Sebab Muka

.
.
- Assalamualaikum -
# Hye Guys #
.
.
Biasanye orang selalu cakap dengan aku, dia tak ada keyakinan nak cari jodoh sebabkan dia tak lawa/hensem. Aku pon biase jugak pikir gitu sebab aku pon tau aku pon tak hensem pon. Tapi aku cuba la jugak nak memikat hati orang. Dan result aku selalu dapat memang tak menghampakan aku. Hahaha. Aku fail. Hahahaha.
.
.
Itu biasa bagi aku sebab aku ni selalu fikir negatif. Negatif la jugak. Sebab bila nak pikat ati orang, aku selalu cakap " kau dah la tak hensem, kau tak kan dapat la pikat hati dia. Kau gagal dib". Tu memang selalu jadi dekat aku. Ada sebab lain jugak kenape aku tak pikat ati perempuan ni, sebab aku ni penakut. Aku takot aku akan sakitkan ati diorang. Sebab orang susah nak faham diri aku. Aku ni nakal oo. Aku suka bergurau. Sebab aku tak tau nak romantik. Hahahaha.
 .
.
Tapi biasanye memang orang akan tengok wajah tapi tak semua pon. Hati yang baik, bersih juga kadang dapat je menawan hati orang. Dan disebabkan hati begitu la orang senang nak cinta orang tu. Apa yang penting, kita mencuba. Aku pon cuba jugak. Dan aku tau result aku. Aku selalu fail. Tapi aku caya, mesti ada yang aku dapat nanti. Hahaha. Ni ayat nak sedapkan ati aku je. Hahahahahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh