Posts

Showing posts from July, 2019

Oh No Babe

Image
- Assalamualaikum - Okay sekarang ni aku boleh assumes diri aku sangat lemah. Lemah dekat bende pedas tapi still suka bende pedas. Muak dengan games tapi nak tak nak aku main juga games. Banyak yang aku sudah mula tak sentuh lagi. Tapi kadang kadang je aku akan sentuh balik. Macam anime dan manga itu lain. Aku memang masih layan lagi. Tapi games dan makanan pedas ni aku mula kurangkan. Hahahaha. Aduhhh. Tapi apa apa pon, muak macam mana pon, aku tak boleh nak muak sangat kan. Games tu biasa laa. Tapi makanan tu aku boleh ekjaz lagi. Hahaha. Adesss. Apa la cerita pasal stalker tu ek? Aku rasa sekarang ni dia sudah bebas. Hopefully la dia mula bahagia without stalker this blog. Dah tak ada apa apa maknenye nak stalker blog ni. Lagi lagi bila aku sudah tak ada contact number dia. Bende aku sengaja buang. Nanti kalau tak buang, nanti aku dikatakan masih stalker lagi. Hahaha. Okay la. Esok kerja malam lagi. So pagi ni ada banyak mission aku nak kene buat. Barang ...

Awek Garang Aku?

Image
- Assalamualaikum - “Aku doakan semoga kau dapat awek yang garang. Baru kau tahu awek garang tu macam mana. Baru kau tahu awek garang tu kalau dia marah kau, baru kau tahu dia kucing ke singa. Hahaha” Hahahahaha. Itulah ayat kawan aku semalam. Alkisahnya aku gurau gurau cakap pasal dia takut bini dia sebab bini dia macam harimau. Silap hari teruk dia kene cakor. Hahahahaha. Disebabkan bende tu la kawan aku cakap gitu dekat aku. Dan aku cakap la bab awek garang ni mustahil akan muncul dekat aku. Kalau ada, boleh ke dia control aku dan guna sikap garang dia tu dekat aku? Mustahil boleh. Hahahahaha. Sebab aku tahu aku dengan singa tak kira garang macam mana pon, dia tak akan boleh guna garang dia dekat aku. Hahahahaha. Sepanjang kawan aku cakap dengan aku tu, aku cakap la, kalau ada la awek gitu mampu buatkan aku takut dengan dia, memang aku tabit la. Sebab bagi aku, mustahil ada awek boleh buatkan aku takut dengan dia. Hahahahaha. Kalau ada la kan, aku akan bota...

Pedas Dan Aku Tak Serumpun

Image
- Assalamualaikum - Sejak baru baru ni, aku dah buat keputusan untuk uninstall 2 apps dalam handphone aku. Apps yang aku rasa jarang jarang sangat pakai tapi pakainye bila ada bende je nak buat. Tapi akhirnye apps tu terbiar gitu je. Jadi aku pon buat keputusan untuk uninstall je 2 apps tu. Skype dan Instagram. Aku just guna untuk baca news aku guna apps facebook dan chrome je. Yang lain guna juga la, cumen2 apps tu je jarang jarang guna. Jadi aku pon uninstall je. Hahaha. So jangan cari aku dekat sana. Dah tak ada maknenye dah. Hahaha. Sebut pasal pedas, semalam mcd ada release new menu kan. Ayam goreng mcd 3x pedas. Aku nak beli awal awal ni memang tak la kan. Sebab aku tahu ramai sangat yang berebut nak merasa. Tapi disebalik menu ayam goreng tu, ada 1 menu baru juga. Tapi untuk breakfast je la iaitu nasi lemak mcd. Dan yang ini la aku nak cerita pasal menu ni. Sedap gile wei. Tapi ada juga warning aku nak bagi. Hehehe. Sebabnya nasi lemak ni bukan calang cal...

Kau Pasti Berjaya

Image
- Assalamualaikum - Kebiasaannya bila someone yang aku kenal then lama kelamaan aku couple dengan dia then after a few year or month couple, got issues, and then we break, that girl confirm akan berjaya dalam hidup dia. Dah banyak dah aku tengok ex aku yang berkejaya hebat hebat belaka. Tapi aku tengok sekali je la. Lepas tu aku delete la memori tu. Hahahahaha. Buat apa aku nak tengok lama lama kalau dia dah bahagia dengan life dia, then aku still stalker dia? Nonsense wei. Banyak bende lain boleh buat daripada aku stalker dia. Hahaha. Tapi kan, bila difikirkan balik kenapa aku banyak break dengan ex ex aku ni adalah sebab aku banyak sangat bagi peluang dan berfikiran terbuka dan akhirnye aku sendiri boleh dipijaknya. Tapi tak apa la, cukup ler aku melayan dan memberi layanan yang seeloknya sebagai manusia yang tak kira duit poket. Tapi bukan sampai nak membeli itu ini la. Hahaha. Kau marah aku buat lawak. Aku marah? Jarang jarang dibuatnya.  Tapi semua tu...

Gurauan Punya Pasal

Image
- Assalamualaikum - Orang yang dekat dengan aku biasanya tahu aku ni kuat menyakat dan bergurau dengan orang. Tapi gurauan aku tu macam biasalahkan ada had had dia. Aku bergurau lepas tu aku cakap dekat orang tu aku bergurau sebabnya aku suke tengok muka orang gelak ketawa. Yela. Kalau selalu muka masam tak ada senyum ketawa, boring doh cakap dengan dia. Hidup ni kene la ceria juga. Kalau tak, mudah stress nak datang dekat diri tu. Tapi aku rasa aku punya gurauan semalam agak melampau sikit. Tapi nasib baik kawan aku paham diri aku macam mana. Sebab kadang kadang kan, kalau aku tak mengusik kawan aku, nanti aku juga yang kene balik. Sebab dalam opis aku, ramai juga yang suka membalas gurauan aku. Hahaha. Tapi kan, ada 1 je masa yang aku tak akan bergurau, masa ada boss aku. Sebab aku pernah kene sound sekali je masa aku bergurau dengan kawan aku dulu. Lepas dari hari tu, aku malas nak bergurau depan dia. Bukan touching, tapi dia jenis serius punya orang, jadi tak se...

Kalau Terpaksa Aku Buat

Image
- Assalamualaikum - This time aku percaya aku tak ada stalker lagi sejak aku bagi ayat menyakitkan hati dekat stalker aku dulu. Bukan aku sengaja nak menyakitkan hati dia. Aku rasa baik dia jangan stalker aku sebab aku ni bukan ada apa pon nak di stalker kan sangat. Apa yang aku ada sampai buatkan orang nak stalker? Ig aku dah public. Facebook public. Whatsapp pon sama. Buat rugi je nak stalker aku. Tapi kan, kalau sudah terpaksa buatkan aku nak menyakitkan hati orang, aku akan buat demi kebaikan berdua. Lagipon kalau aku berlembut sangat, nanti dia makin rapat dengan aku. Jadi memang elok pon aku guna 1 word tu dah cukup buatkan dia tak mencari aku. Bukan apa, nak cakap aku selalu maki hamun, tak ada pon. Ajak berjalan, tak ada pon. Ajak ringan ringan, tak ada pon. Aku selalu ajak bende baik je. Suruh solat la. Jangan buat perkara sia sia la. Kuat menyakat la. Tapi semua tu tak cukup memuaskan hati orang. In the end, gunung meletus, bukan sekali tapi banyak kali, l...

Weak Hearts

Image
- Assalamualaikum - Bende ni sebenarnye aku dah discover dah beberapa hari yang lepas. Tapi saje nak tengok hari hari sama ke bende ni berlaku, ataupon cuma hari tu je yang berlaku. Tapi bila buat bende sama, aku buat conclusion pasal bende ni. No matter what happen, bila dikejutkan, aku kene bangun. Kalau tak, i will die. Tapi setiap reason itu, aku mesti bangun dengan alasan nak solat. Kalau tak, aku akan rasa biasa. Bende ni funny? Sorry. Bende ni lah yang berlaku sejak beberapa hari ni. Bila aku tak nak je bangun, aku akan mengadap bende yang menakutkan. Dan yang pastinye, jantung aku akan jadi lemah. Sebabnya aku tak solat. Only for the reason aku tak bangun solat, aku akan rasa macam ni. Maybe not me feel like this, maybe same thing with other people. Tapi bende ni tak boleh dibuat main. Asalkan aku bangun dan solat, hati aku akan jadi normal balik tapi kalau aku malas dan aku melawan, siap la kau merase bende ni. Tapi aku pilih jangan melawan la. Sebab ma...

Can I Be Ur Friend?

Image
- Assalamualaikum - Nak berkawan ni bukan susah pon. Lagi lagi bila nak berkenalan dengan new friend. Yang susah tu kalau diri sendiri susah sangat nak buka mulut untuk bertanyakan sesuatu. Tapi it’s okay. Nak berkawan bukan mudah untuk cakap boleh tak menjadi kawan saya. Biasanya nak menjadi kawan, mesti ada 1 topik akan ditanya sebelum nak menjadi kawan. Bila lama lama tu, barulah tanya pasal nama. Lepas tu barulah menjadi kawan. Tapi ini bukan nak cakap pasal cara nak menjadi kawan. Hahahahaha. Tapi ini susahnya untuk lelaki menjadi kawan kepada perempuan. Ada yang positif ada juga yang negatif. Dan dah tentulah negatif ni payah sangat nak menjadi kawan. Tapi never mind, setiap yang susah tu ada penyelesaiannya. Tak menjadi kawan tak apa, bertegur sapa pon dah okay dah. Dan itulah cara untuk aku berkenalan dengan seorang kawan ni. Cuma kawan je, tak lebih lagi. Mana tahu, jika ditakdirkan jodoh, Alhamdulillah. Kalau tak, jadi kawan pon okay apa. Hahahahaha. ...

