Asyik Cancel Jer ( Panjang Tau )



- Assalamualaikum -


Maaf lambat. Hari tu lepas balik daripada rides, aku sangat sangat penat. Mana tak nye weiii. Daripada selatan ke utara lepas turun balik tapi tak jauh la. Lepas dalam perjalanan balik, kene naik balik. Then lepas tu baru lah aku balik rumah. Serius penat weiii. Tapi yang sangat memenatkan bila apa yang kau plan dengan kawan, plan tu tak jadi pulak buat. Pulak dah.


Tapi serius. Seminggu sebelum tu memang dah rancang habis nak ke sana. Ke Kari Kambing 40 Hari dekat Yong Peng. Tapi yela. Motor aku ni cc nya kecik, tak besar. So lajunye pon tak seberapa la sangat berbanding cc yang besar. Jadi kelajuan tu tak seberapa dengan aku ni yang baru upgrade cc motor aku, jadi walaupon dah pulas abis, kelajuannya mampu pergi setakat 150 ke 160 km/h. Tapi motor yang cc tinggi daripada aku, tak perlu cakap la. Mereka bawa 190 km/h sampai hilang aku kat belakang dibuatnya. Tapi lepas tu dia perlahan balik dan stop tepi. Berhenti dan bincang balik sama ada nak teruskan ke tak. Tapi disebabkan aku terlalu excited nak pergi, aku ajak teruskan. Tapi orang yang dah biasa bawak laju ni, mana suka dengan motor yang slow. Jadinya dicadangnya cancel kan perjalanan ke sana dan singgah la makan kat Senawang.


Singgah disebuah kedai makan sedap dan popular di Senawang. Lepas tu, kite buat plan ke 2. Disebabkan aku memang dah ada plan B, jadi aku pesan kat kawan aku, aku nak ke Kerling. Pergi dekat air terjun kat sana. Sebab aku ada kawan lepak sana hari tu. Jadi kawan aku pon nak follow sebab nanti katanya dia boleh bawa keluarganya pulak ke sana. Ape lagi, kite orang pon teruskan perjalanan dan sampai sampai je, my friend yang datang sana untuk berkelah kat sana dah pon nak balik. Tapi katanya nak menyinggah dekat Setia Alam nak main bowling. Aku waktu tu, jangan cakap la macam mana. Aku dah penat gile beb. Serius penat. 


Tapi disebabkan tak puas jumpe kawan, aku pon follow la ke sana dan main bowling sampai la jam 4 lebih. Lepas tu kawan aku dah nak balik, aku pon singgah la makan kejap dekat kedai Kambing Bakar Kontena. Fuhhh layan beb. Kambing dia yummmm yummmm serius sedap. Dan harganya pon berpatutan. Patut la kawan aku tak bagi aku pergi kedai ni dulu. Hahaha. 


Bila nak balik tu, dapat call pulak daripada kawan aku yang ride dengan aku pagi tu, diajaknya lepak dekat umah mak cik dia dekat dengan office aku. Aku nak tak nak, pergi je la. Tapi aku menyinggah ke office dulu. Sebab aku pon tak solat asar masa tu. jadi aku pon memyinggah kejap solat. Habis habis je solat, aku dengar bunyi exhaust kawan aku dan sepupu dia datang office. Nak cepat punya pasal la kot. Sebab dia pon dah lapar gile masa tu. Lepas tu pergi la cari kedai makan sedap. Singgah singgah sebuah kedai makan ni, kedainya tutup. Dah alang alang dekat dengan kedai nasi kukus Ilham, kite orang pon menyinggah ke sana makan. Tapi aku tak makan la. Sebab aku dah kenyang gile. Aku teman minum je. Hahaha.


Habis habis je makan, kite orang pon balik la dan dalam perjalanan aku dan kawan aku berpisah sebab dia laju sangat. Aku slow je. Lepas tu sampai je umah. Solat maghrib and solat Isyak. Lepas tu aku teros masuk tidur. Sumpah aku sangat penat masa tu. Nak update story pon tak larat. Esok tu pon sama. Penat beb. Nasib la aku kerja malam. Hahaha. Tapi masuk je kerja malam, banyak pulak tu kerja dapat. Redha je la.


Alamak dah lambat. Aku kene tidur. Esok pagi ada meeting. Okay la guys. Need sleep now. Hahaha. Okay chow. Bubbye. Hahahaha 🤣

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Perlu Ke

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas