pernah bila berkawan dengan seseorang, aku akan hilang kepercayaan pada dia. Orang baru maybe la kot. Tapi kau kawan aku punya la lama. Aku cayakan. Tapi itulah, kata kata kau tu buatkan aku hilang kepercayaan pada kau. Maybe aku teruk tapi aku percayakan kau. Tapi itulah, susahkan nak dapat member baik baik ni. Alkisahnye bila hilangnya kepercayaan itu, aku mula jauhkan diri dari kawan aku. Dah la aku malas nak kata apa apa. Sebab aku dah tak percaya. Sebab pada aku, ada kawan yang aku anggap dia real, akhirnye menjadi fake. Semua itu ilusi semata mata. Aku tunggu kau, tapi aku dapat satu ayat dalam diri kau je. ANNOYING.  Tapi tak apalah, disebabkan aku ni mister ANNOYING, aku decide nak tarik diri daripada kenal pelakun macam kau. Kau hebat. Dan aku tarik diri jadi kawan kau. Dan aku buang segala galanya. Jadi anggap je la, ni last story 2019 yang aku pernah ceritakan pasal kau bro. Mudah mudahan kau lebih bahagia ...

Rezeki Kau Lain Rezeki Aku Lain

Image
- Assalamualaikum - Aku faham maksud kata kata yang orang cakap dekat aku, lagi lagi daripada seorang kawan wanita yang aku kenal lama. Aku tahu tapi aku lebih suka jadi PEMBARIS daripada buat yang sebaliknye. Tapi biarlah, masa pon sudah abis, kenapa aku nak fikirkan lagi bukan. Dan aku tak tahu kenapa still ada nak sangat aku ni dipersalahkan daripada apa yang pernah dia buat. Well boys never right. Woman always right even though they know they are actually wrong. Tapi tak apa la, bila semua berpisah, aku pon pilih perpisahan dan buang je la ape yang perlu. Even aku ada tulis dalam calender aku, aku buang je. Malas nak ingat. Hahahahaha. Menyemak je. For future even pon aku dah delete. Okay la tu kan aku pilih move on daripada aku biarkan dalam memori handphone aku kan. Apa apa pon, setiap orang rezekinye lain lain. Aku lain korang lain. Kita meneruskan kehidupan dengan cara lain lain. Tak sama pon. Yang buatkan kita sama, kita still hamba Allah dan tidak melupak...

Bila Dah Terbiasa

Image
- Assalamualaikum - Cukup cukup merepek pasal orang dah tak ada. Biarkan hidup mereka aman dan sentosa. Aku tak nak disebabkan diorang pernah menjadi kawan aku, diorang ada lagi dalam memori aku. Cukup cukup la diorang dah keluar dari memori aku. Hahahaha. Aku nak cerita tentang my life tentang jentera berat ringan yang biasa aku bawa sekarang. Aku tak faham dengan diri aku ni, sejak aku bawa jentera berat ni, kadang aku ada perasaan riak, angkuh dan kadang dalam masa sama aku ada perasaan rendah diri juga kadang bila bawa biasa. Tapi itulah. Aku tak tau kenapa perasaan ni muncul. Adesss. Tapi sejak aku bawa jentera berat ni, aku perasan 3 jari aku jari telunjuk, jari hantu dan jari manis aku untuk kedua tangan aku ni, dua dua kebas. Aku tak tahu nak buat macam mana. Mungkin la kot sebab bila hujan aku tak pakai glove, so jari aku sejuk dan kebas dalam masa yang sama masa tu, jadi jari pon terus kekal kebas masa tu. Huhu. Sabar je la. Hurmmm. Tapi kan bila baw...

Diam Aku Bersebab

Image
- Assalamualaikum - Aku banyak berfikir sejak beberapa bulan tentang ada beberapa isu yang aku fikir aku malas nak ambil point sangat isu tu. Tapi bagi orang lain, bende tu tak ada apa la nak difikirkan. Aku pon setuju. Sebab bagi aku, if anybody can do it, why not me. So okay je la. Hahahaha.  Ianya pasal kawan je. No big deal la. Sebabnye aku fikir, should i keep friend with guys that not mean want to be my old friend. Should i ignore the guy yang dulunya kawan aku sejak sekolah dulu dan patut ke aku ignore dia sebabnye susah gile nak contact dia bila nak cakap dengan dia. Tapi dia tahu aku ni senang nak dicari bila diperlukan. So bila difikirkan habis habisan, aku ignore je la manusia macam tu. Aku dah tak peduli pon dengan kelibat manusia yang diibaratkan seperti bunian ni. So apa nak jadi jadi je la. Hahhahaa. Ada juga manusia ni, aku tak tahu apa masalah dia, aku rase selama aku berkawan, aku tak ada la nak layan orang teruk teruk. Tapi tah la, biarlah...

Asyik Cancel Jer ( Panjang Tau )

Image
- Assalamualaikum - Maaf lambat. Hari tu lepas balik daripada rides, aku sangat sangat penat. Mana tak nye weiii. Daripada selatan ke utara lepas turun balik tapi tak jauh la. Lepas dalam perjalanan balik, kene naik balik. Then lepas tu baru lah aku balik rumah. Serius penat weiii. Tapi yang sangat memenatkan bila apa yang kau plan dengan kawan, plan tu tak jadi pulak buat. Pulak dah. Tapi serius. Seminggu sebelum tu memang dah rancang habis nak ke sana. Ke Kari Kambing 40 Hari dekat Yong Peng. Tapi yela. Motor aku ni cc nya kecik, tak besar. So lajunye pon tak seberapa la sangat berbanding cc yang besar. Jadi kelajuan tu tak seberapa dengan aku ni yang baru upgrade cc motor aku, jadi walaupon dah pulas abis, kelajuannya mampu pergi setakat 150 ke 160 km/h. Tapi motor yang cc tinggi daripada aku, tak perlu cakap la. Mereka bawa 190 km/h sampai hilang aku kat belakang dibuatnya. Tapi lepas tu dia perlahan balik dan stop tepi. Berhenti dan bincang balik sama ada nak t...

Mari Mari Ride Weii

Image
- Assalamualaikum - Pagi ni aku akan travel naik motor aku ke kluang. Ke sebuah tempat makan yang agak femes. Orang johor mesti tahu punya la kalau aku cakap aku nak ke Yong Peng esok pagi. Aku pergi dengan motor baru aku. Aku join dengan geng geng motor besar esok. Ni first time aku join kembara ride bersama dengan rider riders yang lain. Biasanya kalau aku kembara kemana mana, aku biasanya akan travel seorang diri. Tapi disebabkan member aku yang ajak, aku join je la. Hahahahaha. Nak kata motor aku laju macam mereka, memang tak la. Motor aku ni biasa je. Janji lepas la untuk aku berjalan jauh. Still boleh bersaing la. Cumenye aku tak boleh bawa laju sangat la. Aku ni penakut sikit. Hahahhaa. Apa apa pon, pagi ni aku nak kene bangun awal. Dan nanti nak kene ada dekat seremban jam 9 pagi nanti. So aku nak tidur sekarang. Ps: aku banyak kali nak update story. Tapi setiap kali aku nak update story, aku tak ada idea nak update ape. So kali ni, aku akan update sto...

Tukar Angin brooo

Image
- Assalamualaikum - Dulu punye cerita, bila aku start sayang seseorang, aku selalu bagi yang terbaik. Kalau boleh aku nak kan seseorang tu. Tapi kalau aku je yang bagi semua tu, tapi aku kene pijak je. So why not aku ubah je. Aku buat hal aku, aku buat apa yang nak. I give all my best la for my self. In the end, somebody came to my life. Doesn’t even look who i am. Know what i busy with. Try to understand. So in the end, aku buat keputusan sehabis mungkin. Aku request dekat orang tu untuk aku jumpa family dia untuk minta kebenaran dan restu untuk aku teruskan berkawan dengan anak dia. Dan aku dapat. Iaitu baru baru ni. Parent dia merestui aku untuk berkawan dengan anak dia sehingga aku ready untuk join keluarga dia. Happy tu jangan cakap la. Aku daripada dulu kalau nak dapatkan lesen hijau untuk teruskan berkenalan dengan anak dia, aku cukup happy bro. Mana tak nye, aku buat semua tu adalah nak family dia tahu yang aku ni macam mana. Dan siapa anaknya berkawan...

Tukar Tukar

Image
- Assalamualaikum - Emmm. Maaf lama tak update. Semalam aku balik kampung aku sebab ada bende aku nak bincang dengan parent aku. Well, ni bukan pasal kawen, tapi ianya pasal motor aku. Aku bagitahu parent aku yang aku nak nak tukar motor. That why aku balik kampung. Ada juga reason aku balik kampung sebab aku rindu suasana kampung. Tapi bab bab tukar motor ni, walaupon aku dah besar panjang, aku still bagitahu sebabnya motor yang aku guna sekarang ni atas jasa diorang juga. So that the reason why aku kene bagitahu juga dekat mereka yang aku kene cakap pasal bende ni. Aku nak restu. Walaupon motor yang aku nak beli nanti buatkan mereka jadi lagi mara. Jadi aku senyap senyap dulu dan minta je restu untuk tukar motor. Sebenarnye agak lama juga aku fikir nak tukar motor ni. Tapi you know what, aku berbelah bagi. Sebabnye motor ni dibeli dengan cash. Tanpa hutang. Dan sudah semestinye motor yang aku akan beli nanti juga akan berhutang. I know that well. Tapi aku ada se...

Aku Tak Layak

Image
- Assalamualaikum - Aku sudah lama memikirkan masa depan aku. Adakah aku layak ke nak bersama dengan seseorang yang aku suka? Mampu ke aku jaga anak orang. Sebab aku risau dengan diri aku ni dengan serba tak lengkap, cuba untuk memikul beban dan tanggungjawab ke atas diri anak orang lain. Aku tahu diri aku macam mana. Aku berani je nak mencuba semua tu, tapi dalam masa yang sama, aku juga takut sebenarnye. Aku takut selepas aku pegang tanggungjawab tu, aku takut aku gagal. Aku tak adalah mempunyai ciri ciri yang orang inginkan. Sebab aku tahu diri aku macam mana. Tapi why people see me like I’m good enough to them. Ini kadang buatkan aku takut. Aku takut setelah orang nampak diri aku sebenar, aku takut aku akan mengecewakan diri orang. Tapi apa apa pon, kali ni aku akan cuba jaga sehabis baik cinta aku pada seseorang. I will try my best. Walaupon sebelum ni aku dah cuba, tapi aku gagal. Tapi kali ni aku akan cuba lagi. Tak kira la macam mana pon, aku akan cuba. ...

Aku Testing Jer

Image
- Assalamualaikum - Baru baru ni aku ada testing satu products ni. Kalau nak ikutkan hati aku la kan, aku malas je nak ambil product lagi. Lagi lagi yang ada peoduct melibatkan product kurus ni. Yela, aku kan montel. So sasaran tu ramai la. Jadi aku terjumpe product ni, aku nak buktikan yang sebenarnye aku tak ada masalah pon dengan diri aku ni. So aku pon cuba la product ni. Nama dia MyFiber. 😒 Ni bukan nak review pasal product ni, sebab product ni tak berikan aku kesan apa apa pon. Kecualilah sakit perut. Itu je. Lemak aku sama je banyaknye. Nak kata kurang, tak. Nak kata bertambah tak. So ape yang nak katakanlah ek, product ni dengan aku, tak beri kesan apa apa pon. Sebab sebelum ambil product ni, berat aku steady je. So lepas ambil product ni, sama je kesannye. Cumenye product ni macam yang aku cakap tadi la, just sakit perot je. Hahahahaha. So ape yang aku nak katakan la, sebenarnye aku tak caya pon product macam ni. Ni testing je. Sebabnye aku naik menyam...

Bukan 1 Tapi 2

Image
-  Assalamualaikum  - Kalau aku cakap bende ni, orang akan cakap aku gila. Comfirm punya la orang akan cakap aku gitu. Sebab bende yang aku buat semua ada bersebab. Iyalah. Nak tahu? Okaylah. Semalam 10 September bersamaan hari isnin jam 3.30 petang, aku nak keluar. Dah siap siap ni, aku pon macam biasa la, aku nak keluar. Dah kunci pintu ni, dah tutup, aku pon nak mangga dekat grill. Masa ni aku baru perasan aku tak bawak kunci. Pintu dah tertutup. Mampus. Aku terkurung. Dalam rumah tak ada orang. Yang ada kucing. Akak aku kerja. So aku terkurung ni. Tak fikir panjang, aku pon gune badan aku tolak pintu. Berjaya masuk tapi bende dalam bulatan merah tu rosak sebab aku tolak kuat dan dia jem. Ape lagi. Aku pon buka la tombol pintu dan keluarkan dende dalam bulatan tu. Kemudian lepas aku keluarkan, aku pasang balik tombol pintu semula. Yela, kalau biarkan nanti, ada yang cuba pecah masuk rumah aku nanti. Sebab dia tahu pintu rumah aku tak berkunci. Tapi yela...

Mahu Tapi Sabar Beb

Image
- Assalamualaikum - Maafkan aku sebab sudah lama aku tak menaip cerita dalam blog aku ni. Banyak kali sebenarnye aku nak menaip story aku setiap malam. Tapi ada gangguan sikit. So aku banyak kali miss. Adessss. Tapi tak apa. Kali ni aku akan perbaiki sikap aku yang suka sangat terbabas ni. So tengok la macam mana. Aku akan cuba elakkan bende ni jadi lagi. Haha. Dunia ni makin lama makin maju dan bumi makin tenat. Bukan tenat dengan pencemaran je, tapi tenat dengan perangai manusia yang suka ambil remeh je dengan keadaan bumi. Tu baru remeh, jangan cakapkan pasal diri yang tamak. Termasuk diri aku juga la. Kadang lebih mementingkan diri sendiri je. Tapi bila sebut pasal tamak, tak semestinya pasal duit tau. Ni pasal dunia kelajuan. Laju sangat nak data. Laju sangat nak internet. Tapi bila slow, maki hamun beb. Hampeh. Tapi sekarang banyak yang bijak pandai ada weiii. Apa lagi hacker laa. Macam aku juga la. Walaupon aku suke bende yang laju, tapi kadang kelajuan...

Too Many Things

Image
- Ass alamualaikum - Minggu ni banyak gile bende berlaku. Hari isnin ari tu 12hb akak aku motor dia kene curi dengan budak bangsa melayu remaja. Motor kriss je pon. Ape la si bodoh tu nak sangat dengan motor tu. Aduhhhh. Pencuri zaman sekarang dia memang suka nak hidup di alam neraka rasanya. Sebab apa yang dia buat ni, serius tak akan dimaafkan. Sebab ni antara dosa manusia dengan manusia. Dan selagi tak dapat balik motor tu, dosa dia tak akan dimaafkan. Aku bukan pendendam tapi kalau dia buat macam ni dah menyusahkan hidup orang, satu sahaja solution boleh bagi, jangan maafkan apa yang dia buat. Simple. Nak setel, simple, pulangkan motor dengan elok tak rosak, dan mintak maaf. Simple je. Lepas tu hari rabu aku cuti lagi sebab aku dah amik cuti kan untuk balik raya haji hari tu tapi nak buat macam mana, disebabkan kes macam tu, plan aku nak balik kampung terbantut. Keesokkan harinya, aku kerja macam biasa tapi tah tak tahu apa cerita, badan aku tiba tiba naik dem...

Dia Fluffy Aku Chubby

Image
- Assalamualaikum - Gaduh gaduh itu biasa jika tiada perkara yang boleh menyakitkan tubuh seseorang. Dan Jika pergaduhan itu boleh menyebabkan seseorang itu mendapat dosa yang banyak, baik salah seorang mengalah jer. Nanti kalau berterusan, emm dosa je dapat. Rugi beb. Dan aku sudah tentulah pilih yang mengalah sebab aku tak suka bergaduh dan cari cara untuk berpisah yang tiada sebab kau akan cari aku balik dengan sebab. Aku cari cara weii sehabis yang mungkin. Hahahahaha. Tapi disebalik pergaduhan ini, ada satu pergaduhan ni aku tak boleh nak mengalah. Iaitu dengan kucing aku ni. Ishhhh. Dia suka duduk dekat bilik akak aku. Lagi lagi kalau akak aku ada. Dan bila akak aku balik kerja, dia akan baring dekat dekat dengan akak aku. Yang buatkan aku geram dengan kucing aku ni, setiap kali aku nak ambil dia je, atau datang borak dengan akak aku dekat bilik je, dia lari masuk bawah katil. Sorok daripada aku. Ishhhh anti betul dia dengan aku. Hahahahaha. Tapi kan bil...

Date 1st Time

Image
- Assalamualaikum - Hari ni aku ada date dengan orang. Agak nervous juga la. Sebab bila date dengan orang yang pertama kali aku face to face ni, aku jadi nervous sebab i know about my self dan aku tahu kelemahan aku. Memang aku boleh cakap dengan orang macam biasa tapi dalam hati aku nervous sebab aku takut orang tak suka diri aku ni. Yela. Chubby kan. Tak handsome lagi. Berlagak pulak tu. Hahahaha. Aku date ni, nobody know about this. Kalau kawan aku tahu, dia akan cakap aku playboy sebab jumpa awek sini sana. Padahal yang ni seorang je yang terbaru aku jumpa. So aku tak bagitahu kawan aku la. Hahahaha. Kang sibuk dia nak facetime aku pulak. Hahahahaha. Tapi kan, aku tak tahu kenapa, aku rasa nak date ni, aku rase hati tak sedap je. Ini bukan la melibatkan orang yang aku nak jumpa tu, tapi bende ni macam ada something buatkan aku lemah pulak. Yela. Kalau diikutkan la, biasanya aku akan update story lepas something aku sudah buat bende tu. Tapi kali ni, macam ma...

Oh No Babe

Image
- Assalamualaikum - Okay sekarang ni aku boleh assumes diri aku sangat lemah. Lemah dekat bende pedas tapi still suka bende pedas. Muak dengan games tapi nak tak nak aku main juga games. Banyak yang aku sudah mula tak sentuh lagi. Tapi kadang kadang je aku akan sentuh balik. Macam anime dan manga itu lain. Aku memang masih layan lagi. Tapi games dan makanan pedas ni aku mula kurangkan. Hahahaha. Aduhhh. Tapi apa apa pon, muak macam mana pon, aku tak boleh nak muak sangat kan. Games tu biasa laa. Tapi makanan tu aku boleh ekjaz lagi. Hahaha. Adesss. Apa la cerita pasal stalker tu ek? Aku rasa sekarang ni dia sudah bebas. Hopefully la dia mula bahagia without stalker this blog. Dah tak ada apa apa maknenye nak stalker blog ni. Lagi lagi bila aku sudah tak ada contact number dia. Bende aku sengaja buang. Nanti kalau tak buang, nanti aku dikatakan masih stalker lagi. Hahaha. Okay la. Esok kerja malam lagi. So pagi ni ada banyak mission aku nak kene buat. Barang ...

Awek Garang Aku?

Image
- Assalamualaikum - “Aku doakan semoga kau dapat awek yang garang. Baru kau tahu awek garang tu macam mana. Baru kau tahu awek garang tu kalau dia marah kau, baru kau tahu dia kucing ke singa. Hahaha” Hahahahaha. Itulah ayat kawan aku semalam. Alkisahnya aku gurau gurau cakap pasal dia takut bini dia sebab bini dia macam harimau. Silap hari teruk dia kene cakor. Hahahahaha. Disebabkan bende tu la kawan aku cakap gitu dekat aku. Dan aku cakap la bab awek garang ni mustahil akan muncul dekat aku. Kalau ada, boleh ke dia control aku dan guna sikap garang dia tu dekat aku? Mustahil boleh. Hahahahaha. Sebab aku tahu aku dengan singa tak kira garang macam mana pon, dia tak akan boleh guna garang dia dekat aku. Hahahahaha. Sepanjang kawan aku cakap dengan aku tu, aku cakap la, kalau ada la awek gitu mampu buatkan aku takut dengan dia, memang aku tabit la. Sebab bagi aku, mustahil ada awek boleh buatkan aku takut dengan dia. Hahahahaha. Kalau ada la kan, aku akan bota...

Pedas Dan Aku Tak Serumpun

Image
- Assalamualaikum - Sejak baru baru ni, aku dah buat keputusan untuk uninstall 2 apps dalam handphone aku. Apps yang aku rasa jarang jarang sangat pakai tapi pakainye bila ada bende je nak buat. Tapi akhirnye apps tu terbiar gitu je. Jadi aku pon buat keputusan untuk uninstall je 2 apps tu. Skype dan Instagram. Aku just guna untuk baca news aku guna apps facebook dan chrome je. Yang lain guna juga la, cumen2 apps tu je jarang jarang guna. Jadi aku pon uninstall je. Hahaha. So jangan cari aku dekat sana. Dah tak ada maknenye dah. Hahaha. Sebut pasal pedas, semalam mcd ada release new menu kan. Ayam goreng mcd 3x pedas. Aku nak beli awal awal ni memang tak la kan. Sebab aku tahu ramai sangat yang berebut nak merasa. Tapi disebalik menu ayam goreng tu, ada 1 menu baru juga. Tapi untuk breakfast je la iaitu nasi lemak mcd. Dan yang ini la aku nak cerita pasal menu ni. Sedap gile wei. Tapi ada juga warning aku nak bagi. Hehehe. Sebabnya nasi lemak ni bukan calang cal...

Kau Pasti Berjaya

Image
- Assalamualaikum - Kebiasaannya bila someone yang aku kenal then lama kelamaan aku couple dengan dia then after a few year or month couple, got issues, and then we break, that girl confirm akan berjaya dalam hidup dia. Dah banyak dah aku tengok ex aku yang berkejaya hebat hebat belaka. Tapi aku tengok sekali je la. Lepas tu aku delete la memori tu. Hahahahaha. Buat apa aku nak tengok lama lama kalau dia dah bahagia dengan life dia, then aku still stalker dia? Nonsense wei. Banyak bende lain boleh buat daripada aku stalker dia. Hahaha. Tapi kan, bila difikirkan balik kenapa aku banyak break dengan ex ex aku ni adalah sebab aku banyak sangat bagi peluang dan berfikiran terbuka dan akhirnye aku sendiri boleh dipijaknya. Tapi tak apa la, cukup ler aku melayan dan memberi layanan yang seeloknya sebagai manusia yang tak kira duit poket. Tapi bukan sampai nak membeli itu ini la. Hahaha. Kau marah aku buat lawak. Aku marah? Jarang jarang dibuatnya.  Tapi semua tu...

Gurauan Punya Pasal

Image
- Assalamualaikum - Orang yang dekat dengan aku biasanya tahu aku ni kuat menyakat dan bergurau dengan orang. Tapi gurauan aku tu macam biasalahkan ada had had dia. Aku bergurau lepas tu aku cakap dekat orang tu aku bergurau sebabnya aku suke tengok muka orang gelak ketawa. Yela. Kalau selalu muka masam tak ada senyum ketawa, boring doh cakap dengan dia. Hidup ni kene la ceria juga. Kalau tak, mudah stress nak datang dekat diri tu. Tapi aku rasa aku punya gurauan semalam agak melampau sikit. Tapi nasib baik kawan aku paham diri aku macam mana. Sebab kadang kadang kan, kalau aku tak mengusik kawan aku, nanti aku juga yang kene balik. Sebab dalam opis aku, ramai juga yang suka membalas gurauan aku. Hahaha. Tapi kan, ada 1 je masa yang aku tak akan bergurau, masa ada boss aku. Sebab aku pernah kene sound sekali je masa aku bergurau dengan kawan aku dulu. Lepas dari hari tu, aku malas nak bergurau depan dia. Bukan touching, tapi dia jenis serius punya orang, jadi tak se...

Kalau Terpaksa Aku Buat

Image
- Assalamualaikum - This time aku percaya aku tak ada stalker lagi sejak aku bagi ayat menyakitkan hati dekat stalker aku dulu. Bukan aku sengaja nak menyakitkan hati dia. Aku rasa baik dia jangan stalker aku sebab aku ni bukan ada apa pon nak di stalker kan sangat. Apa yang aku ada sampai buatkan orang nak stalker? Ig aku dah public. Facebook public. Whatsapp pon sama. Buat rugi je nak stalker aku. Tapi kan, kalau sudah terpaksa buatkan aku nak menyakitkan hati orang, aku akan buat demi kebaikan berdua. Lagipon kalau aku berlembut sangat, nanti dia makin rapat dengan aku. Jadi memang elok pon aku guna 1 word tu dah cukup buatkan dia tak mencari aku. Bukan apa, nak cakap aku selalu maki hamun, tak ada pon. Ajak berjalan, tak ada pon. Ajak ringan ringan, tak ada pon. Aku selalu ajak bende baik je. Suruh solat la. Jangan buat perkara sia sia la. Kuat menyakat la. Tapi semua tu tak cukup memuaskan hati orang. In the end, gunung meletus, bukan sekali tapi banyak kali, l...

Weak Hearts

Image
- Assalamualaikum - Bende ni sebenarnye aku dah discover dah beberapa hari yang lepas. Tapi saje nak tengok hari hari sama ke bende ni berlaku, ataupon cuma hari tu je yang berlaku. Tapi bila buat bende sama, aku buat conclusion pasal bende ni. No matter what happen, bila dikejutkan, aku kene bangun. Kalau tak, i will die. Tapi setiap reason itu, aku mesti bangun dengan alasan nak solat. Kalau tak, aku akan rasa biasa. Bende ni funny? Sorry. Bende ni lah yang berlaku sejak beberapa hari ni. Bila aku tak nak je bangun, aku akan mengadap bende yang menakutkan. Dan yang pastinye, jantung aku akan jadi lemah. Sebabnya aku tak solat. Only for the reason aku tak bangun solat, aku akan rasa macam ni. Maybe not me feel like this, maybe same thing with other people. Tapi bende ni tak boleh dibuat main. Asalkan aku bangun dan solat, hati aku akan jadi normal balik tapi kalau aku malas dan aku melawan, siap la kau merase bende ni. Tapi aku pilih jangan melawan la. Sebab ma...

Can I Be Ur Friend?

Image
- Assalamualaikum - Nak berkawan ni bukan susah pon. Lagi lagi bila nak berkenalan dengan new friend. Yang susah tu kalau diri sendiri susah sangat nak buka mulut untuk bertanyakan sesuatu. Tapi it’s okay. Nak berkawan bukan mudah untuk cakap boleh tak menjadi kawan saya. Biasanya nak menjadi kawan, mesti ada 1 topik akan ditanya sebelum nak menjadi kawan. Bila lama lama tu, barulah tanya pasal nama. Lepas tu barulah menjadi kawan. Tapi ini bukan nak cakap pasal cara nak menjadi kawan. Hahahahaha. Tapi ini susahnya untuk lelaki menjadi kawan kepada perempuan. Ada yang positif ada juga yang negatif. Dan dah tentulah negatif ni payah sangat nak menjadi kawan. Tapi never mind, setiap yang susah tu ada penyelesaiannya. Tak menjadi kawan tak apa, bertegur sapa pon dah okay dah. Dan itulah cara untuk aku berkenalan dengan seorang kawan ni. Cuma kawan je, tak lebih lagi. Mana tahu, jika ditakdirkan jodoh, Alhamdulillah. Kalau tak, jadi kawan pon okay apa. Hahahahaha. ...

Die In Sleep ( VIDEO )

Image
- Assalamualaikum - Mungkin apa yang aku ceritakan kali ni, maybe ada yang cakap aku mengarut. Mungkin ada yang kata mainan mimpi. Mungkin kata aku banyak berfikir. Mungkin mungkin. Tapi setiap kali aku terjaga daripada tidur aku, aku selalu tengok masa, tengok kipas dan sebagainya. Sebabnya aku teringat satu cerita tentang video detik detik kematian. Sebuah video pendek dibuat oleh orang arab. Video ni sudah lama dibuat. Tapi video ni selalu bermain setiap kali aku tak boleh nak tidur. Pendek kata la kalau aku terjaga mengejut. Aku akan feel bende yang sama macam dia. Setiap kali aku ingat cerita ini, aku merasakan suatu hari nanti aku akan meninggal dunia macam ni. Aku takut sebenarnye. Tapi mati itu pasti. Dan aku tak tahu bila, tapi aku merasakan masa aku tak lama. Sebab aku selalu nampak gambaran macam ni banyak kali dalam beberapa bulan ni. Makin kerap, makin buatkan aku takut dengan dosa dosa aku. Allahuakbar. Ni videonya. Aku cari dekat youtube. Dan aku j...

Watching You

Image
- Assalamualaikum - Walaupon aku ni jarang bermesej dengan orang, tapi aku ni suka stalkers orang. Ada a few people aku stalkers just nak tahu cerita dia setiap hari. Walaupon kadang tak ada apa apa update dalam story dia, but aku akan stalkers je. Tapi kalau dalam sebulan tu masih tak ada update, aku dah tak stalkers dah la kan. Haha. Stalkers jenis aku ni, bukan la setiap masa aku nak stalkers pon, kalau aku rasa nak tengok, aku tengok la. Kalau tak, aku tak ingat pon pasal tu. Cuma ada la yang aku tahu aku memang tak dapat stalkers dia,  aku tak buat apa apa pon. Tapi aku doakan orang tu sihat sihat belaka. Tak lebih daripada tu pon. Ye la. Life aku pon aku yang jaga seorang, tak kan la aku nak sibuk hal orang selalu. Hahahahaha. Nampak sangat aku tak ada life gitu. Hahaa. Tapi dalam beberapa orang tu, cuma seorang je aku akan stalkers dia dulu. Tapi aku tak pernah cakap. Cuma aku selalu sombongkan diri aku daripada cakap bende bende gini. Sebabnya kan, s...

Fight NEGATIVE 👎 Search POSITIVE

Image
- Assalamualaikum - Dalam persahabatan, aku kau mereka kita saling memerlukan. Tak semestinya nak ajak makan kene berjumpa. Tak kisah la apa jua keadaan, kawan mesti akan cari kawan. Kalau tak mencari kawan, akan ada seorang kawan tanpa dijemput akan datang. Kawan kepada kesunyian. Aku tahu sebab aku biasa buat. Dan kawan tu akan menghasut kau buat apa jua bende dia nak. Kalau boleh, nak gadai diri kau pon boleh. Lepas tu daripada kau insan normal sihat, kau akan jadi hamba dia. Hamba yang dipanggil depression. Ehhh depression lain. Dia sebab kau kemurungan akibat bende yang negatif. Chop chop. Sebenarnye permulaan depression pada pendapat aku, sebab diaa tak meluahkan isi hati dia dekat orang dan tidak cuba untuk memberitahu pada orang lain. Kalau boleh dia nak pikul je masalah tu dekat diri dia seorang seorang. Ehhh seorang? Ye seorang diri. Dan bila seseorang tu bersendirian, akan masuk seorang kawan super duper negatif dalam diri dia a.k.a jins. Syaitan. Ak...

Kenapa Masih Lagi Dengan Blog

Image
- Assalamualaikum - Aku tak salahkan orang yang dulunya ada blog and then lama lama dia tinggalkan blog dia sebab bosan dan rasa kuno bila main blog. Itu hak dia nak berhenti main blog. Sebabnya kebanyakkan orang main blog dulu nak follower ramai. Aku pon pernah buat bende sama. In the end, aku stop buat bende alah tu. Sebab aku faham blog aku ni tak ramai orang yang baca dan blog aku ni just story aku je. Story merapu aku setiap hari yang aku buat. Sejak aku main blog ni dulu, aku ada matlamat aku sendiri. Aku nak jadikan blog aku ni tempat aku lepas apa yang terbuku dalam hati aku. Biarlah tak ada pembaca. Ini story aku dan kisah perjalanan hidup aku. Someday blog ni akan mati sendiri tanpa diberitahu. Sebab habisnya story aku tu, mean sama dengan perjalanan hidup aku. Tapi itulah salah satu purpose aku masih kekal dengan blog aku. Kisah pahit manis duka suka semuanya aku tulis dekat sini. Mungkin ada yang aku sorokkan, tapi aku akan ceritakan sedikit dalam setiap...

Hai OA!!!

Image
- Assalamualaikum - Dalam banyak banyak company trip aku pernah pergi, aku pernah terpikir aku akan pergi ke kelas bahasa mat salleh. Tapi ni kelas untuk membalas email dan pertuturan dalam bahas English. For me berbaloi la untuk aku walaupon kelas ni ibarat aku masuk study balik masa belajar dulu la. Aku lemah bahasa english ni. Dan aku selalu nak sangat fasih bertutur dalam bahasa english. But you know right, my friend all malay and always speak in malay. Dan bila silap je, hahahha itu yang akan kau dapat. Bukan nak perbetulkan ke ape ke. Adesss. Back to main story, kelas ni fun sebenarnya. Orang yang mengajar ni happy go lucky. So terbaik la cara dia mengajar. So sampai satu topik ni, dia cakap la, cuba tulis cerita pendek macam saya mahu mandi bunga kemudian translate dalam bahasa english satu persatu. Jadinya ayat tu akan berbunyi macam ini. SAYA MAHU MANDI BUNGA = I  WANT BATH FLOWER  Ini malay to english. Dalam kelas tu ada orang cina, in...

Nice Relaxing Trip

Image
- Assalamualaikum - Kali ini punya company trip memang terbaik la. Tengok la dekat mana punya kawasan. Haha. Pagi and petang join activity dalam tentatif yang disediakan. Tapi malam, haaa, bebas je activities nak buat apa. Tapi pada aku, paham paham la aku suka activity yang macam mana kan bila tiba waktu malam. Sebab dekat sana malam malam ada show, then habis je show ada dance dance like disco. Ramai enjoy la. Tapi aku tak biasa lagi join activity macam tu, so aku tak join pon selama 2 malam dekat sana. And then dekat tempat menari tu, ada satu bar, boleh order apa saja yang nak, tapi bukan semua air ada la. But my friend selamber jer minta alcohols sebab dekat bar tu free je. Order je la. Tapi aku tak berani la nak order for fun sebab aku takut kesan minum tu. Sekali dah terminum, habis la. Lupa diri je, good bye to ur mind. Sebenarnye aku nak bercerita panjang pon aku tak reti. Sebab banyak la activity yang aku nak join tak dapat sebab tutup. Kawan aku pon. Ta...

Hari Yang Dinanti Nantikan

Image
- Assalamualaikum - Alhamdulillah. Lama menunggu akhirnya tiba jua masanya. Hari yang aku nak sangat pergi dan tiba sudah harinya iaitu hari ini hari Jumaat 21 Jun 2019 aku pergi company trip weiii. Tahun lepas sengaja tak nak pergi. Tapi tahun ni aku nak pergi sebab company aku pergi tempat yang aku tak berani pergi. Sebab mahal weiii. Aku bercuti dekat sana sampai ahad je pon. 3 hari 2 malam. Haha. Tapi tak apa. Bende best. Mesti pergi weii. Haha. Tapi kan, aku harap harap kepala aku tak buat hal. Sebab baru baru ni kepala aku sakit sangat. Tak tahu apa masalahnya. Tapi hopefully aku dapat enjoy semua aktiviti. Hehe. Okay. Need sleep. Okay chow. Haha 🤣 🤣🤣

Menyumpah Weii

Image
- Assalamualaikum - Aku rase kan, aku akan menyumpah kalau aku tak ikut company trip kali ni. Sebabnya kan, yang kali ni walaupon dekat malaysia, tapi tempat dia gempak dan 5 star. Sebab ianya adalah dekat club med. Search la tempat tu. Serius aku boleh jadi gila kalau aku dengar cakap makhluk yang cakap dengan aku, dekat dalam Malaysia je pon. Tak apa, tak payah pergi pun tak apa. Kumpul duit. HALOOO. Gila apa aku nak pergi seorang dekat sana untuk enjoy. Sebab sana mahal gile. Dan aku rasa kalau aku nak pergi seorang, weiii banyak kali weiii aku fikir bende tu. Nak tidur hotel pon cari hotel budget, inikan pula nak bercuti dekat sana. Weii, kau anak orang kaya tak apa wei. Bercuti sana sini. Makan sana sini. Duit keluar macam air kau tak kesah. Tapi aku, weiii tak mampu weiii. Mau aku menangis berhari hari sebab banyak gile duit keluar just for 3 days. Uishhhh. Tak mampu weii aku nak pergi weiii. Memang la bercuti dalam malaysia kalau company bawa, tak berbaloi ba...

Item Received. Ehhh Motor?

Image
- Assalamualaikum - Walaupon pagi tadi aku dah dapat hadiah tu. Tapi ada yang berlaku sepanjang hari ni. Aku jenuh nak menjawab dekat orang nama orang yang yang memberi barang dekat aku. Aku tak ada masalah pon nak menjawab soalan tu semua. Yang aku malas tu, dari pagi sampai tadi, asik mention nama tu je. Hahahahaha. Tapi tak apa. Aku balas je. Don’t worry, aku ni boleh dibuat gurau lagi. Bukan serius sangat pon nak menjawab semua bende. Hahahahaha. Motor yang dimaksudkan tu bukan orang tu dermakan motor dekat aku. Kaya betul sampai bagi motor dekat aku. Hahahahaha. Tak ada la. Ni kawan aku, suruhnya aku beli superbike. Katanya senang nak balik kampung. Itu betul tapi aku tak yakin itu sebabnya. Aku tak suka jadi hamba hutang. Jadi aku malas nak berhutang. Cukup la hidup aku yang serba kekurangan ni. Biar tak cukup tapi bersyukur apa yang ada. Merungut kadang kadang itu biasa tapi yang sampai menyalahkan diri dan life kau. Nak pikat orang guna superbike ni, bagi aku...

Barang Dah Sampai

Image
- Assalamualaikum - Aku baru dapat mesej daripada aku ada barang baru sampai. Aku tahu satu barang dalam tu barang apa. Tapi kawan aku cakap ada barang lain. Dia kata kaca? What.. Barang apa pulak yang ada kaca ni. Adess. Tapi tak apa la. Esok aku kerja, aku tengok ler barang apa yang sampai tu. Kawan aku nak buka, tapi aku tak bagi since aku pon tak tahu barang apa dalam tu. Hahahahaha. Apa apa pon, my beloved item sudah sampai. Bende kesayangan aku guna sejak bertahun dah pon sampai. Jadi esok tengok ler macam mana. Anyway aku tak ada la excited sangat, sebab aku benci kerja pagi. Hahahahaha. Aku lebih suka kerja malam. Hehe. Tapi kan, this week ada bende best yang akan berlaku, iaitu aku akan ada company trip starting hari jumaat ni sampai ahad. Tak jauh pon. Dalam malaysia juga. Penuh dengan aktiviti air. Hahahahaha. Okay laa. Need to sleep. Hehe. Chow.

Do What The Best Things

Image
- Assalamualaikum - Kadang kala give up tu lagi baik daripada melawan. Sebab nye bila melawan ni, akan lagi menyukakan perasaan orang yang melawan tu. Aku benci bende tu dan biasanya aku malas nak cakap apa. Lepas tu aku mute handphone aku. Biar dah reda sikit, baru aku on balik. Sebab aku suka berdiam diri daripada banyak bercakap. Dan aku akan pilih bende yang boleh memulihkan keadaan. Kalau perlu aku pergi dari situ, aku akan buat. Bukan kerana lurus bendul tapi api dan api tak boleh nak padamkan. So jadilah air. Bende boleh bersabar, kita bersabar. Jangan serabut. Aku paham bila orang dalam mood marah marah. Jadi aku akan pilih diam sebagai pilihan aku. Nak gaduh nak bertumbuk, buatlah. Tapi jangan melampau sampai memfitnah. Tu aku tak cakap apa apa. Cuma jangan kerana mulut orang difitnah tu, kehidupan orang tu menjadi susah. By the way, kerana ni juga la aku single. Hahahahaha. Aku tak suka bende yang merumitkan kepala otak aku. Kalau asik cakap bende sama je ...

Semalam. Dan Hari Ini

Image
- Assalamualaikum - Alhamdulillah. Hari ni tamat akhirnya perjalanan aku di Johor. Walaupon ada je beberapa plan asalnya nak buat, tapi tak jadi nak buat. Atas faktor faktor masa dan cuaca. Tapi fun juga la. Wahh hampir ngomongnya dalam bahasa indon jadinya. Ni mesti terjebak ikutan cakapnya mas evan dari Hobby Makan. Hahaha. Syok tengok channel tu. Semua channel dia mampu buat orang terharu atas perbuatannya. Hahahahaha. Okay la. Back to story semalam. Semalam jam 10 pagi dah gerak dah nak ke muar. Tapi sebelum nak ke muar, kami pergi ke galeria Bukit Kepong. Banyak juga buat aku kagum dengan askar melayu dulu. Tapi bila sampai je dekat part weapon, aku jadi kenal semua senjata tu. Ye la, dah biasa main game tembak menembak, jadi tahu la tu weapon apa, ini weapon apa. Haha. Tapi bila masuk part penjara, wahhh scary. Kalau masuk seorang seorang terasa la. Haha. Oh ye, masuk galeria ni percuma je. Tak bayar pon, percuma je. Hehe. Tapi abis je tengok tu, kiteorang pon...

Soalan Tu Lagi Weii

Image
- Assalamualaikum - Syukur Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah mak long aku hari ni. Walaupon ada plan yang buatkan aku tak dapat buat, but it’s okay. Esok boleh buat. Dan cadangnya esok teruskan perancangan yang hari ni batal tapi esok buat. Insya’allah. Mudah mudahan menjadi laa. Hahahahaha. Hari ni pon tak jadi buat plan asal sebabnya hujan. Dan kerana tu la aku cancel kan perjalanan aku nak ke muar. Hehe. Tapi tak apa. Walaupon cancel, esok boleh pergi lagi. Dan esok juga cadangnya nak pergi sungai gunung ledang dan melawat tempat pra sejarah di bukit Kepong. Aku tak pernah pergi sana, so tak tahu apa cerita esok. Haha. Tapi tadi ada orang tanya aku pasal jodoh. Aku menjawab la dengan hati yang tenang dan normal. Aku cakap la, jodoh saya sekarang tengah final years. Nak presentations dekat lecture nanti. So dalam bulan 8 baru abis. So nanti dalam bulan 9 baru jumpa parent dia. Merisik. Haha. Aku jawab gitu. Simple dan padat. So tak ada la diorang nak tanya...

Travel to Johor

Image
- Assalamualaikum - Hohoho. Aku terlepas masa untuk post new story. Ingatkan nak tulis new story dalam jam 12 tengah malam tapi aku dah pon tertidur lepas Isyak. Adesss. Tapi tak apa. Sekarang ni pon dah pon terjaga, somdapat la aku tuliskan apa aktiviti aku nak buat esok. Sebab esok aku akan travel lagi tapi bukan aku seorang je yang pergi tapi kali ni aku akan pergi dengan adik aku. So aku kene la tengok dia hari ni. Hehehe. Today plan aku akan pergi ke Muar, just nak melawat kawan poli aku je kat sana. Beraya kejap then aku terus balik ke Labis untuk melawat mak long pak long aku dekat sana. Biasaanya kalau cuti lama lama ni, aku biasanya memang akan set dalam percutian aku untuk ke rumah mak long pak long aku ni. Sebabnya mak long aku ni selalu buatkan aku ingat dengan arwah atok esah. Bila nak balik je, dia akan cium dua dua pipi aku sambil nangis. Macam tu la arwah atok esah buat dulu. Tapi bukan tu je alasan aku pergi rumah mak long pak long ni. Ada alasan la...

Yesterday Is History, Today Is New Story

Image
- Assalamualaikum - Disaat saat aku tengah cuba melelapkan mata, idea banyak pulak yang datang menyinggah di dalam otak aku membuatkan susah nak tidur. Ianya bukanlah story yang aku nak update, tapi ianya adalah kata kata merepek yang datang kat aku untuk meluahkannya. Nothing more nothing less. But disebalik kata kata itu, dia buatkan otak aku mengimbau cerita lama yang sudah basi. Yang tidak akan kembali dan tidak akan datang menjenguk. Hahaha. Maybe ada kot kata kata ni, tapi ni la yang muncul dekat aku tadi. Hehe. ************************************************************ Yesterday is history for today new story for your future. ************************************************************ What done is done, but never make same mistake for your future. ************************************************************ Learn from past to make new story for future. ************************************************************ Thinking about bad past is not...

Sempoi Je

Image
- Assalamualaikum - Alhamdulillah. Syukur selamat sampai ke rumah parent aku tadi lepas maghrib. Kalau ikutkan boleh je sampai sebelum maghrib tadi. Tapi aku fikir better aku solat dulu dekat masjid jempol sebab aku sampai sana pon jam 7 malam tadi. Alang alang dah sampai situ, aku tunggu kejap untuk solat maghrib dan jama’ Isyak sekali lepas tu. after solat baru selese sikit nak solat. Tapi tak sangka lepas solat tu, baru nak naik motor, aku jumpe ex class aku tadi. Borak borak kejap. Lepas tu aku pon teruskan perjalanan balik. Tapi tak lama tu, hujan pulak. Habis basah dibuatnye. Nak tukar baju hujan pon masa tu fikir tak perlu sebab nak buat apa pakai baju hujan kalau dah basah. Alang alang dah basah, biarkan je la. Hahhahaa. Dan Alhamdulillah sampai juga tadi. Dan kat umah aku, tak sangka akak aku dari kuantan ada dekat rumah ni. Masih bercuti katanya. Aiyooo. Lama betul dia cuti. But tu tak kesah laa. Yang pasti tadi sampai rumah je, bilik air aku cari dulu d...

1 Week Holiday

Image
- Assalamualaikum - Oraittttttt.. Finally cuti seminggu aku dah pon start sejak hari ini. Yahuuuuuuu. Tapi so sad, sebab aku cuti disaat saat semua orang dah balik bandar untuk bekerja dan aku baru je start nak bercuti. Hahahahaha. So sad but aku okay je sebab aku dah ada plan baik punya untuk aku punya cuti kali ni. Hahahaha. By the way, pagi ni aku akan balik kampung dulu. Maybe jam 10 pagi aku baru bertolak. Sebab sebelum tu aku nak mengemas barang kejap. Sebab aku tak usik apa apa pon lagi. Hahahahaha. Tapi perjalanan aku kali ni, aku akan menyinggah dulu dekat rumah sedara aku dulu rasanya. Itu ikut pada masa dan waktu. Aku just plan siap siap. Anything happen aku tak tahu. Yang pasti perancangan aku buat siap siap. Hehehe. Maybe disebalik perancangan aku kali ni, mungkin akan ada perancangan yang aku tak pasti apa yang berlaku. Benda aku tak tahu dan setiap perjalanan aku, aku hanya mampu tawakal pada Allah untuk bawa aku pulang dengan selamat. Yang past...

I’m Not Friend with Other Bloggers

Image
- Assalamualaikum - It’s sad but that was true. Ada story kenapa aku tak berkawan dengan other blogger dan ceritanya amat amat menyakitkan. Sebab aku sebelum ni ada je kawan blogger. But after kenal a few year, daripada kawan menjadi rapat. Bila dah rapat, something happen dan ianya sangat menyakitkan. After that, I’m become nobody. Just invisible blogger and not friend with other blogger. Aku tak tinggalkan comment. Stay invisible without nobody know about me. Hahaha. Ada je bloggers yang aku pernah jumpe, seorang je pon, jumpe atas dasar kawan blogger. Tapi after jumpe. Wowww. I got shut up. Tapi itu pon after a few day lepas jumpa teros tak mesej and then i got a message that about end friend. Woww. After that, aku give up nak berkawan dengan sesiapa dekat blog. That why aku lebih suka baca story orang tanpa tinggalkan comment. Kalau aku suka sangat, aku buat story. Tapi kebanyakkan nya tak. Stay low man. Tapi apa apa pon, kalau orang cakap dengan aku, tak kan ...

Happy Eid Yo

Image
- Assalamualaikum - Alhamdulillah. Apa yang plan sudah pon terlaksana. Dan alhamdulillah, masakan rendang tu menjadi dan enak di makan. Syukur. Walaupon first time memasak rendang, masakan tu tetap menjadi. Ada la juga rasa masin sikit sebab lambat letak garam. Haha. Tapi tak apa. Janji makan tu rasa sedap dan sangat sedap. Ayam pon jangan kata, nak tarik tarik gune sudu pon tak ada masalah. Maknanya lepas ni kalau nak masak rendang daging, Insya’allah tak ada masalah la jawabnye. Hehehe. Tapi itulah, disebalik suka duka tu, pasal esok tak boleh dilupakan juga kan. Yelah, aku kerja beb. Tapi tak apa la, kerja pon, bukan buat apa apa pon kan. Jadi esok enjoy je la tengok cerita. Hahahaha. Kalau cuti pon, bukan dapat duit raya pon kan. Hehehe. Okay la. Jam pon dah menunjukkan jam 1 pagi. So aku nak beradu dulu. Nanti nak kene bangun subuh kang. Hahaha. Okay lah. Chow. Hahahahaha 🤣

What’s Done Is Done

Image
- Assalamualaikum - Bende yang lepas jangan dikenang. Itulah bende pertama aku nak katakan. Sebab yela, bende dah nak jadi, tak boleh nak berundur lagi. Permintaan telah pon ditunaikan. Yang tinggal hanyalah menghadapinya. Sebab raya pon nak tiba. Esok pulak tu. So apa yang lepas, biarkan ianya berlalu. So  hari ini, just what i plan to do is masak rendang ayam. Sedap tak sedap, itu aku tak tau. Sebab ini menu rendang pertama aku masak. Aku manalah pernah masak rendang. Bantu mengacau atas kuali aku tau la. Itu bende biasa buat masa raya. Ini sebab aku kerja esok dan aku tak ada bende nak makan esok, jadi aku kene masak malam ini untuk esok. So tonight plan jalan seperti biasa. Bahan dah pon complete. Yang tinggal cuma nak start buat je. Hahaha. Sejak aku stay jauh daripada family aku, banyak pulak menu aku masak sendiri. Dan bagi aku, not bad la tinggal dekat rumah sendiri. Jaoh daripada parent. All things boleh belajar sendiri. Walaupon struggle but i can do...