Die In Sleep ( VIDEO )

Image
- Assalamualaikum - Mungkin apa yang aku ceritakan kali ni, maybe ada yang cakap aku mengarut. Mungkin ada yang kata mainan mimpi. Mungkin kata aku banyak berfikir. Mungkin mungkin. Tapi setiap kali aku terjaga daripada tidur aku, aku selalu tengok masa, tengok kipas dan sebagainya. Sebabnya aku teringat satu cerita tentang video detik detik kematian. Sebuah video pendek dibuat oleh orang arab. Video ni sudah lama dibuat. Tapi video ni selalu bermain setiap kali aku tak boleh nak tidur. Pendek kata la kalau aku terjaga mengejut. Aku akan feel bende yang sama macam dia. Setiap kali aku ingat cerita ini, aku merasakan suatu hari nanti aku akan meninggal dunia macam ni. Aku takut sebenarnye. Tapi mati itu pasti. Dan aku tak tahu bila, tapi aku merasakan masa aku tak lama. Sebab aku selalu nampak gambaran macam ni banyak kali dalam beberapa bulan ni. Makin kerap, makin buatkan aku takut dengan dosa dosa aku. Allahuakbar. Ni videonya. Aku cari dekat youtube. Dan aku j...

Watching You

Image
- Assalamualaikum - Walaupon aku ni jarang bermesej dengan orang, tapi aku ni suka stalkers orang. Ada a few people aku stalkers just nak tahu cerita dia setiap hari. Walaupon kadang tak ada apa apa update dalam story dia, but aku akan stalkers je. Tapi kalau dalam sebulan tu masih tak ada update, aku dah tak stalkers dah la kan. Haha. Stalkers jenis aku ni, bukan la setiap masa aku nak stalkers pon, kalau aku rasa nak tengok, aku tengok la. Kalau tak, aku tak ingat pon pasal tu. Cuma ada la yang aku tahu aku memang tak dapat stalkers dia,  aku tak buat apa apa pon. Tapi aku doakan orang tu sihat sihat belaka. Tak lebih daripada tu pon. Ye la. Life aku pon aku yang jaga seorang, tak kan la aku nak sibuk hal orang selalu. Hahahahaha. Nampak sangat aku tak ada life gitu. Hahaa. Tapi dalam beberapa orang tu, cuma seorang je aku akan stalkers dia dulu. Tapi aku tak pernah cakap. Cuma aku selalu sombongkan diri aku daripada cakap bende bende gini. Sebabnya kan, s...

Fight NEGATIVE 👎 Search POSITIVE

Image
- Assalamualaikum - Dalam persahabatan, aku kau mereka kita saling memerlukan. Tak semestinya nak ajak makan kene berjumpa. Tak kisah la apa jua keadaan, kawan mesti akan cari kawan. Kalau tak mencari kawan, akan ada seorang kawan tanpa dijemput akan datang. Kawan kepada kesunyian. Aku tahu sebab aku biasa buat. Dan kawan tu akan menghasut kau buat apa jua bende dia nak. Kalau boleh, nak gadai diri kau pon boleh. Lepas tu daripada kau insan normal sihat, kau akan jadi hamba dia. Hamba yang dipanggil depression. Ehhh depression lain. Dia sebab kau kemurungan akibat bende yang negatif. Chop chop. Sebenarnye permulaan depression pada pendapat aku, sebab diaa tak meluahkan isi hati dia dekat orang dan tidak cuba untuk memberitahu pada orang lain. Kalau boleh dia nak pikul je masalah tu dekat diri dia seorang seorang. Ehhh seorang? Ye seorang diri. Dan bila seseorang tu bersendirian, akan masuk seorang kawan super duper negatif dalam diri dia a.k.a jins. Syaitan. Ak...

Kenapa Masih Lagi Dengan Blog

Image
- Assalamualaikum - Aku tak salahkan orang yang dulunya ada blog and then lama lama dia tinggalkan blog dia sebab bosan dan rasa kuno bila main blog. Itu hak dia nak berhenti main blog. Sebabnya kebanyakkan orang main blog dulu nak follower ramai. Aku pon pernah buat bende sama. In the end, aku stop buat bende alah tu. Sebab aku faham blog aku ni tak ramai orang yang baca dan blog aku ni just story aku je. Story merapu aku setiap hari yang aku buat. Sejak aku main blog ni dulu, aku ada matlamat aku sendiri. Aku nak jadikan blog aku ni tempat aku lepas apa yang terbuku dalam hati aku. Biarlah tak ada pembaca. Ini story aku dan kisah perjalanan hidup aku. Someday blog ni akan mati sendiri tanpa diberitahu. Sebab habisnya story aku tu, mean sama dengan perjalanan hidup aku. Tapi itulah salah satu purpose aku masih kekal dengan blog aku. Kisah pahit manis duka suka semuanya aku tulis dekat sini. Mungkin ada yang aku sorokkan, tapi aku akan ceritakan sedikit dalam setiap...