Ribut Oiiiii
. . - Assalamualaikum - . . Selama ni kalau aku balik kampung kalau hujan la kan, aku tak pernah jumpa hujan yang betol betol dasyat macam malam tadi. Pehhhhh... Gila la. Syukur Alhamdulillah semasa kejadian tu aku dah dekat dengan stesen minyak. Kalau tak aku tak tau la ape jadi malam tadi. Huhuhu. Semalam masa aku nak balik ikut jalan Lebuhraya Plus, aku dah nampak pon guruh dekat depan tapi aku teroskan jalan sebab aku tau jaoh lag. So jadikan ceritanye, tengah bawak motor tu, tibe tiba tak sampai 300 meter, tiba tiba hujan lebat. Dah la lebat, tak lama tu teros ribut. Motor aku kene tolak ke tepi tapi alhamdulillah masa tu dah dekat dengan Petron, sempat jugak belok tapi basah lecun dah masa tu. Memang lama la lepak dekat Petron tu. Banyak jugak motor yang behenti sebab ribut kan. So tak lama tu, hujan reda sikit, lepas 40 minit jugak la aku lepak sane. So bila nampak macam reda sikit tu, aku pon, teroskan perjalanan la. Tapi tak lama tu, ada lagi ribut dekat...