Bukan 1 Tapi 2



Assalamualaikum -


Kalau aku cakap bende ni, orang akan cakap aku gila. Comfirm punya la orang akan cakap aku gitu. Sebab bende yang aku buat semua ada bersebab. Iyalah. Nak tahu? Okaylah. Semalam 10 September bersamaan hari isnin jam 3.30 petang, aku nak keluar. Dah siap siap ni, aku pon macam biasa la, aku nak keluar. Dah kunci pintu ni, dah tutup, aku pon nak mangga dekat grill. Masa ni aku baru perasan aku tak bawak kunci. Pintu dah tertutup. Mampus. Aku terkurung.



Dalam rumah tak ada orang. Yang ada kucing. Akak aku kerja. So aku terkurung ni. Tak fikir panjang, aku pon gune badan aku tolak pintu. Berjaya masuk tapi bende dalam bulatan merah tu rosak sebab aku tolak kuat dan dia jem. Ape lagi. Aku pon buka la tombol pintu dan keluarkan dende dalam bulatan tu. Kemudian lepas aku keluarkan, aku pasang balik tombol pintu semula. Yela, kalau biarkan nanti, ada yang cuba pecah masuk rumah aku nanti. Sebab dia tahu pintu rumah aku tak berkunci. Tapi yela, mangga dekat grill ada. Tapi kalau dah namanye pencuri, dia akan pecahkan je kalau dia tau pintu aku tak berkunci. So jadinye, lepas aku pasang balik tombol tu, aku pon ambil kunci dan aku keluar la. Sku berani keluar sebab aku ada mangga tu. tapi aku tawakal je la masa aku keluar. Sebelum aku nak tuju ke tempat aku nak pergi tu, aku pon singgah la hardware. Nak ganti tombol tu la. Tapi barang tu tak ada. Last last, aku pon teruskan je la tuju ke destinasi aku nak pergi tu.



Kali kedua aku pecahkan pintu iaitu pintu bilik aku sendiri. Aku sakit perut dan aku masuk bilik air. Dalam bilik air tu, tiba tiba aku dengar bunyi pintu tutup. Aku ingatkan akak aku tutup bilik dia. So aku tak kisah la. Sekali bila kuar, bilik aku yang tertutup. Dah la terkunci pulak tu. handphone dompet semua dalam tu. Dah jam 2 pagi, aku fikir tak kan aku nak tidur depan dengan banyaknye nyamuk bagai. So aku pon cari kunci. Cuba satu satu, tapi hampehh. Tak berjaya langsung. Apalagi, aku pon buatlah lagi sekali macam petang semalam. Bende yang sama juga rosak. Emm melambung ler duit aku nanti. Sakit sakit.


Tapi macam aku cakap la. Aku bukan saja saja nak pecahkan. Tapi semuanye bersebab. Kalau bukan kerana sebab tu la, aku tak kan pecahkan. Gile ape. Ingat aku anak orang kaya ke nak kuarkan duit untuk ini itu. Mustahil. Haha. So lepas kejadian ni, aku try la untuk tak menjahanamkan pintu. Kalau bukan kerana sebab sebab tu semua, pasti pintu aku tak kan jahanam. Hahaha. Okay la. Aku nak masuk tidur. Ok chow. Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas