Gurauan Punya Pasal



- Assalamualaikum -


Orang yang dekat dengan aku biasanya tahu aku ni kuat menyakat dan bergurau dengan orang. Tapi gurauan aku tu macam biasalahkan ada had had dia. Aku bergurau lepas tu aku cakap dekat orang tu aku bergurau sebabnya aku suke tengok muka orang gelak ketawa. Yela. Kalau selalu muka masam tak ada senyum ketawa, boring doh cakap dengan dia. Hidup ni kene la ceria juga. Kalau tak, mudah stress nak datang dekat diri tu.


Tapi aku rasa aku punya gurauan semalam agak melampau sikit. Tapi nasib baik kawan aku paham diri aku macam mana. Sebab kadang kadang kan, kalau aku tak mengusik kawan aku, nanti aku juga yang kene balik. Sebab dalam opis aku, ramai juga yang suka membalas gurauan aku. Hahaha. Tapi kan, ada 1 je masa yang aku tak akan bergurau, masa ada boss aku. Sebab aku pernah kene sound sekali je masa aku bergurau dengan kawan aku dulu. Lepas dari hari tu, aku malas nak bergurau depan dia. Bukan touching, tapi dia jenis serius punya orang, jadi tak sesuai bergurau masa dia ada. Boring. Hahahahaha.


Tapi kalau aku mengata orang dalam gurauan aku, aku akan mintak maaf cepat. Bukan niat aku nak menyakitkan orang pon. Just nak tengok dia tarik muka atau ketawa je. Tapi biasanya dia orang tarik muka dan fight balik. Tapi kejap je la. Lepas tu abis, aku pon abis. Hahaha. Kebiasaannya orang orang yang aku suke bergurau ni, orang yang rapat dengan aku je. Kawan kawan biasa ni, kureng aku nak berlawak. Aku lebih kepada cakap biasa biasa berbanding bergurau sakan dengan kawan rapat aku je. Siapa yang aku tak bergurau tu, mean dia bukan kawan rapat aku la tu. Hahaha. Okay la. Nanti aku update lagi. Chow. 😁

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas