Percubaan Pertama

.
.
- Assalammualaikum -
# Hye Guys #
.
.
Walaupon aku ni reti memasak, tapi tak semua lauk aku tau masak. Lagi lagi lauk masak lemak. Hahaha. Lauk tu memang aku lemah gile nak masak sebab laok yang berkaitan dengan santan ni, kalau salah masak, abis la rase laok kau tu. Hahahahaha.
.
Tapi sekarang lauk menggunakan santan ni, aku dah tak takot dah nak masak sebabnye aku dah tau dah nak masak nye. Betul cakap makcik makcik yang menjual di gerai gerai, lauk guna santan ni senang betul nak masak. Asalkan kau tau 1 lauk guna santan ni, pasti kau tak ada masalah nak masak lauk lain pulak.
.
Tapi kan biasalah orang first time masak lauk ni, pasti melakukan kesilapan. Aku pon buat silap jugak tapi bukan pada perasa lauk aku tu, aku silap bende lain. Hahahaha. Memang kelakarlah silap aku ni. Hahaha. Gini ceritanye, kelmarin aku cuti, so petang tu aku nak masak lauk kari ayam. Bahan dekat aku memang lengkap. Tak ada cacat celanye. Cume masa masak tu, aku tengok la resepi. Aku follow la. Aku ikot step by step. Sampai la dia suruh aku masukkan kari ke dalam periuk dan kacau sampai pecah kari tu. Aku pon masukkan kari tu. Masuk dan kacau macam biasa. Ikut punya ikut, akhirnye siap la masakkan aku tu. Dan aku rasa lauk aku tu memang la sedap *aku masak memang sedap pon hahahaha.
.
So aku dah abis masak, aku tunggu la akak aku balik dalam pukul 9 malam. Bila akak aku dah balik dan nak merasa lauk first time aku tu, first comment sebelum dia nak rasa tu, dia cakap tu bukan lauk kari tapi lauk masak lemak. Aku cakap apahal pulak sebab aku masak kari, asal masak lemak pulak. Lepas tu akak aku cakap kau letak kari ke kunyit? Lepas tu ku baru ingat, kat umah aku tak ada kari, aku bubuh KUNYIT dalam tu. Tapi asal aku tak ingat masa masak tu ek? Hahahaha. Tapi tak pe, lepas dia merasa tu, aku dapat comment positive, lauk aku tu sedap. Tu yang aku nak dengar. Hahahaha.
.
Siot betul, camner la aku boleh silap letak KUNYIT dalam tu. Hahahhaa. Malu betul tapi tak pe. Baru first time silap masak. Lepas ni tak kan silap lagi. Insya'Allah. Belajar daripada kesilapan. Hahaha. Semua orang buat silap pada bende petama kali. Hehehe. Korang pon kan. Hehehe. Okay la guys. Aku nak pergi solat. Chow dulu. Assalammualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh