Last Love Story Of My Life

.
.
- Assalammualaikum -
# Hye Guys #
 .
.
Kadang kan ada masa tu aku senang je nak redha apa yang berlaku dekat aku tapi kadang bila aku teringat sesuatu yang membolehkan aku ingat pada sesuatu tu, memang susah untuk aku lupakan. Tapi bila hati dah tenang macam sekarang, aku fikir andai kata dia bukan untukku, lepaskan je la. Aku bukan tak larat nak menunggu tapi aku kenal dia macam mana. Sekali dia dah buat sesuatu yang dia nak buat walaupon ati dia rasa macam tak pasti, dia tetap buat. Sebab aku kenal dah lama dan aku tau walaupon dia ingat dekat aku, dia tetap tak kan contact aku. Dia tau cari aku dekat mana tapi dia pilih untuk senyap. Hahahaha.
.
.
Sebab tu lah aku pilih dan cuba tenangkan hati aku supaya aku redha dengan semua ni. Aku tau ape aku buat dan aku tau apa yang jadi nanti. Tapi aku pilih untuk lepaskan. Sebab aku tak kan pernah ada 1 peluang pon. Aku dah cuba banyak kali dah pon sebelum dia blah. Hahaha. 
.
.
So kali ni dan ni adalah kali terakhir aku akan buat entry tentang cinta aku pada seseorang. Sebab daripada aku buat cerita yang memyakitkan, baik aku sambung cerita tentang diri aku yang lain. Cerita lagi baik daripada kisah ni. Hahaha. Okay la. Aku nak bersiap siap dah ni. Akak aku ajak pergi Bukit Saga ni. Hahaha. Okay la. Assalammualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh