Duit Oh Duit

.
.
- Assalamualaikum -
.
.
Sebut je tentang duit, semua orang tau dan semua sukakan duit termasuklah aku. Dan disebabkan orang sukakan duit dan kemewahan, bende ni lah menjadi pilihan number 1. Siapalah suka hidup serba sedikit. Lagi lagi takut hidup melarat tak ada duit. Tapi itulah yang jadi zaman sekarang. Ramai gile yang jadi hamba duit. Kerana mahukan duit, sanggup buat ape saje. Teruk gile.
.
.
Ada 1 kisah ni, jadinye dekat kawan aku ni. Dia cakap nak pikat awek, kenelah pakai handphone Iphone yang latest. Sebab bila awek pandang kau, woww. Tapi biasalah aku kan jenis tak makan ayat orang. So jadikan ceritanye, dia dapatlah awek yang dia suka, tapi biasalah nak yang hebat, kau pon kenelah hebat jugak. So dia sanggup ikat perut demi awek tu. Awek tu nak kan tu, dia bagi. Nak makan tu, dia belanje. Sampaikan kawan aku nak pokai pon, sanggup belanje makan makanan yang mahal mahal.
.
.
Sampailah suatu hari tu, aku tak tau ape yang jadi, awek tu ada laki lain yang lagi mampu nak belanje perempuan tu, mau mengamuk kawan aku tu. Tapi biasalah, bila dah menjinakkan seseorang tu dengan harga, dia akan pandang harta je. Tak pandang pon hati kau tu. Tapi aku kesian jugak dengan manusia sekarang ni, sanggup buat apa saja demi nak kecapi kemewahan. Aku sanggup bujang lagi demi tak jadi mangsa duitan. Lagipon harta bukan boleh jamin apa apa pon kan.
.
.
Hahaha. So jadikan cerita nye, jangan jadi hamba duit. Duit banyak pon tak guna kalau tak digunakan dengan betul. Ada hutang, tak mau dibayar. Yang tau, nak nampak hebat dimata orang je. Jangan weii. Sudah nanti hidup kau nanti. Hidup sedang sedang pon dah okay dah. Apa yang penting, kau bahagia dan kau tak hidup dengan meminta belas kasihan orang. Dan paling penting, kau dapat jaga agama kau. Bukan melupakan agama kau sebab mencari kemewahan. Jangan weiii. Kau rugi nanti. Percayalah cakap aku ni. Nanti kau akan menyesal seumur hidup kau. Serius menyesal.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks