Aku Tak Layak



- Assalamualaikum -


Aku sudah lama memikirkan masa depan aku. Adakah aku layak ke nak bersama dengan seseorang yang aku suka? Mampu ke aku jaga anak orang. Sebab aku risau dengan diri aku ni dengan serba tak lengkap, cuba untuk memikul beban dan tanggungjawab ke atas diri anak orang lain. Aku tahu diri aku macam mana. Aku berani je nak mencuba semua tu, tapi dalam masa yang sama, aku juga takut sebenarnye. Aku takut selepas aku pegang tanggungjawab tu, aku takut aku gagal.


Aku tak adalah mempunyai ciri ciri yang orang inginkan. Sebab aku tahu diri aku macam mana. Tapi why people see me like I’m good enough to them. Ini kadang buatkan aku takut. Aku takut setelah orang nampak diri aku sebenar, aku takut aku akan mengecewakan diri orang. Tapi apa apa pon, kali ni aku akan cuba jaga sehabis baik cinta aku pada seseorang. I will try my best. Walaupon sebelum ni aku dah cuba, tapi aku gagal. Tapi kali ni aku akan cuba lagi. Tak kira la macam mana pon, aku akan cuba. 


Okay malas fikir panjang panjang dah. Apa nak jadi, aku akan buat yang terbaik. Okay. Dah boleh chow. Esok pagi ada hal nak buat. Okay sleep. Hahahahaha.

Comments

Ustaz Amirul said…
haaaa diari luahan perasaan hati..
ELFarahin said…
sebenarnya ada banyak perkara dalam hidup malah mati sekalipun melibatkan kerjasama. ada perkara lebih baik dipikul bersama daripada beban sendirian. misalnya, hal hubungan dan perkahwinan. inshaallah. setiap yang ditentukan Allah adalah yang baik-baik sahaja. All the best with your love! haha
Blog Sang Pria said…
Az : aah. Saya jadikan blog ni diari saya. Diari harian dan diari luahan.. hahaha..


EL: betul tu cakap el.. tapi sebenarnye saya memang takut dengan tanggungjawab nak menjaga anak dara orang. Bukan saje takut sebab diri ini tak sempurna, tapi saya takut juga la tak dapat berikan kebahagiaan pada diri anak orang itu. Hehehe.

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas