Posts

Showing posts from November, 2019

Asyik Cancel Jer ( Panjang Tau )

Image
- Assalamualaikum - Maaf lambat. Hari tu lepas balik daripada rides, aku sangat sangat penat. Mana tak nye weiii. Daripada selatan ke utara lepas turun balik tapi tak jauh la. Lepas dalam perjalanan balik, kene naik balik. Then lepas tu baru lah aku balik rumah. Serius penat weiii. Tapi yang sangat memenatkan bila apa yang kau plan dengan kawan, plan tu tak jadi pulak buat. Pulak dah. Tapi serius. Seminggu sebelum tu memang dah rancang habis nak ke sana. Ke Kari Kambing 40 Hari dekat Yong Peng. Tapi yela. Motor aku ni cc nya kecik, tak besar. So lajunye pon tak seberapa la sangat berbanding cc yang besar. Jadi kelajuan tu tak seberapa dengan aku ni yang baru upgrade cc motor aku, jadi walaupon dah pulas abis, kelajuannya mampu pergi setakat 150 ke 160 km/h. Tapi motor yang cc tinggi daripada aku, tak perlu cakap la. Mereka bawa 190 km/h sampai hilang aku kat belakang dibuatnya. Tapi lepas tu dia perlahan balik dan stop tepi. Berhenti dan bincang balik sama ada nak t...

Mari Mari Ride Weii

Image
- Assalamualaikum - Pagi ni aku akan travel naik motor aku ke kluang. Ke sebuah tempat makan yang agak femes. Orang johor mesti tahu punya la kalau aku cakap aku nak ke Yong Peng esok pagi. Aku pergi dengan motor baru aku. Aku join dengan geng geng motor besar esok. Ni first time aku join kembara ride bersama dengan rider riders yang lain. Biasanya kalau aku kembara kemana mana, aku biasanya akan travel seorang diri. Tapi disebabkan member aku yang ajak, aku join je la. Hahahahaha. Nak kata motor aku laju macam mereka, memang tak la. Motor aku ni biasa je. Janji lepas la untuk aku berjalan jauh. Still boleh bersaing la. Cumenye aku tak boleh bawa laju sangat la. Aku ni penakut sikit. Hahahhaa. Apa apa pon, pagi ni aku nak kene bangun awal. Dan nanti nak kene ada dekat seremban jam 9 pagi nanti. So aku nak tidur sekarang. Ps: aku banyak kali nak update story. Tapi setiap kali aku nak update story, aku tak ada idea nak update ape. So kali ni, aku akan update sto...