Pedas Dan Aku Tak Serumpun




- Assalamualaikum -


Sejak baru baru ni, aku dah buat keputusan untuk uninstall 2 apps dalam handphone aku. Apps yang aku rasa jarang jarang sangat pakai tapi pakainye bila ada bende je nak buat. Tapi akhirnye apps tu terbiar gitu je. Jadi aku pon buat keputusan untuk uninstall je 2 apps tu. Skype dan Instagram. Aku just guna untuk baca news aku guna apps facebook dan chrome je. Yang lain guna juga la, cumen2 apps tu je jarang jarang guna. Jadi aku pon uninstall je. Hahaha. So jangan cari aku dekat sana. Dah tak ada maknenye dah. Hahaha.



Sebut pasal pedas, semalam mcd ada release new menu kan. Ayam goreng mcd 3x pedas. Aku nak beli awal awal ni memang tak la kan. Sebab aku tahu ramai sangat yang berebut nak merasa. Tapi disebalik menu ayam goreng tu, ada 1 menu baru juga. Tapi untuk breakfast je la iaitu nasi lemak mcd. Dan yang ini la aku nak cerita pasal menu ni. Sedap gile wei. Tapi ada juga warning aku nak bagi. Hehehe. Sebabnya nasi lemak ni bukan calang calang sedap je tau. Tapi boleh dikatakan nasi lemak ni adalah rival untuk ayam goreng 3x pedas tu. Sebabnya pedas dia weiii, sampai sekarang perut aku tengah pedih. Dah 3 jam pon pedasnya masih terase. Gile.


Dan aku perasan la kan, baru baru ni aku macam lemah dengan bende pedas ni. Asal makan je pedas, tak lama tu, perut dah memanggil untuk ke tandas. Untuk melepaskan hajat. Adesss. Aku bukan tak nak stop makan pedas sebenarnye, sebabnye, kalau aku stop, nanti kalau aku makan nasi berlaokkan sesuatu yang tak pedas, makan aku tak ada la selera sangat tapitak buang la. Still makan je. Rezeki mehhh. Cumanya mood makan tu kalau ada bende pedas, rasanye sedap weiiii. Hahaha.


Tapi itulah, aku tak boleh dah makan selalu dan banyak macam dulu. Aku dah weak dengan bende bende pedas ni. Mujurlah pagi tadi aku ada kuaci, barulah hilang rasa pedas katlidah tu. Cuma dekat dalam perut ni aku tak tahu nak buat apa. Aiyoooo. Okay la. Mata aku dah mengantuk gile. Sebab aku baru balik tadi dari office sebab aku kerja malam. Huhu. Okaylah. Chow.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas