Permulaan Blog Aku

.
.
- Assalamualaikum -
.
.
Aku tak pernah rasenye cerita dimana blog ini dibuat untuk pertama kalinya dan untuk pertama kalinya aku kenal seseorang yang mengajar aku buat blog ini. Rasanya blog ni dibuat oleh seseorang atas permintaan aku sendiri. Ceritanye tak adalah sehebat semenarik mana untuk dibuat cerita. Tapi syukur Alhamdulillah, sehingga sekarang blog ni masih aktif. Aktif sebab dah jadi diari online aku. Hahahahha.
.
.
Tempat aku mengenal blog ni tak lain adalah dekat library berdekatan dengan sekolah aku. Mulanya blog ni aku nak buat untuk motivasi tapi lama lama aku rasa macam tak dapat sambutan, jadi aku tukar tempat informasi. Asyik asyik mencuri info je, last last aku jadikan blog ini tempat aku melepaskan segala memori aku sama ada yang lepas ataupon yang terkini. Berbalik cerita di library, sebenarnye aku ni kaki buku. Suka gile baca buku. Bila nak balik je sekolah, aku akan lepak dekat library dengan kawan aku. Kadang kadang aku lepak sorang je. Tapi bila library start letak pc, starting tu lah aku mula jinak dengan yahoo messenger (sayangnya hari ini yahoo messenger dah tak boleh guna lagi. Dah tamat perkhidmatan sekian lamanya). Lepas itu barulah aku mengenal blog. Woww. Hebat. Memori datang semula. Hahaa. Tapi itu semua cerita lama. Sekarang, aku dan masa depan. Yang lepas itu kenangan. Hehehe. Tapi teringin pulak nak lepak kat sana. Gian pulak nak baca buku. Hehehe 😁

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas