Posts

Showing posts from 2017

Sahabat Pena Itu Menakutkan Ke

Image
. . - Assalamualaikum - . . Aku memang ramai kawan atas dunia taip menaip ni. Hahaha. Ada yang kenal aku dah lama gila tapi kan tak ada sorang yang aku pernah jumpe depan depan. Yang pernah kenal aku dari sumber lain tu, ada je yang pernah jumpe. Yang dari blog je aku tak pernah jumpe. Emm. Pernah kot jumpe. Tapi sorang je. Hahaha. . . Tapi tu pon dia tak kenal aku. Biasa la. Sahabat dari dunia blog, mana nak kenal. Bukan kawan dari Insta, gamba tu ada. So kalau jumpe pon, kita kenal je. Ni tak pernah tengok tapi aku pernah pergi sana and jumpe dia. Hahaha.  . . Berbalik pada sahabat pena ni, sebenarnye tak lama lagi aku nak jumpe sahabat pena aku. Tapi disebabkan kiteorang ni berlainan jantina, so mak dia risau la kot aku ni perogol bersiri kah? Pencuri bersiri kah? So mak dia larang. Tapi aku tak force pon kalau nak jumpe kan. Kalau risau pon, bawa je abang dia. Tapi risaunye dekat aku. Kompem kekok beb. Hahaha. Aku ni bab pengalaman date, ZERO beb. So risau jugak. Takut takut kan …

Siot Jer

Image
. . - Assalamualaikum - . . Pagi tadi lepas aku hantar akak aku, aku pergi la ke klinik kerajaan.. dengan niat nak buat medical check up. Kebetulan hari ni aku kerja. Tapi malam kelmarin aku dah bagitau leader aku yang aku amik cuti. Sebab nak check sakit aku tu la. Leader aku cakap okay. So aku ingat kalau buat medical check up ni nanti aku dapat la MC. Jangan tuduh aku sengaja nak cuti ok. Aku pergi klinik pon sebab aku nak tau la kot kot aku tau apa sakit aku tu. . . Tapi malangnye.. lepas buat medical check up tu, doc cakap maybe kepale aku pening kot. So kene banyakkan rehat. Dalam hati aku just cakap *%^&* aku okay pon jadi jugak. Ni kan kalau penat. So aku dengar la cakap doktor tu. Abis abis tu, aku tanya doktor. Dapat MC ke? Sebab aku keje hari ni kan. Tapi doktor just cakap aku just dapat time slip je. Nak wat pe doe dengan natang tu. Opis aku tak tengok pon. Adessss. . . So jadikan cerita, aku pon call leader aku lagi sorang, aku cakap aku half day. Aku masok petang. S…

Aku Perasan Sesuatu

Image
. . - Assalamualaikum - . . Selama ni aku rasekan la aku tibe tibe pening sebab aku kurang tidur ke ape. Tapi sejak baru baru ni aku tengok makin menjadi jadi pulak. Lagi lagi pening tu menjadi jadi bila, semasa and selepas aku naik lift. Aku malas nak fikit bukan bukan. Tapi aku tak tau kenape aku rase jadi gitu. . . Tapi aku terpakse menulis bende ni sebab tadi bende menjadi lepas aku balik umah. Alhamdulillah bende ni jadi masa aku dah sampai umah dan masa aku tengah duduk dengan akak akak aku. Dan Alhamdulillah sekejap je dia jadi. Only 0.00001 second je jd. Kalau jadi lama tu, mau panik akak akak aku. Hahaha. . . Aku perasan aku ilang balance kadang kadang tanpa sebab. Tapi sekejap je jadi. Mata aku macam rolling ke belakang kejap. Tapi aku tak tau kenapa. Nak check dengan doktor macam malas. Bila menjadi jadi lagi terok sikit nanti, baru aku jumpa la. Sekarang ni, aku ignore dulu. Hahaha. Hope sume ni just perasaan main main aku je la. Hope la. Hehehe

Tenangkan Hati

Image
. . - Assalamualaikum - . . Kadang aku tak kenape buat gini buat gitu, aku masih rasa frust. Tak tenang. Gelisah. Without no reason aku rase gitu. Aiyooo. Tapi walaupon aku rasa gitu, alhamdulillah. Aku ada je ubat ubat aku. Tapi bukan ubat dari doktor la. Ubat pendengaran hati dan perasaan aku. . . Caranya aku buka Spotify, dan aku buka koleksi selawat dan zikir. Sambil sambil dengar tu, yang mana zikir ke selawat yang aku tau, aku boleh follow. Yang aku tak tau, aku dengar je la. Aku penah je buka lagu lagu melayu or lagu pape yang aku suka dengar, tapi same je perasaan dia. Tapi bila buka zikir selawat ni, perasaan dia lain sikit. Rase macam tenang sikit. Hehehe. Okay la.. Need go to work. Anniyong.

Company Trip 1

Image
. . - Assalamualaikum - . . Awal bulan hari tu aku ada join aktiviti company trip opis aku buat. Aktiviti team building dekat Taman Negara, Pahang. Apa yang aku boleh katakan aktiviti kat sane memang sangat sangat syok tapi ada jugak aktiviti yang aku rase sangat geram dengan diri aku sebab aku tak berjaya nak buat. Sungguh menyakitkan hati. . . First day kiteorang bergerak dari opis ke Taman Negara masa tu hari jumaat. Dalam jam 9.40 pagi kiteorang bergerak. So macam biasa la, aku jarang naik bas ni, so aku pon mabuk kenderaan. So keje aku tidur je la. Lagipon malam tu aku keje. So agak penat jugak la. So jadikan cerita, tengah hari tu kitorang sampai di Temerloh, untuk lunch sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Negara. Kiteorang lunch makan ikan patin tempoyak. Memang sedap la kan. Yang dasyat tu, ikan tu diorg kerat 3 bahagian, so 1 bahagian 2 orang makan. Aku dengan membe aku dapat bahagian badan. Tapi sayangnye kawan aku tak suka ikan patin, jadi aku punya la kan.  .  . Silap …

Jarang Balik

Image
. . - Assalamualaikum - . . Sudah sekian lama sejak aku tinggal di Ukay, aku jarang balik kampung. Bukan tak balik langsung, balik je, cuma kadang kadang je balik. Boleh katakan dekat 2 ke 3 bulan sekali baru aku balik. Jangan kata ibu ayah aku tak call suruh balik, dah banyak kali dah parent aku suruh balik. Tapi alasan aku boleh bagi, kalau aku balik, sapa nak anta akak aku pergi keje. Hehehe. . . Sejak aku duduk dengan akak aku, aku kene hantar akak aku pergi kerja. Tapi bukan hantar ke opis dia la, just hantar ke LRT je. Jangan tanya kenape akak aku tak pergi sendiri. Sebabnye pagi pagi jalan jem mehhh. Jem teruk. Dan sebab tu la aku sebagai adik, kene hantar akak aku pergi kerja. Hahaha. . . Tapi tak pe la kan. Sekarang ni aku kat kampung. Balik ke sini lepas Asar tadi. Sampai sampai je dalam jam 9 lebih tadi. Lagipon aku balik ni ada beberape sebab dan faktor kenape aku kene balik. Dan faktor paling besar sekali, aku kene jengok parent aku terutama ayah aku sebab baru baru ni a…

Fight Again

Image
. . - Assalamualaikum - . . Aku dah la paling benci nak cari pasal dengan orang. Lagi lagi dengan perempuan. Memang la aku cakap sebelum ni aku suka cari pasal dengan orang tapi style aku ni cari pasal bukan boleh buat gadoh pon. Tapi bila orang asik nak gadoh je dengan aku, so solution aku boleh buat ialah bagi je la dia menang. . . Perangai aku memang la evil pon tapi bukan tahap hantu suka laga kan orang. So jadikan cerita bila orang dah memang nak gadoh betul betul dengan aku, aku malas layan. Sebabnye aku ni bukan pencari dosa. Sebabnye bile kita gadoh gadoh ni, jin suka. So dia pon jadi batu api. So sebab tu aku tak nak gadoh. . . Lagi satu aku paling risau orang dua perangai. Kejap dia okay. Lepas tu tak lama tu dia berubah pulak. Ni problem. Aku dah kene dah. Bila aku dah kene, aku ter ter terpakse jauhkan diri aku dengan dia. Bukan tak nak kawal dia tapi tah la. Huhuhu. . . Dah la. Cakap banyak banyak kang, banyak pulak kebencian tu datang nanti. Baik aku redha je. And maafk…

Give Up

Image
. . -Assalamualaikum- . . Dah banyak benda aku give up. Sebab kebanyakkan tu bende yang aku rase ianya kadang agak mustahil untuk aku capai. Tapi bila aku dah give up sesuatu tu, aku fill la the another one. Then Alhamdulillah. Aku berjaya capai impian aku. Dulu aku suka sangat jalan jalan cari air terjun. Tapi bila kerap sangat jalan jalan tu, ada la penghalangnye. Dan aku pon behenti pergi. Dan sekarang pon aku behenti nak cari lagi air terjun sebabnye keseronokan yang aku penah kecapi dulu dah pon hilang. Jadi aku berhenti kat situ. . . Kembara ke negeri orang memang best. Tapi tah la. Ada 1 memori yang buatkan aku teringat dan buatkan aku rasa menyesal mengembara. Tapi tah la kenapa banyak banyak negeri tu dan tempat tu buatkan aku benci nak travel ke tempat orang lain. Tapi tak pe kot. Even aku tak pergi travel pon ada jer jobs yang menanti aku buat setiap kali aku cuti. Sedikit sebanyak aku lupa fun kembara tu macam mana. Hahaha. Such a boring guys. . . Kalau dulu aku pernah ca…

Oh No! My Sis Cat Gone

Image
. . - Assalamualaikum - . . Semalam satu kejadian telah jadi dekat rumah aku ni. Kucing kesayangan akak aku telah hilang sejak semalam. Panggil nama dia pon tidak keluar. Tak jawab jawab. Dan apa yang jadi kat akak aku macam orang kehilangan anak. Asik tanya mana kucing dia. Mana dia. . . Paling dasyat, akak aku dah buat poster kehilangan kucing dan dah selit dekat rumah ke rumah, tapi dia still mintak aku tanya dekat jiran jiran rumah kiteorang ni. Minta diorang check. Aku bukan tak nak buat sebenarnye. Tapi aku rasa kesian dekat jiran jiran aku semalam sebab diorang baru balik keje dan aku pulak tak kan nak ketuk pintu diorang and cakap pasal tu kan. . . Memang aku kesiankan akak aku. Aku cuba cari cari tapi tak jumpa. Dan sekarang ni aku cuba tenangkan akak aku. Kejap lagi aku cadang nak bawa akak aku keluar pegi makan. Yelah.. itu je cara nak pujuk ati perempuan kan. Aku ni bukan pandai memujuk perempuan pon. Hahaha. Okay la. Aku nak chow. Bye.

Demam Pelik

Image
. . - Assalamualaikum - . . Adessss. Dah seminggu dah sejak aku kene demam pelik ni. Maybe aku kene demam ni dari si kucing manja aku kot. Mana tak nye sejak balik kampung minggu lepas, dia kene cakar dengan kucing jantan sampai bernanah ekor dia. Lepas tu esoknye hantar ke Klinik Vet, dapat suntikan. Dia teros demam. Bila demam, aku lah yang kene jaga sebab dia paling manja dengan aku. Tapi tak sangka pulak esok tu aku kene demam dia pulak. Yang pelik tu, demam aku ni ada masa tau.. . . Hahaha. Ye ada masa. Ada 3 masa ni aku confirm akan demam. Lepas subuh sampai jam 10 pagi aku akan demam panas betul betul. Jam 11 pagi aku sihat balik sampailah petang. Sebelum Maghrib, aku demam balik. Sampai lah lepas Isyak, dalam jam 9 malam, demam aku dah normal. Tapi tepat jam 12 malam, aku kene demam panas gila gila. Hahaha. Pelik gila. Biasanya lah kalau aku nak start demam pun kan,  tengah malam je aku akan panas betul. Esok tu okay. Tapi kali ini aku tak tau kenapa. . . Aiyooo. Pelik. Hahah…

Kau Terasa Ke?

Image
. . - Assalamualaikum - . . Ramai juga kan hati tisu. Senang gila terasa. Aku tak cakap pon tentang pasal dia. Tiba tiba ada komen dari orang lain. Dia cakap jangan tegur belakang. Nak tegur depan depan la. La cakap depan depan pon bukan nak dengar pon. So jadinye aku buat la satu post pasal sentuhan. Tau pon terasa kan. Hahaha. . . Post aku tu pasal sang pria ni tidur di rumah sang gadis. Hubungan mereka setakat girlfriend boyfriend je. So aku tegur la depan depan. Aku cakap dekat sang pria tu.  . " Kau belum lagi nikah dengan dia. Kau baru couple. Walaupon dah lama, kau couple, tapi kau dengan dia bukan halal untuk kau bersentuhan. Lagi lagi kau tidur sekatil dengan dia. Haram beb. " . Macam biasa la. Bila ditegur, melawan. So aku pon buat la satu post ni. Macam ni ayat nye. 'Mudahnya kau buat dosa. Kau dengan dia belum halal lagi tapi gaya kau seperti kau halal bersama dia. Baguslah kawan. Moga moga kau bahagia di dunia dan akhirat. Amin'. Tak sangka dengan ayat …

Bila Orang Kata

Image
. . - Assalamualaikum - . . Ini ada 1 bende buat aku rase aku kene update story ari ini. Sebabnye aku tak tau la sama ada orang sedar tak tentang ekonomi sekarang? Mana tak nye, ada orang ni cakap dengan aku buat aku rase dia emm emm ke apa ek. Memang buatkan aku rasa panas je dengan ayat dia ni. Serius orang ni tak fikir tentang orang lain. . . Aku ada la buat satu post ni pasal nak cari jodoh la. Lepas tu borak punya borak, aku nampak something tentang perempuan ni. KAKI SHOPPING. KAKI KIKIS. Sebab nye perempuan ni cakap dia kaki shopping. Bila ada sale, dia mesti pergi. Dan dia kene sampai awal sebelum mall bukak. Lepas tu aku cakap dasyat jugak dia tu. Then keluar 1 ayat ni buat aku rasa aku pangkah dia. Sebab dia cakap macam ni. . " Kenapa? Awak takut duit awak KEMPIS KE? Hahahaha" . Serius dia tak fikir pasal orang lain. Dia fikir enjoy. Yang penting, duit dia banyak. Bila aku cakap pasal duit tu memang la kene fikir. Lagi lagi untuk masa depan. Lepas tu dia gelak je …

9 Hari Aku

Image
. . - Assalamualaikum - . . Sejak 3 minggu lepas lagi aku dah plan nak buat apa. Tapi apa yang aku rancang semuanye tak jadi nak buat. Adesss. Sakit gile. Mana tak nye sejak semalam aku dah cuti sebab aku ada apply cuti sebelum ni sebab aku kene balik kampung. Yela nak bantu parent kat kampung kan. Tapi semalam akak aku cakap adik aku nak datang malam tadi. Memang adik aku dah datang pon malam tadi. And tadi dia baru lepas gerak pergi ke Banting sebab dia ada kursus dekat sana. Malang nye aku tak sempat sediakan makanan sarapan untuk dia tadi. Adesssss. . . Bukan itu saje. Akak aku ada bagitau jugak hari ini malam ini dia kene gerak pergi ke Kertih sebab ada meeting dekat sana. Dan kebetulan pulak akak aku lagi seorang nak balik kampung hari ini. So that mean aku tinggal seorang. Tak boleh balik kampung sebab tak ada orang boleh bagi kucing makan kalau aku balik kampung hari ini. So plan hari ini aku kene kemas rumah. Basuh apa yang patut. Susun susun apa yang patut. Sebabnye esok ha…

Bangun Awal

Image
. . - Assalamualaikum - . . Biasaanya aku selalu terlepas waktu solat subuh sebab kadang aku terjaga jam 7 pagi. Tapi tu tak adalah sampai aku lupa nak qada' solat subuh balik. Solat itu wajib beb. Tak kira camner pon keadaan kau, kalau kau tak solat, maknanya kau dah tempah diri kau dekat neraka. Tapi perempuan dikecualikanlah ek. Sebab diorang ada sebab. Lelaki? Sebab apa kau tak solat? Even sakit camner pon kau tetap kene solat. Lain lah kalau kau gila. Ye itu pasti kau tak diwajibkan solat. . . Tadi bila aku terjaga awal dalam pukul 5.40 pagi, aku tertanya tanya dekat diri aku.  ." Aku tak solat Isyak lagi ke? Bukan aku dah solat ke? Tàpi asal aku bangun awal jsangat ni?" . Aku pon pejam mata balik and fikir asal aku bangun awal. Last last baru aku ingat, aku selalu bangun solat subuh lambat. Allah. Jahilnye aku. Kenapa aku marah aku bangun awal tadi? Allah kejut aku bangun awal untuk aku bangun bersujud dekat-Nya lebih awal daripada selalunye aku bangun jam 7 pagi.…

Bergerak Solo

Image
. . - Assalamualaikum - . . Alhamdulillah puas jugak dapat tidor tadi. Tiba tiba rasa sangat letih lepas solat Maghrib tadi. Aiyoooo. Tapi Alhamdulillah Allah kejutkan aku bangun solat Isyak tadi. Lega dapat solat tadi. Alhamdulillah. Hehe. Lepas abis solat tadi kan. Aku teringat ada 1 mesej dekat wechat orang tanya aku pasal kenapa aku single. Kenape tak ada perempuan lekat dekat aku ke. Aku tak laku ke. Aku ni memilih sangat ke. . . Hehehe. Adesss. Manyak problem betul orang yang tanya tu. Sebenarnye bukan tak laku or tak ada orang nak lekat dengan aku tapi ada je. Cumanye aku pilih single sebab aku dah taubat nak bercinta sebelum aku sendiri ready untuk bercinta. Hahaha. Poyo beb ayat aku tu. Tapi betul la. Aku pilih reject orang sebab aku ni dah banyak sangat makan hati orang. So sebab tu la aku tak nak bercinta lagi. . . Lagipon ada je luka dekat hati aku lagi. Cuma aku masih dalam proses penyembuhan lagi la. Aku masih lagi dalam proses nak memaafkan diri aku yang gelojoh bercin…

Bergurau

Image
. . - Assalamualaikum - . . Bila bicara tentang bergurau kan, aku paling suka bergurau dengan aku. Tapi aku ni jenis bergurau kasar. Sampaikan ada je yang terasa dengan aku pon ada. Hahahaha. Kesian gila. Tapi esok tu diorang pulak nak bahan aku balik tapi aku ni jenis membalas balik. So aku pon balas la orang punye sakat tu. Kalau tak ada point, aku diam je la. Hahahahha. . . Tapi baru baru ni aku ada meeting dekat opis. Biasa la bos nak cakap pasal kerja kerja kami semua. Tapi adalah beberapa tajuk tu aku betul betul tak berkenan. Antaranya bos aku cakap isu wifi la tetthering la main games la tidur la makan banyak la. Yang aku panas nye ada ke bila sebut semua isu tu, diorang pandang aku dan cakap aku banyak guna. Aiyoooo. Manyak pening ooo. . . Ada ke patut tuju semua tu dekat aku. Aku tak guns pon data hp opis. Sebab aki ada data sendiri. WEBE. Aku dah cakap dah yang aku tak pakai langsung dan aku ada data sendiri. Unlimitd plak tu. Lagi mau fitnah aku ke. . . Gurau kasar betul …

Penyakit Saya

Image
-Assalamualaikum -
Bila sebut pasal penyakit kan, semua orang ada penyakit. Tak semestinye yang sihat tu tak ada penyakit, yang sihat pon ada penyakit. Tak percaya ke? Hasad dengki salah satu penyakit. Mengata orang pon penyakit. Haa semua ni penyakit ada pada setiap orang. Termasuk la aku. Terok juga penyakit aku. . . Tapi aku punya penyakit ni dikire barah jugak la. Tak senang duduk dibuatnye. Ada je timing dia nak serang aku. Dan aku pon pergi ikut sangat penyakit aku ni. Aduhhhh. Tapi kan ada je penyakit lain aku ada. Cumenye aku tak bagitau sapa sapa. Sebab hidup aku ni dah cukup dah buat orang susah dengan aku. So aku tak mau ler bagitau orang pasal penyakit aku kan. . . Ada je orang paksa aku bagitau dia pasal penyakit aku tu. Tapi aku ni tak kan bukak rahsia aku. Biarkan suatu hari nanti dia akan tau sendiri. Hahahaha. . . Hidup ni sebenarnye aku dah banyak pasrah dah pon. Soal cinta, soal diri orang, aku tak amik kesah pon. Sebab aku dah pasrah. Dan aku dah redha dengan diri…

Bikers Speak On Bikes

Image
- Assalamualaikum -
Semalam aku tak sangka pagi tu hujan. Tapi aku tak tau la sama ada hujan lebat ke hujan gerimis ke pagi pagi tu. Sebabnye aku tertidur dalam opis. Yela mengantuk beb keje pagi pagi gini. Sekarang ni aku tengah kerja. Tapi disebabkan ada story pasal pagi tadi, aku malas nak lupakan. Lagipon memang lucu dan memalukan sungguh. Hahahaha.
Pagi tadi masa nak balik tu, aku perasan aku lupa nak simpan helmet kat BOX aku. So pagi tu aku tengok helmet aku basah tapi tak terok la. So aku pon panaskan enjen motor. Lepas tu barulah aku gerak balik. So sampai satu tempat, aku nyaris nak terlanggar dengan seorang pakcik ni sebab dia nak pintas aku tapi jarak dia betol betol sebelah aku dan aku terkejut. Lepas tu pakcik tu pandang aku, dia geleng geleng kepala. Kat situ aku dah panas la kan. Sebab salah dia tapi dia buat macam tu, aku lagi tercabar la jadinye.

Dekat sini lah aku starting pecut pakcik tu. Hahaha
So jadikan cerita aku pon start la pecut pakcik tu. Lepas tu sampai de…

Duit Oh Duit

Image
. . - Assalamualaikum - . . Sebut je tentang duit, semua orang tau dan semua sukakan duit termasuklah aku. Dan disebabkan orang sukakan duit dan kemewahan, bende ni lah menjadi pilihan number 1. Siapalah suka hidup serba sedikit. Lagi lagi takut hidup melarat tak ada duit. Tapi itulah yang jadi zaman sekarang. Ramai gile yang jadi hamba duit. Kerana mahukan duit, sanggup buat ape saje. Teruk gile. . . Ada 1 kisah ni, jadinye dekat kawan aku ni. Dia cakap nak pikat awek, kenelah pakai handphone Iphone yang latest. Sebab bila awek pandang kau, woww. Tapi biasalah aku kan jenis tak makan ayat orang. So jadikan ceritanye, dia dapatlah awek yang dia suka, tapi biasalah nak yang hebat, kau pon kenelah hebat jugak. So dia sanggup ikat perut demi awek tu. Awek tu nak kan tu, dia bagi. Nak makan tu, dia belanje. Sampaikan kawan aku nak pokai pon, sanggup belanje makan makanan yang mahal mahal. . . Sampailah suatu hari tu, aku tak tau ape yang jadi, awek tu ada laki lain yang lagi mampu nak be…

Awak Gay Ek

Image
. - Assalamualaikum - . Aku malas betul bab nak cari jodoh ni. Tapi aku kene fikir masa depan aku jugak. Adesss. Tapi kan bila aku cakap aku malas nak cari jodoh tak bermakne aku tak usaha. Ada juga aku cuba cuba nak cari tapi itulah ramai sangat yang memilih. Nak berkawan saje pon payah. Aduhh. Tapi bila aku tak layan perempuan pulak, orang cakap aku gay. Macam baru baru ni aku kene. ." Awak tak ada girl friend ke? Awak tak suka perempuan ke? Awak gay ke? Geng kunyit ek? " . Ada ke patut samekan aku dengan geng LBGT ni. Aku ni still normal. Ada je yang aku bertegur sapa. Cume bertegur je la. Tak ada niat la nak memikat dehh. Sebab aku tak pandai nak memikat ati awek awek pon. Aku tau cuma tegur, buat lawak je. Itu pon lawak bodoh dan paling penting kalau diorang gelak. Bak kata member opis aku,  ."lawak kau hambar dib. Tak kelakar pon." . Itu baru diorang. Belum yang girl girl yang aku kenal. Aduhh. Tapi tu la. Aku nak bagitau la yang mana rase aku ni macam gay, …

Masih Bujang

Image
- Assalamualaikum - Seorang demi seorang kawan aku dah mula mengakhiri zaman bujang diorang. Aku makin cemburu pulak tengok kawan kawan aku semua ni. Aduhhh. Aku tak tau la bila la aku nak dapat pikat seorang  awek. Tapi aku rase macam susah sikit kot lagi lagi bila aku malu nak pikat hati anak dara orang. Aduhhh.. Ni kot bala aku dapat sebab dulu aku selalu mainkan perasaan anak dara orang. La ni bila dah besar dah tua macam ni, susah pulak nak pikat anak dara orang. Aku tak biasa pikat dari laman social sebab aku dulu pikat anak dara orang dari laman sosial jugak. Bila dah tua ni, nak pikat pon aku rase susah. Huhuhu. Dalam opis aku ni, kalau ada anak dara aku boleh pikat, tak pe la jugak tapi ni tak, dalam opis aku ramai lelaki. Yang perempuan pon kebanyakkan yang dah berkahwin. Tak kan nak pikat kot kan. Hahaha.  Adessss. Nampaknye lambat lagi la aku nak akhiri zaman bujang aku ni. Huhuhu.

Dé·jà vu Lagi

Image
- Assalamualaikum -

Kadang kan kita bila buat sesuatu, kita mesti pernah terperasan sesuatu bende ni. Benda yang bila kita melakukan sesuatu perkara, dalam masa yang sama tu kita perasaan bende ni pernah berlaku. Contoh nye la, kite jalan jalan lepas tu ternampak bende bersinar dan dalam masa yang sama kita rasa bende ni pernah berlaku dekat kita sebelum ni dalam mimpi. Dan itu lah dinamakan sebagai dé·jà vu.
Bende ni selalu berlaku dalam kita sedar dengan tak sedar je. Macam tu jugak yang berlaku dekat aku dekat office. Aku buat 1 kerja ni. Sambil tu aku main la games, lepas tu aku terperasan macam bende tu pernah berlaku dan aku tau ape yang berlaku lepas tu. Bende ni sebenarnye dah banyak kali berlaku dekat aku dan aku kadang rasa risau sampaikan aku terfikir bende luar kotak.
Bende ni kadang bende baik, kadang jugak bende ni boleh jadi bende diluar jangkaan korang. Sebab tu la kadang aku risau. Risau sampaikan aku rasa sangat takut dengan dé·jà vu. Tapi tu aku la. Kalau orang lai…

Ribut Oiiiii

Image
. . - Assalamualaikum - . . Selama ni kalau aku balik kampung kalau hujan la kan, aku tak pernah jumpa hujan yang betol betol dasyat macam malam tadi. Pehhhhh... Gila la. Syukur Alhamdulillah semasa kejadian tu aku dah dekat dengan stesen minyak. Kalau tak aku tak tau la ape jadi malam tadi. Huhuhu.

Semalam masa aku nak balik ikut jalan Lebuhraya Plus, aku dah nampak pon guruh dekat depan tapi aku teroskan jalan sebab aku tau jaoh lag. So jadikan ceritanye, tengah bawak motor tu, tibe tiba tak sampai 300 meter, tiba tiba hujan lebat. Dah la lebat, tak lama tu teros ribut. Motor aku kene tolak ke tepi tapi alhamdulillah masa tu dah dekat dengan Petron, sempat jugak belok tapi basah lecun dah masa tu.
Memang lama la lepak dekat Petron tu. Banyak jugak motor yang behenti sebab ribut kan. So tak lama tu, hujan reda sikit, lepas 40 minit jugak la aku lepak sane. So bila nampak macam reda sikit tu, aku pon, teroskan perjalanan la. Tapi tak lama tu, ada lagi ribut dekat depan. Tak sampai 2K…

Selamat Hari Raya

Image
. . - Assalamualaikum - . . Finally tiba juga hari yang ditunggu tunggu oleh kite semua setelah sebulan berpuasa. Aku pon baru je balik kampung semalam. Aiyaaaa penat jugak la. Mana tak nye dari Ulu Bendul sampai ke rumah hujan je memanjang. Last last malam tadi lepas je berbuka, muka aku starting panas dan aku rase letih gile. . . Jam 8 malam aku teros tidur. Bangun bangun tidur dah jam 6 pagi tadi. Hahahaha. Dasyat gile effect kene demam malam tadi. Antibody aku lemah sikit tapi cepat je sembuh. Aku perlukan tidur secukupnye baru la aku sembuh. Hahahaha. . . Okay la. Aku nak kene pergi mandi. Kat sini solat Aidilfitri jam 9 pagi tapi kenelah mandi awal sebab ramai nak mandi kejap lagi. Hahaha. Pape pon aku mohon maaf jika ada terkasar bahasa sampaikan korang baca ni ada yang dapat dosa free dalam ni. Aku mohon maaf sangat sangaat okay. Selamat Hari Raya guys. Assalamualaikum.

Last Tarawih

Image
- Assalamualaikum - # Hye Guys # Alhamdulillah malam ni adalah malam terakhir Solat Tarawih dan aku sangat sangat bersyukur sebab tahun dapat jugak aku buat solat Tarawih tanpa terlepas walaupon sehari. Esok dah la last berpuasa. Adesssss. Ruginye. Yela manenye tak rugi. Sebab bulan Ramadhan kan kalau buat kebaikan, Pahala kite digandakan. Huhuhu. Rugi la sesiapa yang dalam bulan puasa ni dia tak merebut peluang tu. Aku pon rugi jugak sebenarnye. 3 hari terakhir puasa la baru aku dapat buat solat Tahajjud. Rugi beb. Tahun depan tak tau la dapat sambut bulan Ramadhan ke tak. Emmm. Okay la korang. Aku nak tidur. Esok pagi lepas Subuh nak kene siap siap lepas tu nak balik kampung lagi. Aku dah la dapat cuti 3 hari je. Sabtu Ahad Isnin je. Isnin petang dah kene balik sini sebab Selasa dah kerja pagi. Huhuhu. Okay la. Nak bangun awal nanti. Okay la. Bye. Assalamualaikum.

Terlepas Sahur

Image
- Assalamualaikum - # Hye Guys #

Maaf lama tak update. Sejak company aku dapat project, banyak gile keje kene buat. Adessss. Tapi inilah dugaan bila kerja dekat company kan. Hahahaha. Tapi kan rasenye dalam blog aku ni bukan ada sesiapa pon nak menyinggah membaca cerita aku pon. Sebab sini lebih kurang sama je dengan diari aku. Tapi aku tak ada la diari pon. Tak ada masanye aku nak menulis story aku balik dekat dalam buku derr. Hahahaha. Dalam bulan puasa ni (dah nak abis puasa dah pon) tahun ni memang dugaan sangat dasyat ek. Banyak jugak hantu hantu aku jumpa. Hantu pemberi dosa percuma. Hantu pengajak makan. Hantu nafsu. Ishhhh. Macam macam la hantu ada di bulan puasa ni. Tapi kan aku suka puasa tahun ni sebabnye setakat ni aku tak miss pon solat terawih. Sebabnye kan aku anggap solat terawih tu pada bulan Ramadhan ni, aku anggap solat yang wajib bagi aku la. Sebab cuma bulan Ramadhan la kita buat solat terawih ni dan bulan Ramadhan la sepatutnye kita berebut rebut nak pahala bany…

Lewat

Image
. . - Assalamualaikum - # Hye Guys # . . Hari ni aku sengaja pergi kerje lewat. Sebab akak aku tinggal seorang dekat umah. Dan yang pastinye aku lewat bukan sebab aku sengaja datang lewat tapi aku kene stay sampai plumber nak datang umah aku ni. Kalau aku pergi kerja sekarang bukan tak boleh, boleh je tapi risau la jugak kan sebab akak aku dah la perempuan dan plumber tu dah kompem lelaki. So kalau aku blah awal, nanti boleh jadi pape dalam umah ni. So aku kene la stay. . . Aku dah bagitau kawan aku dah semalam yang aku kompem lewat sebab aku nak kene teman akak aku ari ni sebab plumber nak datang. Kawan aku kate okay je sebab dia paham keadaan aku camne. Tapi yang pasti nanti aku kene belikan dia makanan tengahari sebab dia malas nak kuar. So dia pesan awal awal dekat aku. Hahaha. . . Okay la. Aku nak kene beli makanan sebelum plumber tu datang. Hehe. Bye.

Sebab Muka

Image
. . - Assalamualaikum - # Hye Guys # . . Biasanye orang selalu cakap dengan aku, dia tak ada keyakinan nak cari jodoh sebabkan dia tak lawa/hensem. Aku pon biase jugak pikir gitu sebab aku pon tau aku pon tak hensem pon. Tapi aku cuba la jugak nak memikat hati orang. Dan result aku selalu dapat memang tak menghampakan aku. Hahaha. Aku fail. Hahahaha. . . Itu biasa bagi aku sebab aku ni selalu fikir negatif. Negatif la jugak. Sebab bila nak pikat ati orang, aku selalu cakap " kau dah la tak hensem, kau tak kan dapat la pikat hati dia. Kau gagal dib". Tu memang selalu jadi dekat aku. Ada sebab lain jugak kenape aku tak pikat ati perempuan ni, sebab aku ni penakut. Aku takot aku akan sakitkan ati diorang. Sebab orang susah nak faham diri aku. Aku ni nakal oo. Aku suka bergurau. Sebab aku tak tau nak romantik. Hahahaha.  . . Tapi biasanye memang orang akan tengok wajah tapi tak semua pon. Hati yang baik, bersih juga kadang dapat je menawan hati orang. Dan disebabkan hati begitu…

Dapat Lobster Weiii

Image
. . - Assalamualaikum - # Hye Guys # . . Kadang aku memang ingat nak post cerita dalam ni tapi lepas tu ada je yang halang aku nak buka blog ni. Hahahaha. Adesss. Bila ada story nak cerita dalam ni, time tu la aku dapat kerja. Huhuhu. . . Sejak aku buat kerja part time ni, time ni la aku dapat merasa sesuatu yang agak mahal. Masuk kedai mahal la. Jadi salah seorang VVIP la. Tapi semua ni aku dibelanja bukan aku yang keluarkan duit. Siapa yang belanje tu, rahsia. Hahaha. Bukan aku tak boleh minta bende murah tapi bila aku nak minta tu, ada yang cakap  "okay ke order tu. Tu kan dah biasa makan. Ni orang belanja. Makan ler bende yang kau tak pernah makan lagi". . . Contohnye semalam la. Aku buat kerja part time, abis kerja semua lapar. So singgah la satu tempat ni dan order 1 bilik vvip. Lepas tu diorang ada order set beramai ramai dan dalam set tu ada lobster. Alhamdulillah. Dapat jugak aku merasa sekian lamanya. Memang puas la dapat makan lobster cheese semalam. Hehehehe.  .…

Sudah Ku Bilang Sama Kamu

Image
- Assalamulaikum - # Hye Guys #

Bila orang kenal aku, tau blog aku, tau Insta aku, aku memang kagum dengan orang orang macam tu sebab tau je nak cari aku dekat mana. Tapi problem juga kadang sebab kadang aku dah cakap dah, kalau tau sume tu, tak guna jugak. Perangai aku bukan sama macam apa yang aku pernah post dekat insta, blog aku pon. Sebab diri aku ni, kata orang susah nak paham. Tapi lain la kawan kawan aku yang lama kenal aku, diorang kenal la aku macam mana. Hahaha.

Aku ni ada masa gila, ada masa waras, ada masa tu boleh diganggu, dan ada masa aku walaupon tengah tak buat pape tapi aku tak suka diganggu. Hahaha. Kalau kenal lama baru la boleh tau aku ni macam mana. 
Tapi kan macam aku cakap, dah tau pasal cerita diri aku dekat sini, aku paling malas nak ingat balik apa yang aku dah post sini sebab biasanye ape yang aku post dekat sini dekat blog ni, semuanye memori yang aku nak lupakan dan memori akan aku lupa. So sebab tu la aku buat blog ni. Tak semua bende aku ingat ape yan…

The Best Song Ever

Image
- Assalamualaikum - # Hye Guys # Sejak ada internet unlimited ni, aku suka sangat dengar lagu ni berkali kali. Bila dengar lagu ni, hati jadi tenang je. Memang terbaik la dengar lagu lagu ni. So aku kongsikan dekat sini. Mana tau nanti aku lupa tajuk lagu ni, boleh la aku dengar dekat sini. Hehehe.


Sibling Days

Image
- Assalammualaikum - # Hye Guys #

Sejak aku duduk bersama sama dengan akak aku ni, banyak betul akak aku keluarkan duit untuk rumah sewa kiteorang. Aku rase segan pon ada sebab sejak duduk dengan akak aku ni, aku just keluarkan duit untuk beli bahan masak je. Aku je yang suka masak kat umah tu. Lagipon aku bukan suka masak untuk seorang makan pon. Hehehehe.
Well sebenarnye best jugak duduk dengan adik beradik ni. Lagi lagi yang sekepale. Gaduh tu biasa la kan. Nama pon adik beradik. Kau tau peragai dia, dia tau peragai kita. Yang penting bila duduk dengan adik beradik ni, tak ada siapa pon kuli. Aku kat rumah sewa kiteorang memang tukang masak pon. Kalau aku penat masak, akak aku pulak yang masak. Itu biasa lah kan. Tapi peti ais memang aku akan sediakan bahan cukup untuk masak. Bahan basic tu kene ada. Telur, beras dan sayur sayuran. Semua ni bahan basic mesti ada dalam rumah. Tak rajin beli sayur? Beli bawang besar dengan cili pon cukup la. Nak buat nasi goreng pon senang. Kan. Tak…

Should I Go Or Not

Image
- Assalamualaikum - # Hye Guys #
Sekarang ni kan nak mencari kerja memang payah. Aku tau kenyataan tu dan aku ada 1 tempat ni, tak tau la senang dapat ke tak kerja di sana sebab aku ada kawan dekat sana dan dia cakap company dia perlukan pekerja. Aku serius nak pergi tapi mak aku tak izin kan aku kerja di sana walaupon mak aku izinkan aku kerja jauh dari kampung. Huhuhu.

Kerja ni memerlukan aku travel tak jauh pon daripada Malaysia tapi itu la aku nak pergi tapi kene tanye lagi sekali dekat ibu aku lagi. Rasanya korang boleh teka kot dekat mana. Alaaa dekat je pon. Tu haa dekat Singapore je pon. Tapi tu la. Ibu aku cakap orang Singapore ni anti dengan orang Malaysia. Lagi lagi dengan orang Islam. Huhuhu.

Aku okay jer nak kerja sana. Tapi nak pindah kerja jauh jauh ni, aku perlukan restu daripada parent aku. Kalau tak, tak syok la aku kerja sana kalau tak dapat restu daripada parent kan. Adessss. Should i go or not ek? Emmmm.

Rambut

Image
. . - Assalammualaikum - # Hye Guys # . . Ada masa nye kan aku kadang agak rimas tengok rambut aku panjang. Sebab rambut aku ni tak macam orang lain . Lagipun rambut aku ni agak lebat dan berbisa pada aku la. Sebabnye bila rambut ni panjang sampai ke telinga, telinga aku luka tau. Hahaha. Gelak gelak tapi tu la hakikatnye rambut aku ni. Nampak halus lembut tapi tajam. Cucuk dekat korang bukan sakit pon. Sebab korang tak kan rasanye. Yang rasa tu aku. Haha. . . Ni memang kisah benar. Dan pernah la ada cerita aku dulu masa kecik kecik telinga aku berdarah dan sangat pedih bila nak mandi. Bila pergi gunting rambut, nampak la ada rambut tercucuk dekat sana. Huhuhu. . . Tapi kan bila dah besar ni, aku rasa sayang pulak nak gunting rambut sebab aku suka tengok rambut aku lebat and terbelah tengah lepas aku baring lama or baru bangun tido. Sebab nampak lawa pulak terbelah dia. Adessss.. Tapi kalau time biasa, kalau aku tak sikat tak pakai minyak rambut, rambut aku akan jadi topi. Ni kenyata…

Last Love Story Of My Life

Image
. . - Assalammualaikum - # Hye Guys #  . . Kadang kan ada masa tu aku senang je nak redha apa yang berlaku dekat aku tapi kadang bila aku teringat sesuatu yang membolehkan aku ingat pada sesuatu tu, memang susah untuk aku lupakan. Tapi bila hati dah tenang macam sekarang, aku fikir andai kata dia bukan untukku, lepaskan je la. Aku bukan tak larat nak menunggu tapi aku kenal dia macam mana. Sekali dia dah buat sesuatu yang dia nak buat walaupon ati dia rasa macam tak pasti, dia tetap buat. Sebab aku kenal dah lama dan aku tau walaupon dia ingat dekat aku, dia tetap tak kan contact aku. Dia tau cari aku dekat mana tapi dia pilih untuk senyap. Hahahaha. . . Sebab tu lah aku pilih dan cuba tenangkan hati aku supaya aku redha dengan semua ni. Aku tau ape aku buat dan aku tau apa yang jadi nanti. Tapi aku pilih untuk lepaskan. Sebab aku tak kan pernah ada 1 peluang pon. Aku dah cuba banyak kali dah pon sebelum dia blah. Hahaha.  . . So kali ni dan ni adalah kali terakhir aku akan buat entr…

Pedih Gila

Image
. . - Assalammualaikum - # Hye Guys # . . Sejak aku dah redha dengan perbuatan kurang matatang masa lampau aku, aku tak pernah terfikir yang aku bakal kene lagi sekali. Gila kau. Pedih siot bila kene. Tapi aku tak pernah pulak terjangka aku kene secepat ni. Aku ni si hati batu tapi tah la kenape aku selalu kene bila orang dah blah daripada aku. Benggang gila. . . Selame ni aku reject semua cinta orang yang suka dekat aku. Sebab aku paling risau sakitkan ati anak dara orang. Bukan aku risau ape pon, just tak nak la dua dua hati pedih kan. Tapi tah la, setiap kali orang mention tempat tu negeri tu kawasan tu, aku asik ingat dekat orang tu je. Dan lepas tu aku sangat benci dengan diri aku sebab dah buat bende yang tak beri pape yang baik dekat aku tapi memberi kepedihan ati aku. . . Aku tau jodoh di tangan Allah. Dan sebagai manusia, kita mesti berusaha mendapatkan jodoh tu tapi aku tetap fail. Aku benci gila dengan diri aku sebenarnye tapi ape kan daya, aku cumalah seorang hamba biasa.…

Percubaan Pertama

Image
. . - Assalammualaikum - # Hye Guys # . . Walaupon aku ni reti memasak, tapi tak semua lauk aku tau masak. Lagi lagi lauk masak lemak. Hahaha. Lauk tu memang aku lemah gile nak masak sebab laok yang berkaitan dengan santan ni, kalau salah masak, abis la rase laok kau tu. Hahahahaha. . Tapi sekarang lauk menggunakan santan ni, aku dah tak takot dah nak masak sebabnye aku dah tau dah nak masak nye. Betul cakap makcik makcik yang menjual di gerai gerai, lauk guna santan ni senang betul nak masak. Asalkan kau tau 1 lauk guna santan ni, pasti kau tak ada masalah nak masak lauk lain pulak. . Tapi kan biasalah orang first time masak lauk ni, pasti melakukan kesilapan. Aku pon buat silap jugak tapi bukan pada perasa lauk aku tu, aku silap bende lain. Hahahaha. Memang kelakarlah silap aku ni. Hahaha. Gini ceritanye, kelmarin aku cuti, so petang tu aku nak masak lauk kari ayam. Bahan dekat aku memang lengkap. Tak ada cacat celanye. Cume masa masak tu, aku tengok la resepi. Aku follow la. Aku i…

Use This Technique

Image
- Assalamualaikum - # Hye Guys #

Bila bekerja, perasaan paling susah nak elakkan ialah mengantuk. Tak kira dah minum air ke jalan jalan ke, kalau dah mengantuk tu, nak jugak tidur. Adesss. Tapi boleh pulak tido time kerja. Huhuhu. Kalau main games pulak, kalau bos nampak kang, dia kate kita senang hati pulak sampai ada masa nak main games. Tapi kalau tengok video kang, tak ada effect pulak. Adesss.
Tapi aku selamber je main games. Dah tu cuma main games je yang boleh buat aku tak mengantuk. So aku kene la main games kejap walaupon aku tau risikonye. Bukan tak pernah kantoi dengan bos aku, pernah je siap kate "Amboi senang hati nampak sampai boleh main games". Masa bos aku ni tegur, aku baru lepas beberape minit siapkan kerja aku. Mana la aku tau time aku tengah main games pulak dia boleh muncul dekat belakang aku. Nasib baik dia tegur je. Hahahaha.
 Games biasa tak mungkin dapat ilang kan mengantuk aku ni. Aku kene main games yang boleh buat aku betul betul excited and berd…

Si Double Meaning

Image
. . - Assalammualaikum - # Hye Guys # . . Selama ni kan aku selalu rase aku senang paham orang, tapi kan sebenarnye susah jugak la nak paham dengan perangai orang lagi lagi yang bernama GADIS. Well, aku ada je kawan gadis tapi ada je yang aku senang sangat nak paham dengan perangai dia. Tapi kan aku tak tau la kenape la kawan kawan perempuan yang aku kenal ni suka sangat nak menang berbalah dengan aku. Hahahaha. . . Aku kan baik so aku selalu je give up bila nak berbalah dengan diorang. Tapi kan ada je yang kawan aku yang lain ni ada masa aku senang paham dengan perangai dia tapi ada masa aku memang tak paham dengan dia. Chop chop aku bukan playboy. Aku hanyalah seorang kawan. Not more than that. Tapikan aku peliknye dengan perempuan ni, sebab kadang perempuan ni suka bagi double meaning. Kata tak nak makan tapi nak minum je tapi bila aku nak makan, cakap aku tak mengajak. Adessss. . . Macam aku cakap perempuan memang pelik. Bila aku datang nak jumpe, cakap letih penat bla bla bla. T…

What Suppose I Do?

Image
- Assalamualaikum - # Hye Guys # Aku tak tau la apa yang patut aku lakukan bila orang dah putuskan silaturrahim almost 9 month. Ada kala aku tau jer apa yang aku patut buat tapi aku tak mampu nak buat sebab kalau aku buat bende tu jugak, confirm dan aku yakin sangat sangat aku bakal kene block lagi sekali. Walaupon aku dah biasa sangat dengan bende ni, tapi aku tak suke la orang asik block aku je kan. Adesss. Tapi tu la, aku ni tak suka buat orang sakit ati dekat aku walaupon aku tau itu adalah kepakaran aku number 1. Tapi aku juga tau sahabat aku tu fikir apa dan apa yang patut aku buat. Sebab aku dulu pernah datang ke tempat dia tapi disebabkan aku ni bukanlah jenis suka memaksa orang, tapi so bila aku datang tempat dia, aku ajak lah dia berjalan, dia tolak dan dia cakap dia penat. Even thought aku dah ajak 2 kali tapi still kene tolak so aku pon tak paksa dan aku tak dapat jumpe dia walaupon aku dah ada dekat dengan kawasan dia. Lepas tu, lepas beberapa ari aku blah daripada kawas…