Ribut Oiiiii

.
.
- Assalamualaikum -
.
.
Selama ni kalau aku balik kampung kalau hujan la kan, aku tak pernah jumpa hujan yang betol betol dasyat macam malam tadi. Pehhhhh... Gila la. Syukur Alhamdulillah semasa kejadian tu aku dah dekat dengan stesen minyak. Kalau tak aku tak tau la ape jadi malam tadi. Huhuhu.


Semalam masa aku nak balik ikut jalan Lebuhraya Plus, aku dah nampak pon guruh dekat depan tapi aku teroskan jalan sebab aku tau jaoh lag. So jadikan ceritanye, tengah bawak motor tu, tibe tiba tak sampai 300 meter, tiba tiba hujan lebat. Dah la lebat, tak lama tu teros ribut. Motor aku kene tolak ke tepi tapi alhamdulillah masa tu dah dekat dengan Petron, sempat jugak belok tapi basah lecun dah masa tu.

Memang lama la lepak dekat Petron tu. Banyak jugak motor yang behenti sebab ribut kan. So tak lama tu, hujan reda sikit, lepas 40 minit jugak la aku lepak sane. So bila nampak macam reda sikit tu, aku pon, teroskan perjalanan la. Tapi tak lama tu, ada lagi ribut dekat depan. Tak sampai 2KM pon dari Petron tu. So aku redah je la. Alhamdulillah jumpe jambatan, berteduh kat sane. Alhamdulillah kali ni tak lama pon kene lepak bawah jambatan tu sebab aku risau dengan lori lori daripada belakang sebenarnye. Kot dibuatnye dia tersodok belakang, Adessss.

Reda je hujan sikit, aku pon teroskan perjalanan balik ke Ukay. Alhamdulillah selamat juga la sampai ke rumah. Sampai sampai je, letak barang, teros pergi mandi. Lepas mandi, bum tidur teros. Dalam jam 10.30 malam jugak la aku dah tidur. Letih kan. Hahaha.

Tapi tu la. Pengalaman aku yang dasyat sebab terlibat dengan ribut macam tu. Alhamdulillah. Allah panjangkan umur aku lagi. Dapat jugak la aku tulis kat sini. Hehehe. Okay la. Need to go. Ada job nak buat. Bye. Assalamualaikum.

PS: maaf la video pendek sangat. Sebab tak mampu nak amik lama lama. Guruh mehhh
video

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks