Aku Kaki Komik Laa

Image result for anime vs manga\


- Assalamualaikum -
# Hye Guys #


Aku ni susah nak lupa kawan. Tapi ada je kawan kawan yang aku dah lupa sapa dia tapi aku cam muka dia. Hahaha. Tapi kan ada banyak kawan kawan yang aku kenal, kebanyakkan mereka semua ni kaki kaki Gamer pon ada. Anime pon ada. Manga? Tak ada kot. Cuma aku je kaki komik ni. Hahaha. Mana tak nye, dulu dekat politeknik, aku ni boleh katekan hari hari baca Manga Shounen. Hahaha.

Kawan kawan aku yang suka tengok anime ni, semuanye ajak aku tengok anime. Tapi kan kebanyakkan anime yang diorang ajak aku tengok tu, kebanyakkan semuanye anime yang aku dah tengok Manga dia. So aku tak seberape gemar sangat la tengok anime ni. Kecuali adalah 1 ke 2 anime ni aku tengok walaupon aku dah baca manga dia.

Member member aku yang suka tengok anime ni, kebanyakkan aku rasa ada sesetengah tu memang OTAKU orangnye. Hahaha. Sila check definisi otaku tu kalau tak tau ek. Hahaha. Tapi kebanyakkannye diorang ni yang bukan otaku, diorang just tengok gitu gitu je. Hehehe.

Image result for anime vs manga\

Well, pape pon, best jugak kawan dengan diorang ni. Banyak story anime best diorang ada. Ada yang best tu sebab aku ni suka cerita pasal SUPERPOWER. Bab cinta cintun ni aku kurang, sebab kebanyakkan nye la kan, ada yang jenis OPEN. Bukan nak cakap otak aku ni kolot tapi kalau kau duduk tengok anime yang OPEN SANGAT ni, lama lama otak kau terdedah dengan bende tak baik. So sebab tu aku pilih cerita superpower tapi yang betul betul best la macam anime My Hero Academia. Best pe cerita ni. Tengok la. Hehehe.


Tengok anime manga ni best, tapi jangan la sampai terpengaruh dalam minda tu. Tak semua bende boleh diambil dan ikot. So selamat menonton anime okay.  Oh ye tempat paling best nak tengok anime ni la, pada aku la, tengok dekat SINI. Aku tak tau la semua cerita ada ke tak, tapi setakat ni aku tengok cerita dekat situ je, Okay la. Chow dulu. Assalamualaikum.


Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh