Posts

Showing posts from July, 2018

Penyimpan dendam? Aku?

Image
. . - Assalamualaikum - . . Kenape orang khabar aku ni suka simpan dendam? Aku tak simpan dendam pon. Aku cuma ignore je. Lepas 3 kali aku cuba cakap baik tapi masih tak dibalas tapi masih buat hal sendiri, so aku ignore je la. Bukan tak mahu tegur berkali kali. Tapi bila kali ke 3 tu aku tengok orang buat hal sendiri, aku pon malas nak khabar apa apa. Baik aku pilih diamkan diri dan buat je hal aku sendiri. So adil la. . . Aku tak faham apa yang buatkan sampai orang kata aku ni pendendam.  Maybe ada la jugak. Tapi kalau yang biasa biasa ni, tak kan lah aku nak menyimpan dendam kot. Tak berbaloi kot. Buat sakit hati je. Lagipon kenapa lah orang asyik nak membandingkan aku dengan kisah lama. Wei. Aku tak tau apa perangai orang tu. Kenape nak bandingkan. Gila ke. Tapi tak apa laa. Kalau nak sangat bandingkan. Apa kata cari orang tu je. Aku adalah aku. Siapa aku tu, masa kenal kenal nak tau. Ini tak, asyik nak bandingkan je. Mengeluh. Control. Maaf. Pilih la orang l...

Bersebab Atau Tak Bersebab

Image
. . - Assalamualaikum - . . Ada orang khabar dekat aku, sabar ni ada 2 punca. Sabar bersebab dengan sabar tak bersebab. Selama ni aku ingatkan sabar tu kene bersebab je. Hahahha. Tak sangka pulak ada jugak sabar tak bersebab. Tapi bila difikir fikirkan balik, yela kot ada sabar yang tak bersebab. . . Bila difikirkan semula laa kan. Ada betulnye jugak. Sabar tak bersebab. Kadang kadang aku rase marah sangat bila bawak motor. Tah apa syaitan tengah bisik kat telinga aku tu. Tak pasal pasal aku pulak yang bad mood. Problem. Then lama lama tu barulah otak aku berfungsi dan aku dapat istighfar dan dapat bersabar. Ehh jap. Ni sabar bersebab. Sabar tak bersebab ape ek? Aku tak tau nak cakap apa pasal sabar tak bersebab. Sebab semua sabar aku tahu, semuanya bersebab. Emmm. Ape ek. Tapi bila difikirkan balik, bende ni buatkan aku mengantuk la pulak. Esok nak subuh pulak tu. Emm okay la. Bye

1 Day Left

Image
. . - Assalamualaikum - . . Nampaknya hari ni aku kene pulun banyak keje. Mana tak nya, hari ni dah hari khamis dan esok hari jumaat. Dan esok adalah hari aku balik ke Selangor. Tapi lepas solat jumaat la. So hari ni dengan esok aku kene collect seberapa banyak cili yang aku boleh collect. Dan jugak mulakan hari ini tanpa ada perasaan apa apa yang boleh menganggu aku buat kerja. Baru baru ni aku asik terganggu je. Stress dibuatnye. Tapi alhamdulillah. Setelah buat beberapa teknik, alhamdulillah menjadi pulak. So bolehlah kurang fikirkan masalah masalah yang buatkan otak aku serabut semalam. Hahaha. Okay la. I need go now. Kerje weiiii

Old Memory Is Already Over

Image
. . - Assalamualaikum - . . Aku tak tau pula kisah silam seseorang itu adalah bagus untuk diceritakan semula. Pada aku old memory is already old and tak bagus untuk diulangkan semula. Maybe la ada bende yang kita boleh dibuat pengajaran tapi jangan pulak menyamai seseorang yang lepas dengan yang terbaru. Yang pergi menyamakan seseorang tu buat apa. In the end, yang merana adalah hati sendiri. Dan paling sakit tu adalah aku sendiri sebab aku lah victim the whole story. Lagi lagi sejak aku bercuti ni. Woww. . . Bila aku khabarnye aku nak balik kampung sebab nak bantu parent aku dekat ladang, everything is okay. But bila aku dah balik je kampung, zuzzzz semua jadi lain. Ada sesuatu dah jadi dan kesalahan itu atas bahu aku juga yang kene. Alamak. Apa masalahnye pulak ni. Perlu pulak aku nak balik segera nak selesaikan semua masalah yang berlaku tanpa sebab ni? Inilah masalahnye jika bende yang berlaku berpandukan kisah lama. Akhirnye bende ni jadi kes naya orang. Bagusla...

Permulaan Blog Aku

Image
. . - Assalamualaikum - . . Aku tak pernah rasenye cerita dimana blog ini dibuat untuk pertama kalinya dan untuk pertama kalinya aku kenal seseorang yang mengajar aku buat blog ini. Rasanya blog ni dibuat oleh seseorang atas permintaan aku sendiri. Ceritanye tak adalah sehebat semenarik mana untuk dibuat cerita. Tapi syukur Alhamdulillah, sehingga sekarang blog ni masih aktif. Aktif sebab dah jadi diari online aku. Hahahahha. . . Tempat aku mengenal blog ni tak lain adalah dekat library berdekatan dengan sekolah aku. Mulanya blog ni aku nak buat untuk motivasi tapi lama lama aku rasa macam tak dapat sambutan, jadi aku tukar tempat informasi. Asyik asyik mencuri info je, last last aku jadikan blog ini tempat aku melepaskan segala memori aku sama ada yang lepas ataupon yang terkini. Berbalik cerita di library, sebenarnye aku ni kaki buku. Suka gile baca buku. Bila nak balik je sekolah, aku akan lepak dekat library dengan kawan aku. Kadang kadang aku lepak sorang je. Ta...

Unknown Bad Mood

Image
. . - Assalamualaikum - . . Semalam terok betul aku punya mood. Walaupon aku masih ada mood untuk menulis cerita dalam blog tapi mood aku tetap hancus semalam. Nak main games pon tak ada mood. Apatah lagi nak chat dengan kawan aku yang asyik mengajak main games. Hancus beb. Tapi hancus hancus pon aku tak cakap apa apa pon dekat orang. Sebab aku pon tak tau kenape tiba tiba aku bad mood. Jin masok badan kot. Hahaha. . . Maybe la kan aku bad mood sebab aku tak dapat pergi library kot. Sebabkan aku ada rancang nak pergi library semalam. Tah tak tau kenape tiba tiba aku boleh pulak tertidur lepas zohor. Aiyoo. Rugi rugi. Okay laa. Aku nak turun belakang. Ambil cili lagi. Ada orang nak beli pagi ni. So baik aku petik awal pagi ni. Hahaha. Okay la. Bye

Sakit Nak Hadap?

Image
. . - Assalamualaikum - . . Sejak semalam aku lupa nak kabonye aku dah pon balik kampung cuti seminggu. Almaklumlah aku jarang jarang balik kampung, so this time dapat cuti lama, so aku baliklah kampung. Balik dan bantu parent aku dekat ladang cili kiteorang ni. Agak penat gak laa sebab aku buat 1 baris aku sorang je. Tapi syukurlah sebab dalam 2 jam dapat gak 4kg lebih. Tah berape jam tah aku buat keje tadi. Tapi banyak la. Tapi tak abis pon sebab 1 pokok tu, wowww. Banyak dan tu tak tengok kat tengah tengah pokok tu. Banyak pulak. Masa petik tu, pokok kene jaga betul betul sebab bunga pokok cili tu mudah jatuh. Kalau banyak bunga jatuh, rugi beb sebab bunga tu la punca banyak cili nanti. Tak ada bunga tak adalah cili. Huhuhu. Tengok ni. Yang ni baris baris cili besar. Cili yang orang buat hiasan tu tapi cili aku ni tak boleh buat hiasan sebab dia sangat pedas. Kaw kaw punya pedas. Hahaha. Even aku nak masak contoh ayam masak tumis cili api, aku akan pakai...

SENANGNYA NERAKA SUSAHNYA SURGA

Image
. . - Assalamualaikum - . . Hari demi hari, makin banyak pulak cerita yang aku dengar. Dah la berita kurang menyenangkan, lepas tu berita sedeh pulak tu. Adess. Tapi itulah, zaman dah tenat dan dah mula kembali ke jalan jahiliah semula. Aiyooo. Tapi nak buat macam mana, aku mampu mendoakan yang baik baik sebab aku tak mampu nak menasihati orang lagi lagi bila hati sudah gelap. . . Dengarnya cerita, sebab aku bujang dan aku tak tau cerita betul mengenai cerita ni, mudahnya nak melahirkan anak luar nikah berbanding anak halal. Tapi senangnya anak itulah yang membuatkan ramai yang sanggup membunuh anak tu? What the hell dude. Dah buat, jagalah anak itu. Takut dikeji ke? Masyarat memang gitu. Dikejinya tak pernah abis. Dan yang menjaganya pula jangan lemah. Setiap perbuatan yang kotor yang pernah dibuat, Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya. Jangan mendengar kata kata orang yang ala ala bijak mengata, tapi diri sendiri tak terjaga mulutnya sehingga terkumpulnya dosa dari m...

2 Perkara Aku Pegang

Image
. . - Assalamualaikum - . . Dalam diri aku ni tiada sesuatu perkara pon yang aku bangga. Tapi apa apa pon aku bersyukur aku masih bernyawa. Dan ada beberapa perkara lain yang aku bersyukur kerana dengan ilmu yang Allah berikan pada aku selama ni, aku dapat menggunakan dengan baik. Alhamdulillah. . . Tapi kan kadang kadang aku merasakan dalam hidup aku ni, aku tak ada 2 perkara penting ni dalam diri aku iaitu SYUKUR dan SABAR. Sebab kadang kadang apa yang aku miliki selama ni aku tak rasa aku cukup dan buatkan aku tak bersyukur dengan semua ni. Tapi bila lama lama aku memikirkan hal ni, aku menjadi takut dengan azab Allah. Sebab apa yang aku miliki, aku takut Allah akan tarik. Dan disitulah aku mula bersyukur apa yang aku ada. Bersyukur dengan Allah berikan pada aku. Dan aku juga bersyukur Allah berikan aku perasaan CINTA pada seseorang. 😆 . . Hahahaa. Ececeh jiwang. Selain bersyukur, biasalah sabar itu perlu juga. Melayan kerenah orang, kadang kadang buatkan a...

Don't Talk Like That

Image
. . - Assalamualaikum - . . Semua orang tahu bila berkata kata itu kita kene berhati hati, kalau tak apa yang kita katakan itu boleh terpantul mengena diri kita sendiri nanti. Kadang apa yang kita cakapkan tu boleh melukakan hati orang dan masa itulah perkataan atau ayat yang dikatakan akan terpantul pada kita. Macam aku. Aku selalu cakap aku miskin. Ye aku memang miskin tapi dari segi ilmu dan harta. Tapi harta tu tak payah nak tengok sangat la. Tak penting pon. So disebabkan itulah aku masih banyak bende nak kene belajar. . . Aku sekarang ni masih belajar skill menjahit, memasak dan skill komputer. Apa ingat skill menjahit dan memasak itu just for girl ke. Aku belajar untuk diri aku. Untuk masa depan aku. Manalah tahu jika jika aku mahir semua skill tu, aku boleh menjadi orang yang hebat. Hebat memasak menjahit berkomputer. Orang boleh gelak dengan skill aku nak belajar ni. Biarlah. Skill ni pon berguna. Lagi lagi bila terdesak. Haaa. Manalah tahukan kot kot aku bo...

Meroyan?

Image
. . - Assalamualaikum - . . Aku tak faham kenapa mesti orang kabo dekat aku yang aku masih meroyan dekat seseorang yang dah happy sekarang ek? Everybody have something that they like include me. But jatuh cinta dekat someone yang sentiasa ada dengan kita, itu lebih better. Walaupon dia tak suka kita suka pada dia, okay lah fine. Suka je la. Tapi kalau dia sudah ada yang empunya, lupakan je. Yang penting kita pernah bagitau dia. Ye tu penting. . . Tapi bagi aku, aku dah banyak kali kene reject. Lagi lagi disebabkan 2 faktor yang ada dalam diri aku ni. Tapi biarlah aku yang tau. Hahaha. Tapi aku tau, love not suitable for me. Hahahaha. So sad.😂😂

Don't Know Why

Image
. . - Assalamualaikum - . . I don't know what actually reason for me to keep all memory back. Even i try and try to forget aĺl this memory, i think that will become more stronger to remember it. I keep getting thinking actually what should i do to forget about old memory. Adesssss. Because to me, this thing make me remember how stupid am i and how energetic when i young. I keep searching for a love even though i already have love and someone love me, but still i cannot see that. Hahaha. . . Aku tahulah cara yang terbaik adalah buangkan memori yang ada dengan membuang blog ni sekali tapi aku tak boleh buat. Sebabkan ni adalah satu satunye cara untuk aku melepaskan perasaan dekat sini. Kalau tak, aku boleh jadi gila. Hahahaha. Aku tak faham dengan diri aku ni lagi dan aku tak faham kenapa ada semua ni ada ujian dekat aku. Kenapa mesti aku hadapi ujian ni. Why? Tak boleh ke aku hidup dengan aman? Tak boleh ke aku tak nak ingat dekat seseorang. Tak akan ada orang ing...