Posts

Showing posts from September, 2019

Aku Tak Layak

Image
- Assalamualaikum - Aku sudah lama memikirkan masa depan aku. Adakah aku layak ke nak bersama dengan seseorang yang aku suka? Mampu ke aku jaga anak orang. Sebab aku risau dengan diri aku ni dengan serba tak lengkap, cuba untuk memikul beban dan tanggungjawab ke atas diri anak orang lain. Aku tahu diri aku macam mana. Aku berani je nak mencuba semua tu, tapi dalam masa yang sama, aku juga takut sebenarnye. Aku takut selepas aku pegang tanggungjawab tu, aku takut aku gagal. Aku tak adalah mempunyai ciri ciri yang orang inginkan. Sebab aku tahu diri aku macam mana. Tapi why people see me like I’m good enough to them. Ini kadang buatkan aku takut. Aku takut setelah orang nampak diri aku sebenar, aku takut aku akan mengecewakan diri orang. Tapi apa apa pon, kali ni aku akan cuba jaga sehabis baik cinta aku pada seseorang. I will try my best. Walaupon sebelum ni aku dah cuba, tapi aku gagal. Tapi kali ni aku akan cuba lagi. Tak kira la macam mana pon, aku akan cuba. ...

Aku Testing Jer

Image
- Assalamualaikum - Baru baru ni aku ada testing satu products ni. Kalau nak ikutkan hati aku la kan, aku malas je nak ambil product lagi. Lagi lagi yang ada peoduct melibatkan product kurus ni. Yela, aku kan montel. So sasaran tu ramai la. Jadi aku terjumpe product ni, aku nak buktikan yang sebenarnye aku tak ada masalah pon dengan diri aku ni. So aku pon cuba la product ni. Nama dia MyFiber. 😒 Ni bukan nak review pasal product ni, sebab product ni tak berikan aku kesan apa apa pon. Kecualilah sakit perut. Itu je. Lemak aku sama je banyaknye. Nak kata kurang, tak. Nak kata bertambah tak. So ape yang nak katakanlah ek, product ni dengan aku, tak beri kesan apa apa pon. Sebab sebelum ambil product ni, berat aku steady je. So lepas ambil product ni, sama je kesannye. Cumenye product ni macam yang aku cakap tadi la, just sakit perot je. Hahahahaha. So ape yang aku nak katakan la, sebenarnye aku tak caya pon product macam ni. Ni testing je. Sebabnye aku naik menyam...

Bukan 1 Tapi 2

Image
-  Assalamualaikum  - Kalau aku cakap bende ni, orang akan cakap aku gila. Comfirm punya la orang akan cakap aku gitu. Sebab bende yang aku buat semua ada bersebab. Iyalah. Nak tahu? Okaylah. Semalam 10 September bersamaan hari isnin jam 3.30 petang, aku nak keluar. Dah siap siap ni, aku pon macam biasa la, aku nak keluar. Dah kunci pintu ni, dah tutup, aku pon nak mangga dekat grill. Masa ni aku baru perasan aku tak bawak kunci. Pintu dah tertutup. Mampus. Aku terkurung. Dalam rumah tak ada orang. Yang ada kucing. Akak aku kerja. So aku terkurung ni. Tak fikir panjang, aku pon gune badan aku tolak pintu. Berjaya masuk tapi bende dalam bulatan merah tu rosak sebab aku tolak kuat dan dia jem. Ape lagi. Aku pon buka la tombol pintu dan keluarkan dende dalam bulatan tu. Kemudian lepas aku keluarkan, aku pasang balik tombol pintu semula. Yela, kalau biarkan nanti, ada yang cuba pecah masuk rumah aku nanti. Sebab dia tahu pintu rumah aku tak berkunci. Tapi yela...

Mahu Tapi Sabar Beb

Image
- Assalamualaikum - Maafkan aku sebab sudah lama aku tak menaip cerita dalam blog aku ni. Banyak kali sebenarnye aku nak menaip story aku setiap malam. Tapi ada gangguan sikit. So aku banyak kali miss. Adessss. Tapi tak apa. Kali ni aku akan perbaiki sikap aku yang suka sangat terbabas ni. So tengok la macam mana. Aku akan cuba elakkan bende ni jadi lagi. Haha. Dunia ni makin lama makin maju dan bumi makin tenat. Bukan tenat dengan pencemaran je, tapi tenat dengan perangai manusia yang suka ambil remeh je dengan keadaan bumi. Tu baru remeh, jangan cakapkan pasal diri yang tamak. Termasuk diri aku juga la. Kadang lebih mementingkan diri sendiri je. Tapi bila sebut pasal tamak, tak semestinya pasal duit tau. Ni pasal dunia kelajuan. Laju sangat nak data. Laju sangat nak internet. Tapi bila slow, maki hamun beb. Hampeh. Tapi sekarang banyak yang bijak pandai ada weiii. Apa lagi hacker laa. Macam aku juga la. Walaupon aku suke bende yang laju, tapi kadang kelajuan...